Jangan Ingat Badan Kurus Anda Bebas Penyakit Serius Seperti Diabetis & Darah Tinggi

Share

“Kau makan bukan main banyak tapi badan maintain je kurus!”

Anda ada tak kawan yang mempunyai badan kurus tapi makan memang tak ingat dunia. Segala macam makanan disumbatnya tetapi tak berikan kesan langsung terhadap berat badan.

Kadangkala rasa cemburu juga lihat orang seperti ini. Anda sendiri bagai nak rak jaga badan sebab takut berat badan naik.

Tapi sebenarnya anda tak perlu cemburu kerana orang yang berbadan kurus itu tak semestinya sihat!

Banyak faktor yang mempengaruhi kesihatan fizikal luaran dan dalaman seseorang itu. Jangan ingat badan kurus atau memiliki berat badan ideal seseorang itu bebas daripada dijagkiti penyakit merbahaya.

Terdapat satu kondisi dikenali sebagai TOFI iaitu Thin Outside, Fat Inside. Perkara ini turut diulas page Public Health Malaysia menerusi satu perkongsian yang cukup berguna untuk kita semua.

Kondisi TOFI ini menjelaskan bagaimana orang yang kurus turut menghidap penyakit metabolik seperti; KENCING MANIS, DARAH TINGGI, TINGGI KOLESTEROL & PENYAKIT JANTUNG & STROK.

BACA: 8 Kelebihan Bersenam Pada Waktu Pagi, Salah Satunya Badan Jadi Segar

Ikuti perkongsian daripada Public Health Malaysia di bawah;


 

Anda pasti kenal mana mana individu yang makan dengan banyak, suka makanan segera dan minuman manis.. tetapi badan mereka sentiasa maintain kurus.

Tidak perlu cemburu kerana tubuh yang kurus itu, tidak semestinya SIHAT.

Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mereka tersembunyi bersama organ orang penting di abdomen.

Situasi ini dikenali sebagai TOFI. “Thin Outside, Fat Inside”.

Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti,

  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Tinggi Kolesterol
  • Penyakit jantung dan strok
Kredit: Public Health Malaysia

Jika anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.

TOFI sukar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.

Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain.
.
Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana.. kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan.


Semoga perkongsian Public Health Malaysia ini memberikan manfaat yang tidak ternilai untuk kehidupan anda yang lebih sihat dan sejahtera.

Kredit: Public Health Malaysia

Published by
Farizul Izwany