Mungkin ramai beranggapan bahawa lelaki tidaklah terlalu cerewet dalam berpakaian atau bergaya. Malah dengan anggapan seleksi pakaian lelaki tidaklah sebanyak wanita, ramai lelaki mengambil mudah akan hal ini.

Tapi jangan ketepikan soal gaya anda kerana imej adalah penting dalam dunia sekarang. Bamun dalam berfesyen anda perlulah peka dengan ‘do’s and don’t’. Terdapat beberap[a kesilapan utama yang sering lelaki jadikan habit dalam penampilan harian.

Adakah anda juga tergolong dalam golongan ini?

Jom kita semak andata kesalahan dalam berfeysen yang sering dilakukan oleh ramai lelaki.

TALI LEHER PENDEK

Selain jenis tali leher, kepanjangannya juga perlu diambil kira. Jangan pakai tali leher sekejap panjang dan sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher anda ngam-ngam berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle).

LENGAN BAJU TUTUP JAM TANGAN 

Bagi lelaki yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.

BAJU BERKEDUT-KEDUT 

Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!

T-SHIRT LENGAN BESAR & LABUH 

Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita.

IKLAN

Untuk lelaki, lebih baik anda memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja. Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.

Jangan Jadikan Habit Cara Berfesyen Seperti Ini, Salah Satunya T-Shirt V-Neck
Background photo created by photoroyalty – www.freepik.com

PAKAI TALI PINGGANG & SUSPENDERS SERENTAK 

Jangan memakai tali pinggang dan suspenders serentak kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi, pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.

SALAH BUTANG BLAZER/KOT 

Jangan butang kesemua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.

MASUKKAN KEMEJA KE DALAM SELUAR 

Sesetengah daripada anda masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.

GUNA SUT HITAM SETIAP HARI 

Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubal pakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.

IKLAN

STOKING BERLUBANG 

Untuk menjaga penampilan, elak daripada memakai stoking yang koyak atau berlubang. Kesilapan anda ini akan nampak ketara lebih-lebih lagi ketika anda membuka kasut. Bimbang orang kata luar nampak segak tapi penampilan gaya yang orang tidak nampak seperti stoking, anda abaikan.

PAKAIAN TAK DIBASUH 

Jangan malas untuk menukar pakaian setiap hari. Mengulangi pakaian yang kotor akan memudahkan kuman dan bakteria daripada peluh yang melekat pada pakaian melekat pada kulit badan sehingga akhirnya menyebabkan masalah kulit.

Jangan Jadikan Habit Cara Berfesyen Seperti Ini, Salah Satunya T-Shirt V-Neck
Foto: karlyukav – www.freepik.com

STOKING WARNA ATAU JENIS BERBEZA 

Jangan main sarung sahaja stoking tanpa memadankan jenis dan warna yang sama melainkan anda sememangnya tidak perasan. Tidak dinafikan stoking lelaki nampak lebih kurang sama warna, jadi untuk memudahkan penyimpanan pastikan anda gulung stoking tersebut agar ia tidak mudah tertukar atau hilang.

PAKAI STOKING DENGAN SANDAL 

Sandal berfungsi untuk memberikan keselesaan buat kaki terutamanya ketika cuaca panas. Jadi jangan tambahkan rasa panas pada kaki anda dengan memakai stoking pula.

IKLAN

KASUT SUKAN UNTUK SEMUA GAYA 

Dah nama pun kasut sukan, sudah semestinya ia digunakan khusus untuk aktiviti sukan. Jangan pula anda menyarungkan kasut sukan untuk setiap penggayaan. Pakailah kasut mengikut gaya yang sesuai. Untuk aktiviti santai misalnya, anda boleh sarungkan sneakers manakala untuk aktiviti formal, anda boleh pakai kasut kulit.

T-SHIRT KOLAR V

Tak perlu nak dapatkan perhatian dengan menayangkan dada atau bulu dada anda untuk tontonan wanita. Sebaiknya sarungkan t-shirt berkolar bulat untuk gaya yang lebih selesa dan sedap mata memandang.

ULTRA SKINNY JEANS 

Pemakaian seluar skinny yang terlalu ketat menampakkan gaya anda seperti sarung nangka. Rasa terseksa kaki menyarungkan seluar yang sendat lebih-lebih lagi jika anda bertubuh besar. Sebaiknya, pakailah seluar yang sesuai dengan bentuk tubuh anda agar penampilan anda lebih selesa dan memudahkan kaki untuk ‘bernafas’.

HANYA PAKAI STOKING PUTIH 

Jangan disebabkan nak mudah, anda sarungkan stoking putih untuk semua gaya fesyen anda. Ia sebenarnya satu kesalahan kerana stoking putih hanya boleh digunakan untuk aktiviti fizikal seperti bersukan, bersenam atau ke gym sahaja.

Semoga gaya penampilan anda selepas ini lebih bergaya. Serlahkan personaliti anda dengan pelbagai gaya dengan cara tersendiri tapi peka dengan trend fesyen terkini.

Jangan lupa untuk follow Instagram dan juga subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

https://www.youtube.com/watch?v=27A5WaTPLOc&t=8s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI