Anda masih dalam mood Raya?
Tak mengapa, pergilah ziarah-menziarahi sanak-sdaudara dan sahabat handai sepanjang bulan Syawal ini. Sama-sama mohon kemaafan dan rapatkan semula silaturahim.
Namun dalam kita bergembira jangan pula dilupakan kesihatan fizikal dengan melakukan senaman.
Selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, amatlah penting untuk kita mulakan semula senaman.
Tapi lebih penting ialah melakukannya secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Bayangkan badan anda ini seperti enjin sebuah jenteran hebat, pastinya perlu dipanaskan dulu. Ini adalah kerana tubuh kita memerlukan masa untuk menyesuaikan semula kepada rutin harian yang biasa.
Langkah pertama yang boleh diambil adalah dengan melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau larian berbentuk jogging perlahan-lahan selama 20 hingga 30 minit setiap hari. Selepas itu, anda boleh meningkatkan tahap intensiti dan tempoh senaman secara beransur-ansur.
Pastikan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan mencukupi untuk memberi tenaga kepada tubuh anda.
Dan dalam cuaca panas seperti sekarang ini, jangan lupa untuk minum air yang mencukupi dan membolehkan masa yang mencukupi untuk pemulihan selepas setiap sesi senaman.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau kebimbangan, disarankan agar berjumpa dengan pakar kesihatan sebelum memulakan semula senaman.
Adna boleh melakukan beberapa senaman mudah untuk menyesuaikan diri.
PUSINGAN KAKI: Berdiri dengan kaki selebar bahu dan putar kaki ke kiri dan kanan secara bergantian. Lakukan selama 30 saat dan ulang sebanyak 3-4 set.
SQUAT: Berdiri dengan kaki selebar bahu dan turunkan pinggang sehingga paha anda sejajar dengan lantai. Kemudian angkat semula pinggang anda ke kedudukan berdiri semula. Lakukan selama 10-15 kali dan ulang sebanyak 3-4 set.
PUSH UP: Berbaringkan badan dengan perut menghadap ke bawah, letakkan tangan di bawah bahu dan tolakkan badan anda ke atas sehingga tangan anda lurus. Kemudian turunkan badan anda semula ke bawah sehingga dada hampir menyentuh lantai. Lakukan selama 10-15 kali dan ulang sebanyak 3-4 set.
SKIPPING: Melompat di tempat seperti anda sedang berskipping. Lakukan selama 30-60 saat dan ulang sebanyak 3-4 set.
PLANK: Berbaringkan badan dengan perut menghadap ke bawah, kemudian angkat badan anda ke atas dengan menggunakan siku dan jari kaki. Pastikan tubuh anda sejajar dan bertahan selama 30-60 saat. Ulangi sebanyak 3-4 set.
Selain melakukan aktiviti senaman ringkas dan mudah seperti di atas, anda juga perlu menekankan faktor pemakanan. Maklumlah selepas sebulan berpuasa dan juga lebih seminggu berhari Raya.
Berikut tabiat pemakanan boleh anda amalkan:
Dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang selepas berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadan, kita dapat memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian dengan baik.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini mampu memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe dan follow Instagram dan YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.