Jangan Keliru! Ini Beza Di Antara Jean & Denim Perlu Anda Tahu

Share

Rasanya pada masa kini setiap lelaki terutamanya golongan berusia 45 tahun ke bawah pasti sekurang-kurangnya memiliki sepasang seluar jean atau seluar denim. Ia kini telah menjadi sebahagian daripada pakaian yang cukup ‘essential’ dalam kehidupan seorang lelaki.

Bukan sahaja disebabkan faktor kain yang lebih kukuh dan tahan lasak malah rekaannya cukup versatil untuk digayakan dengan apa jua padanan fesyen. Jadi tidak hairanlah mengapa seluar jeans merupakan antara item fesyen lelaki yang paling laris di pasaran.

Image by photogenia
on Freepik

Namun ramai yang mungkin keliru dan salah faham akan dua perkataan ini iaitu ‘jean’ dan ‘denim’. Mungkin anda juga beranggapan kedua-duanya adalah perkara sama dan tidak ada beza pun. Tapi tahukah anda jean dan denim ada bezanya!

Memetik artikel yang pernah dikeluarkan Mingguan Wanita, Encik Faizal Hamid, Pensyarah Kanan Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam mengulas perbezaannya. Jelasnya jean merupakan seluar yang diperbuat daripada fabrik denim manakala denim adalah sejenis fabrik yang lasak.

PILIHAN RAMAI

Antara sebab mengapa ramai yang menggemari pakaian yang diperbuat daripada material denim kerana selesa digayakan terutama untuk aktiviti lasak dan luar. Ia juga jadi pilihan kerana sesuai untuk digayakan dengan segala jenis baju. Anda boleh memilih denim yang berwarna gelap atau cerah, mengikut cita rasa sendiri.

Malah kini, denim juga mengalami revolusi, dengan menggunakan material denim, pelbagai barangan lain boleh dibuat seperti beg tangan, kasut, perhiasan dan sebagainya. Apa yang penting anda hanyalah perlu kreatif dan berani mengekspresikan diri.

Image by pressfoto on Freepik

Selain itu, rekaannya juga sudah berubah, ada yang sengaja dicipta dengan koyakan di bahagian lutut dan paha misalnya, ditambah manik, tampalan dan sebagainya. Semua itu memberikan karakter tersendiri pada si pemakainya.

Apa perbezaan antara Jeans dan Denim?

• Denim adalah kain manakala seluar jeans adalah seluar yang diperbuat dari kain denim

• Denim digunakan untuk membuat bukan hanya seluar jeans tetapi juga baju dan skirt selain dari banyak aksesori lain

• Denim terbuat dari berat twill

• Seluar jeans semua denim, tetapi tidak semua denims jeans

• Denim adalah kain fesyen yang digunakan untuk membuat banyak perkara, sedangkan seluar jeans hanya salah satu pakaian yang terbuat dari denim

Jadi sekarang anda sudah tahu apa bezanya bukan? Smeoha perkongsian ini memberikan sedikit ilmu tentang fesyen lelaki. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim