Anda tentu teruja apabila si dia setuju untuk keluar dengan anda. Ketika itu pelbagai perasaan bermain di dalam fikiran anda. Adakah dia berminat dengan perangai anda setelah anda keluar dengannya buat kali pertama, atau ini adalah kali terakhir anda bertemu dengannya.
Kemungkinan ini kali pertama crush yang dah lama anda minat itu bersetuju untuk keluar bersama anda, dan ini kali pertama anda berdating! Pasti anda, tidak mahu tampil buruk dihadapan crush anda kan? Bak kata semua orang ‘first Impression’ kena cantik. Mulalah bukak almari dan fikir apa yang perlu anda pakai? Berapa banyak yang anda perlu tanya semasa keluar dengannya?
Walaupun sesetengah orang mendakwa ia adalah yang terbaik untuk berterus terang ketika pertama kali anda bertemu dengan seseorang dan bertanya soalan yang serius seperti,
“Apa yang anda cari dalam hubungan?”
“Kenapa anda berpisah dengan pasangan anda?” atau
“Apakah arti kehidupan?”,
Menurut seorang pakar temu janji, strategi yang jauh lebih baik adalah untuk menjaga momentum antara anda dan dia.
Menerusi MSN Lifestyle, Doktor cinta, James Preece percaya bahawa jika anda mengekalkan perbualan yang menyeronokkan, crush anda lebih cenderung kepada mood yang baik dan berasa lebih positif terhadap anda.
“Pada temu janji pertama, anda hanya boleh bertanya soalan yang berunsurkan positif,”
kata Preece.
“Jika anda bercakap tentang perkara-perkara positif maka anda akan dilihat sebagai seorang yang positif. Jadi tanya si dia tentang keluarganya, cuti kegemaran dan cari tahu apa yang dia suka.
Apabila mereka bercakap mengenai subjek yang sangat menarik minatnya, wajah mereka akan ceria dan mereka akan tersenyum lebih banyak. Oleh itu, ia adalah bagus untuk berhati-hati memilih topik, tetapi anda juga perlu mencuba dan memberi perhatian kepada subjek yang mana si dia paling teruja. Dengan cara itu, anda dapat mengetahui sama ada anda berkongsi minat dan fikiran yang sama.
Jika anda mengakhiri temu janji anda dengan sifat negatif, ia sangat berisiko. Jika anda mengeluh atau bertanya sesuatu yang berkaitan dengan topik negatif, si dia akan menganggap anda juga seorang yang negatif.
Ini bermakna elakkan topik politik, cuaca buruk atau bertanya kepadanya mengapa dia masih belum berpunya. Tidak ada yang lebih buruk daripada cuba berterus terang tentang diri sendiri kepada orang asing. Dating itu sebenarnya bertujuan untuk mengenali dan berseronok, termasuk temu janji pertama.Ideanya ialah untuk melihat sama ada dan sejauh mana anda dapat meneruskan dengan seseorang.
Temu janji yang pertama belum masanya lagi untuk anda berkongsi pengalaman buruk anda. Ia bukanlah idea yang baik untuk membandingkan pengalaman temu janji yang lepas, rasa ketidakpuashatian terhadap politik atau tentang kehidupan.
Jangan tanya soalan berkaitan pasangan lamanya, berapa banyak temu janji yang telah dia hadapi atau mengapa hubungan lepasnya tidak berjaya. Tanya soalan ini setelah anda dan dia makin rapat.
Anda boleh gubal soalan ke arah longgar sifatnya seperti harapan dan impian si dia terhadap kehidupan, apa yang dia impikan dari kehidupan selang 5 tahun, hubungan bagaimana yang dia impikan.
Cari tahu apa yang membuat dirinya teruja tentang kehidupan, lihat apa persamaan yang anda miliki. Cari kepentingan dan nilai bersama untuk lebih rapat dengannya.
Tanya soalan yang tepat dengan cara yang betul boleh membantu seseorang meluahkan juga. Perlu ingat, tekun apabila dia memberi jawapan. Ini akan membuatkan si dia berasa ada tempat untuknya meluahkan perasaan terhadap seseorang.