Bagi yang bekerja makan gaji, duit gaji kadangkala cukup dan kadangkala dirasakan tidak cukup. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita menguruskan wang gaji yang diperoleh.
Ada yang tidak sampai hujung bulan, tapi dah habis duit gaji malah perlu berhutang pula. Oleh itu, jom kita cuba cara ni dari perkongsian Harith Faizal ini tentang tip agihan kewangan peribadi dan keluarga bagaimana hendak jadikan duit gaji kita itu mencukupi sesuai dengan jumlah gaji yang diperoleh. Moga-moga rezeki kita makin bertambah ye.
‘Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga tau. Kita kalau bergaji RM3,000 bukannya semua sekali kita makan sorang-sorang. Gila kedekut. Tak best wei, makan sorang. Agihkan kepada orang lain juga.’
1.Rezeki isteri.
Kena bagi isteri nafkah selayaknya. Kalau dua-dua bekerja, gaji suami sebaiknya lebih dari gaji isteri. Isteri yang berdikari tu bagus, tapi kena semat dalam hati, dia masih perlukan suami.
2. Rezeki Ibu Bapa.
Sejak kecik, mak bapak banyak dah berkorban untuk kita. Tak berkira apa pun. Jadi, bila dah ada gaji tu, asingkan siap-siap bagi kat mak bapak. Sekali sekala, belikan barang dapur.
3. Rezeki Anak-anak.
Dah namanya anak kita. Takkan nak suruh jiran kita pulak yang sara kan. Pampers, susu kalau ada promo, beli terus stok sebulan. Jimat sikit. Sekali sekala belikan toys bagi dorang happy.
4. Rezeki Adik beradik.
Tak salah kalau kita belanja adik-beradik kita makan ke, belikan apa-apa ke. Lagi-lagi kalau kita ni anak sulung. Tapi adik-adik pun jangan biasa paw akak abang je. Usaha sendirilah jugak.
5. Rezeki Ejen takaful.
Saya bukan ejen takaful. Ambillah takaful, lagi-lagi kalau kita ketua keluarga. Ejen dapat komisyen, itu rezeki dorang. Kalau kita pergi dulu, duit pampasan tu, rezeki isteri dan anak-anak pula.
6. Rezeki orang tak dikenali.
Pengemis, homeless yang makin ramai kat Kuala Lumpur ni pun, rezeki dorang ada kat dalam gaji kita. Tabung masjid dan zakat pun sekali, jangan buat-buat hilang ingatan ya.
7. Rezeki diri sendiri.
Gaji ni kan amanah daripada Allah. Uruskan dengan baik. Asing simpanan untuk beli rumah, pelaburan, tabung kecemasan. Mana tau rezeki kita nanti dapat hidup senang hasil pelaburan. Sekali sekala reward diri pun tak apa. Bukannya bila berjimat, tak boleh langsung nak enjoy. Reward diri sendiri bila dah berjaya simpan RM10,000 contohnya. RM1,000 daripada tu, guna bawak famili melancong jalan-jalan.
Dapat beli 4 rumah dalam setahun. Wow! Boleh reward diri ajak mak bapak dan pasangan pergi umrah contohnya. Pandai-pandailah ya. Nak reward diri beli kereta sedap sikit pun takpa. Sekati kau lah. Duit kau kan.
Bila dapat je gaji lepas ni, pastikan kita agihkan kat orang lain juga. Gaji RM2,000 ke, RM4,000 ke, kalau kita takda sifat memberi, macam manalah Tuhan nak memberi kita lebih dan lebih lagi, kan. Jangan kedekut sangat!
Sumber : Harith Faizal
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI