Memiliki perut sixpack merupakan idaman untuk kebanyakan lelaki di luar sana. Tidak hanya pada lelaki sahaja, wanita pun ada juga yang memiliki keinginan yang sama untuk membentuk otot-otot tubuh, terutama pada bahagian perut.
Beberapa cara yang umum dilakukan untuk memiliki perut sixpack adalah dengan mengikuti latihan di tempat-tempat kecergasan, angkat beban, latihan kardio, serta diet. Namun, apakah kesemua cara tersebut merupakan kaedah yang tepat untuk dilakukan?
Hal ini tidak benar, kerana pada kenyataannya crunch dan sit-up hanya mampu untuk membakar kalori dalam kadar yang sedikit. Sit-up dan crunch akan bekerja hanya untuk menguatkan otot perut, tetapi tidak banyak membantu jika kita masih memiliki banyak lapisan lemak yang menutupi otot perut.
Kesalahan lain ketika membentuk perut six-pack adalah menganggap bahawa anda perlu melakukan latihan kardio selama berjam-jam untuk mendapatkan otot perut. Sebenarnya, latihan kardio bukanlah satu-satunya cara, latihan interval dapat mempercepatkan kadar metabolisme, sehingga anda akan mengalami kadar pembakaran lemak yang cepat sepanjang latihan.
Ketika anda telah berjaya memiliki perut sixpack tentu anda akan berasa puas dengan hasil kerja keras anda. Namun jangan pula anda ingat bahawa sixpack akan tetap kekal untuk selamanya. Kenyatannya, sixpack akan menghilang sekiranya anda tidak menjaganya dengan senaman rutin dan juga diet seimbang.
Latihan untuk otot perut memang perlu, tapi anda juga harus memerhatikan juga bahagian tubuh yang lain. Ini akan sangat bermanfaat kerana anda mungkin tak sedar bahawa melatih otot perut sebagai otot sekunder akan lebih mudah dilakukan daripada hanya fokus terhadap latihan membentuk otot perut.
Faktor genetiklah yang menentukan bentuk perut sixpack milik anda. Pada beberapa orang, otot perut akan berbaris kotak-kotak secara rata, tapi pada yang lain tidak selalunya begitu. Untuk sebahagian orang, kotak-kotak perut akan tersusun elok, namun sebahagian lagi tidak. Sehingga, kita tidak boleh menentukan sendiri bentuk otot perut pada tubuh kita.
sumber: lelakisihat.com