Siapa kata perempuan je yang mahukan kulit mulus dan bersih tanpa sebarang bulu di badan? Hahhhh! Lelaki pun tak kurang hebatnya ya. Lelaki juga perlukan rawatan Boyzilian ala Brazilian tau.
Sebagai perintis, inovator dan jenama global dalam bidang penyingkiran rambut, STRIP sekali lagi membuktikan kemajuan dalam perkhidmatannya, dengan membawa Rawatan Penyingkiran Rambut Powerpac progresif yang menggunakan “Advanced Fluorescence Technology (AFT)”. Perkhidmatan ini di STRIP adalah rawatan pilihan untuk mengurangkan rambut dengan mudah, berkesan, selamat dan selesa.
Walaupun “IPL (Intense Pulsed Light)” adalah istilah umum untuk rawatan pengurangan rambut secara terapi cahaya, AFT adalah teknologi yang dipatenkan dan ia adalah lebih maju serta unggul daripada IPL tradisional. Mekanisme AFT menggunakan tiga keupayaan moden yang istimewa berbanding dengan sistem IPL.
Ads
Pertama, AFT mampu menyebarkan tenaga secara merata dan lebih tepat. Kedua, AFT menggunakan teknik ‘In-Motion’ untuk menyampaikan tenaga melalui beberapa saluran sehingga mencapai tahap yang diperlukan. Ketiga, penapis AFT mengumpul tenaga tersebar dan menukarkannya menjadi tenaga yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan. Mesin Powerpac STRIP dilengkapkan dengan ciri-ciri ini untuk mencapai penghapusan rambut yang jauh lebih berjaya dengan selesa berbanding dengan apa yang dicapaikan oleh IPL.
Hampir setiap bahagian tubuh boleh dirawat dengan AFT, termasuk kaki, bahagian peribadi, belakang badan, bawah lengan dan lengan, bahagian atas bibir, dan lain-lain. Dengan 12 sesi rawatan, pengguna boleh menikmati pengurangan rambut sehingga 80% dan kesan berpanjangan sehingga dua tahun atau lebih. Jumlah sesi yang disyorkan adalah 6 sesi AFT pada selang waktu selama 5 hingga 6 minggu. Ini juga bermakna seorang pengguna rawatan AFT boleh mencapai kulit licin dengan penggunaan masa yang minimum kerana lawatan ke salun adalah kurang kerap.
Ads
Bolehlah anda cuba rawatan AFT yang eksklusif ini di STRIP dengan harga sementara yang disediakan hingga 30 Jun 2020, dan untuk penebusan sekali oleh pelanggan AFT yang pertama kali. Harga di bawah adalah untuk satu sesi; tertakluk kepada terma dan syarat lain.
Ads
AFT Bawah Lengan untuk wanita dan lelaki pada harga RM68 dan RM88 masing-masing (Harga Biasa: RM450 / RM585)
AFT Brazilian pada harga RM188 dan AFT Boyzilian pada harga RM288 (Harga Biasa: RM900 / RM1,170)
AFT Separuh Kaki Bahagian Bawah untuk wanita dan lelaki pada harga RM288 dan RM388 masing-masing (Harga Biasa: RM900 / RM1,170). Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari Facebook dan Instagram Strip Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan hanya wanita, lelaki juga berdepan dengan pelbagai masalah rambut yang boleh mengurangkan keyakinan diri.
Memandangkan rambut merupakan aset nombor satu lelaki, pastinya anda ingin memastikan rambut kekal sihat dan bebas daripada sebarang masalah yang boleh merosakkan imej.
Selain keturunan, faktor pemakanan, stres, penyakit, ubat-ubatan dan gaya hidup juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut.
Kini, semakin ramai lelaki muda terutamanya di awal usia 20-an sudah mula mengalami kehilangan rambut. Jika tidak dirawat segera, rambut anda akan menjadi teruk dan akhirnya botak.
Jadi, jangan ambil mudah dengan masalah-masalah rambut yang menghantui kaum lelaki ini.
Siapa yang tidak bimbang jika rambut semakin menipis sehingga menampakkan kulit kepala? Bimbang rambut semakin jarang dan akhirnya botak. Rambut menipis dan jarang jika tidak dirawat boleh menyebabkan helaian rambut menjadi lemah dan gugur.
Sebenarnya normal bagi setiap orang mengalami rambut gugur antara 100 hingga 150 helai sehari kerana ia merupakan kitaran semula jadi di dalam tubuh. Namun jika rambut anda gugur terlalu banyak sehingga segenggam, beri perhatian untuk mendapatkan bantuan segera daripada pakar yang bertauliah.
2. Botak
Jika dahulu imej botak sinonim dengan lelaki berusia, namun kini semakin ramai yang berimej botak bukan kerana fesyen semata-mata sebaliknya kerana berdepan dengan masalah rambut. Tidak dinafikan bukan semua lelaki serasi dengan imej botak. Ada yang sesuai, tak kurang juga yang nampak serba tak kena dengan imej sebegitu.
Masalah botak pada lelaki kebanyakannya disebabkan oleh faktor hormon yang disebut dihydrotestosterone (DHT) dan pengaliran darah yang kurang baik di kulit kepala. Apabila rambut baharu tidak dapat dihasilkan dan folikel rambut mati disebabkan kurang nutrisi, maka anda akan kehilangan rambut secara kekal.
3. Beruban di usia muda
Rambut beruban sebelum sampai waktunya tentu sahaja membimbangkan kaum lelaki kerana ia akan membuatkan anda rasa rendah diri. Apatah lagi jika usia anda baru sahaja mencecah 30-an tapi rambut sudah putih dan kelihatan tua.
Rambut berubah menjadi putih disebabkan oleh tahap melanin yang rendah dalam folikel rambut. Melanin merupakan sejenis pigmen yang akan memberikan warna pada rambut dan kulit. Jadi semakin kita bertambah usia, penghasilan melanin akan menjadi kurang dan akhirnya rambut mula berubah warna ke putih.
4. Kelemumur
Kelemumur juga antara masalah yang turut membimbangkan kaum lelaki. Berbeza dengan wanita, kelemumur pada lelaki lebih mudah terjadi dan kelihatan di bahagian bahu. Kelemumur adalah keadaan radang yang kronik pada kulit kepala sehingga menyebabkan kulit mengelupas terutama pada bahagian kulit kepala yang paling berminyak.
Apabila kulit terkopek, kelemumur akan kelihatan. Ia disebabkan jangkitan kulat pada kulit kepala yang berpunca daripada pertumbuhan yis yang biasa ada pada kulit. Apabila terdapat radang pada kulit kepala, yis berkenaan akan berkembang sehingga berlakunya dermatitis seborea.
5. Rambut rapuh dan kering
Rambut boleh rapuh mungkin disebabkan oleh kerosakan akibat penggunaan produk penjagaan atau proses bahan kimia ketika anda meluruskan, mewarna atau mengeritingkan rambut. Selain itu, masalah kesihatan tertentu seperti Sindrom Cushing’s juga boleh menyebabkan rambut rapuh. Ia merupakan penyakit kelenjar adrenal yang menyebabkan penghasilan hormon kortisol yang berlebihan.
Bagi anda yang memiliki rambut kering, mungkin ia petanda tubuh badan anda mengalami kekurangan asid lemak Omega-3. Jadi , pastikan anda mengambil makanan bersumberkan Omega-3 yang boleh didapati pada ikan salmon, minyak ikan, kekacang dan bijirin.
6. Jerawat di kulit kepala
Jerawat di kepala boleh terjadi jika folikel rambut tersumbat akibat jangkitan bakteria. Keadaan ini biasanya dimulakan dengan benjolan kemerah-merahan dan ada ketikanya disusuli dengan nanah. Selain pedih, jerawat yang muncul di kulit kepala ini juga boleh menimbulkan rasa gatal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, jerawat yang pecah di kulit kepala ini akan menjadi luka hingga mengakibatkan masalah lain timbul.
7. Rambut berminyak
Lelaki yang menyimpan rambut panjang, pastikan kesihatan rambut anda terjaga kerana rambut jenis ini mudah mengalami masalah termasuk rambut berminyak. Masalah rambut berminyak berpunca daripada hormon yang tidak stabil sehingga menghasilkan minyak yang berlebihan di tubuh badan sekali gus meningkatkan produksi minyak pada kulit kepala dan rambut. Keghairahan mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan bergoreng secara berlebihan juga antara penyebab rambut cepat berminyak.
Kelenjar sebum kulit kepala terletak berdekatan dengan folikel rambut. Biasanya, kelenjar sebum ini akan menghasilkan sejumlah rembesan yang mencukupi untuk membentuk lemak sebagai pelindung tipis. Jika berlebihan, sebilangan besar sebum yang dihasilkan akan menyumbatkan folikel rambut dan secara beransur-ansur berkumpul di kulit kepala sehingga perkembangan proses ini terganggu. Dari sini hayat rambut akan berkurangan sehingga akhirnya timbul masalah pada rambut anda.
Lelaki pada zaman sekarang sudah semakin ramai menggunakan mesin pencukur atau lebih dikenali dengan gelaran ‘shaver’. Selain mudah digunakan ia juga dapat mengelakkan berlakunya kecederaan berbanding menggunakan pisau cukur.
Selain mudah digunakan ia juga boleh mempercepatkan proses mencukur dan ia juga senang dibawa ke mana sahaja.
Namun sebelum membeli mesin pencukur terdapat beberapa faktor penting perlu anda pertimbangkan. Usah risau kerana MASKULIN bersedia membantu anda untuk memilih mesin pencukur yang sesuai.
ROTARY ATAU FOIL
Terdapat dua jenis mesin pencukur yang berbeza di pasaran. Kedua-duanya mempunyai sistem memotong yang sedikit berbeza.
Pertama, mesin pencukur rotary. Ia kebiasaannya dilengkapi tiga atau empat kepada penculur yang boleh digunakan dengan bebas di pelbagai permukaan wajah seperti di sekeliling hidng, dagu dan bahagian rahang. Mesin jenis ini sesuai untuk jambang yang panjang atau buat anda yang tidak mahu mencukur dengan pantas.
Manakala mesin pencukur foiL pula sangat sesuai buat anda yang mempunyai misai, janggut atau jambang yang pendek dan memerlukan penjagaan harian. Ia juga sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif.
KRIM PENCUKUR WAJAH
Jika mempunyai kulit yang tidak terlalu sensitif anda boleh menggunakan mesin pencukur tanpa menggunakan krim. Namun untuk hasil yang lebih memuaskan dan pengalaman bersukur yang lebih selesa anda dinasihatkan menggunakan sedikit krim.
CARA MENCUCI MESIN PENCUKUR
Membeli mesin pencukur yang berjenama, mahal dan berkualiti tidak ada gunanya juga jika tidak pandai mencucinya dengan baik selepas digunakan.
Kebanyakan mesin pencukur di pasaran akan turut menyertakan kit cucian selepas guna. Pastikan setiap kali selepas digunakan anda mencucinya dari sebarang kotoran atau rambut yang melekat.
MENENTUKAN BAJET
Seperti kebanyakan peranti yang lain jika mahukan yang terbaik pastinya anda harus melabur sedikit. Sebuah mesin pencukur yang berkualiti boleh didapati dalam harga RM300 hingga RM1200 di pasaran. Percayalah pelaburan ini pasti memberikan satu kepuasaan untuka anda guna dalam tempoh masa yang lama.
Anda boleh dapatkan mesin pencukur pada harga yang sangat berpatutan di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
‘Shaving’ atau bercukur merupakan satu rutin yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Namun sebenarnya, masih ramai lelaki yang kurang pandai dan menggunakan teknik yang betul ketika bercukur.
Dengan teknik yang tidak betul ia boleh menyebabkan luka dan kecederaaan pada kulit wajah. Ini semua dapat dielak jika anda bercukur dengan menggunakan teknik teknik yang betul.
BERSIHKAN WAJAH
Sebelum memulakan proses mencukur jambang, janggut atau misai ada beberapa langkah awal yang perlu anda lakukan. Jika anda ingin bercukur pada sebelah pagi pastikan selang masa sekurang-kurangnya 10 selepas bangun tidur.
Ini bagi membantu kulit wajah berehat dahulu. Cuci wajah dengan pencuci muka pilihan untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuka liang roma serta melembutkan kulit di bahagian misan dan janggut.
GUNA AIR SUAM
Satu perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum mula bercukur ialah dengan melekapkan wajah dengan tuala basah dengan air suam. Anda perlu melakukan proses ini sejurus selesai mencuci wajah. Ia membantu pori-pori terbuka dan memudahkan proses mencukur nanti.
KRIM PENCUKUR
Kira-kira 3 minit selepas itu, anda boleh mula sapukan krim pencukur. Sapukan dengan berus dengan gerakan berputar. Berus yang dipilih haruslah mempunyai bulu yang halus dan lembut agar kulit wajah anda lebih selesa dan boleh elak wajah tercalar.
Pilihlah krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan formulasi sesuai dengan kukit wajah sekali gus mengelak iritasi.
MULA MENCUKUR
Bahagian yang perlu anda fokuskan terlebih dahulu semasa bercukur ialah rahang, leher dan pipi. Ia perlu dilakukan di bahagian ini dahulu kerana ia mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan daripada kulit wajah alami luka.
Bahagian misai dan janggut pula perlu diberikan perhatian khusus kerana ia lebih banyak rambut. Cukur janggut pada satu arah sahaja iaitu mengikut tumbuhnya anak rambut. Gerakkan pisau dengan jalur searah agar tak cedera.
PENGGUNAAN GUNTING
Jika anda ingin menyimpan janggut atau misai pastikan pola bentuk seperti yang anda mahu tidak terjejas. Untuk mendapatkan hasil yang kemas anda perlu menggunakan gunting kecil yang khas.
Untuk hasil yang lebih detail, anda perlu guna hair-clipper. Apa yang penting anda harus gunting terlebih dahulu bahagian tepi misai dan janggut yang ingin disimpan.
BILAS WAJAH SELEPAS SELESAI
Selepas anda selesai bercukur dan kemaskan apa yang patut, bersihkan wajah dengan menggunakan tuala. Bilaskan wajah dengan menggunakan air sejuk. Untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah adan boleh sapukan krim pelembat atau penyegar. Set pencukur yang telah digunakan pulaperlulah direndam seketika dalam air suam sebelum dicuci.
MASKULIN yakin dengan menggunakan tip di atas anda boleh bercukur dengan selesa dan lebih baik. Dengan menggunakan teknik yang betul anda tak perlu lagi takut untuk berdepan dengan kecederaan wajah yang tak sepatutnya berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.