Jangan Ingat Badan Kurus Anda Bebas Dari Penyakit Berisiko Tinggi

1181

Tanyalah mana-mana lelaki jika diberi pilihan sama ada kurus atau gemuk mereka pastinya memilih untuk jadi kurus.

Ini adalah persepsi yang terbina dalam masyarakat yang lebih senang melihat seseorang itu kurus berbanding mempunyai masalah obesiti.

Akan tetapi adakah anda tahu bahawa jika mempunyai fizikal terlalu kurus ia membuatkan lebih terdedah kepada penyakit? Anda jangan ingat orang obese sahaja yang terdedah dengan pelbagai penyakit, ya!

Pertama sekali jika anda biasa timbang berat badan, pastinya anda tahu bahawa Body Mass Index (BMI) yang paling ideak dengan ketinggian ialah sekitar 20 hingga 25. Jika catatannya kebih daripada 25 itu bermakna anda termasuk dalam kelas obese. Jika kurang daripada 18.5 pula anda akan dianggap terlalu kurus.

Jika anda berdepan masalah kurus dan berat bada terdapat beberapa risiko yang harus anda tanggung, pikul dan belajar.

1. Sakit Jantung

Jangan ingat orang gemuk sahaja boleh kena penyakit jantung. Orang kurus juga berisiko. Orang kurus lebih cenderung berasa kurang sihat kerana berasakan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak perlu bersenam.

FAKTA: LEMAK BAGI LELAKI YANG GEMUK MEMBONJOL TERUTAMA PADA BAHAGIAN PERUT BERBANDING LELAKI KURUS. TETAPI HARUS KITA
KETAHUI, LEMAK LELAKI YANG KURUS ‘TERTAMPAL’ PADA BAHAGIAN JANTUNG DAN HATI!

BACA: Buat 5 Senaman Tekan Tubi Untuk Dapatkan Otot Macho Dada Yang Mantap!

2. Kerap letih

Majoriti lelaki kurus kerapa merasa letih. Fenomena kekurangan tenaga ini merupakan petanda awal penyakit seperti anemia atau kurang darah. Selain letih, petanda penyakit
anemia lain adalah selalu sakit kepala dan mudah semput.

3. Kurang subur

Badan kamu yang terlalu kurus juga boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. Berdasarkan kajian, lelaki yang terlalu kurus berisiko sehingga 22 peratus mengalami
masalah berkaitan seksual seperti kegagalan ejakulasi rasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin serta masalah erektil.

4. Tulang rapuh

Majoriti lelaki terlalu risau dengan perkataan ‘lemak.’ Takut sangat badan gemuk sehingga tidak sedar lemak bukanlah segala-galanya. kebanyakan lelaki kurus tidak sedar
bahawa lelaki kurus biasanya akan mengalami masalah kepadatan tulang hingga menyebabkan mereka diserang osteoporosis/tulang rapuh. Ini terjadi kepada badan lelaki yang terlalu kurus kerana apabila badan mereka tidak mempunyai lemak, badan tidak dapat menghasilkan estrogen yang mencukupi hingga mengakibatkan tulang menjadi rapuh.

Maksudnya, selepas ini berpada-padalah mamasang impian nak kurus semata-mata nak bergaya dengan baju atau seluar yang ‘fit‘ dengan tubuh kamu. Silap haribulan, penyakit yang datang!