Bagi pengguna smart tag, pasti pernah mengalami masalah tidak boleh melihat baki yang tertera di dalam kad tersebut.
Siapa yang mengalami masalah ini pasti faham betapa stressnya kan? Kini anda tak perlu lagi risau kerana kami akan kongsikan cara untuk betulkan kerosakkan ini dengan mudah.
Jom kita bagaimana caranya memperbaiki smart tag berkenaan.
Sama ada suka atau tidak keadilan pasti akan ditegakkan. Dengan tekad yang jitu itulah yang dilakukan oleh seorang wanita demi membawa pelaku kematian suaminya ke muka pengadilan.
Sekali imbas mungkin ia kedengaran seperti cereka filem Hollywood, bukan? Tapi itulah dedikasi yang dilakukan oleh wanita yang tidak dinamakan dalam mengheret penjenayah itu ke muka pengadilan.
Lebih menarik adalah cara bagaimana dia melakukannya. Wanita dari Bogota, Colombia tersebut sanggup menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya dengan menggoda dan mengumpul bukti secukupnya.
Penjenayah licik yang bertanggungjawab ke atas kematian suaminya itu dikenali sebagai seseorang yang cukup licik. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Suspek dikenali dengan nama Ruben Dario Vilario Barrios didakwa menyamarkan diri sebagai seorang usahawan yang dihormati di bandar Cienaga de Oro.
Tapi hakikatnya dia adalah seorang lelaki dengan nama jolokan ‘Juancho’, penjenayah bertanggungjawab menjadi dalang kepada banyak aktiviti penyeludupan dadah dan senjata api ke Amerika Tengah dan Amerika Syarikat.
Selain itu dia juga diberkas di atas dakwaan cubaan membunuh terhadap saingan dan bekas rakan sekerja.
Disebabkan penyamaran itulah dia amat sukar dijejak dan ditangkap. Selepas suami kepada wanita itu mati dipukul dengan arahan suspek atas sebab tidak didedahkan kepada umum, wanita itu dilaporkan mula mendekati Juancho dan akhirnya membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya.
Selepas suspek semakin mempercayai wanita itu dia banyak berkongsi maklumat tentang urusan kegiatan jenayahnya. Dan bukti inilah yang digunakan wanita tersebut untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
Sejak tahun 2020 lagi ipihak polis mengesyaki aktiviti suspek tetapi mereka tiada bukti yang mencukupi untuk menahan dan menyabitkannya. Hasil maklumat diberikan wanita terbabit pihak berkuasa alhirnya yakin untuk mendakwa suspek.
Juancho yang ditahan menerusi Operasi Corona oleh Gerakan Khas Polis Negara ketika menghadiri pertemuan dengan penjenayah lain di Monteria, kini berdepan penjara puluhan tahun.
Sumber: breakinglatest.news
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di tengah-tengah lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke beberapa negara utama Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Vietnam, dan Kemboja, muncul satu kritikan pedas daripada hos TV dan personaliti media konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly.
Melalui kenyataannya, O’Reilly secara terbuka meremehkan signifikansi ekonomi lawatan tersebut terhadap agenda strategik lawatan pempimpin utama China ke rantau ini.
Menerusi satu klip video yang disiarkan di platform X, O’Reilly, yang dahulunya merupakan hos dan wajah utama di Fox News, menyampaikan analisis ringkas bersifat ‘kontroversi’ tentang nilai ekonomi negara-negara tuan rumah lawatan Presiden Xi.
Beliau mempersoalkan pulangan ekonomi yang boleh diharapkan oleh China daripada usaha mendekati negara-negara Asia Tenggara ini.
“The Malays don’t have any money”.
Omputeh bau tanah ni pandang hina Malaysia, Vietnam dan Cambodia.
Ko mampos je lah, bodoh.
I haven’t detested Americans this much with the way they look down on us Southeast Asians. pic.twitter.com/wgjqJ2CVgZ
Secara terus terang, O’Reilly menyatakan pandangannya. “Hai Presiden Xi, biar saya berterus terang. Mereka tiada duit langsung. Mereka tak boleh tolong kamu, mereka tak akan beli barang kamu sebab mereka tak ada duit”.
O’Reilly kelihatan skeptikal terhadap rasional strategik di sebalik jelajah serantau Presiden Xi, malah mengutarakan kemungkinan bahawa lawatan tersebut mungkin merupakan satu strategi untuk mengelak tekanan ekonomi domestik dan penelitian antarabangsa yang semakin meningkat terhadap China.
“Mungkin dia pergi ke sana untuk cuba seludup barang China bawah label Vietnam. Tapi itu akan mudah terbongkar.”
Menyuarakan ketidakpastiannya mengenai objektif sebenar lawatan itu dalam konteks geopolitik semasa, O’Reilly berkata:
“Jadi saya pun tak tahu ini tentang apa. Kamu tahu… Kalau China kehilangan pasaran AS. Tapi saya masih percaya akan ada detente (pengenduran ketegangan). Ia dah rosak. Ia betul-betul kacau.”
“Sebab kami ada duit, kami beli barang. ‘Orang Melayu’ takkan beli barang anda, mereka tiada duit,” tambahnya lagi.
Kenyataan O’Reilly ini dilontarkan berlatarbelakangkan ketegangan perdagangan yang berpanjangan antara Amerika Syarikat dan China, yang bermula sejak pentadbiran pertama Donald Trump pada tahun 2018.
Perspektif beliau mencerminkan pandangan segmen tertentu di Amerika yang melihat hubungan antarabangsa terutamanya melalui lensa transaksi ekonomi dan persaingan kuasa besar.
Namun, realiti lawatan Presiden Xi Jinping ke Malaysia mencerminkan lanskap berbeza mengenai kepentingan diplomatik dan strategik lawatan tersebut.
Presiden China memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.
Lawatan ini merupakan yang kedua bagi Xi dalam tempoh 12 tahun, menandakan kesinambungan hubungan erat selepas lawatan terakhir pada 2013 yang menyaksikan peningkatan hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif.
Dalam lawatan ini, Presiden China tersebut diraikan dalam upacara sambutan negara rasmi, diikuti dengan majlis menghadap dan jamuan negara bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Pertemuan dua hala yang signifikan turut diadakan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Xi di Kompleks Seri Perdana.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pemimpin membincangkan langkah-langkah konkrit untuk memperkukuh kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Sebagai bukti nyata komitmen kerjasama, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran sebanyak 31 Memorandum Persefahaman (MoU), perjanjian, dan nota antara Malaysia dan China, mencakupi pelbagai sektor. Lawatan Xi diakhiri dengan majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh Perdana Menteri.
Justeru, sementara kritikan O’Reilly menonjolkan satu sudut pandangan ekonomi yang skeptikal dari Amerika, tindakan dan hasil diplomatik lawatan Presiden Xi ke Malaysia menunjukkan kepentingan strategik dan kerjasama pelbagai dimensi yang terus dipupuk antara China dan negara-negara di Asia Tenggara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sudah menjadi kebiasaan kita akan makan apabila perut lapar. Namun , hakikatnya bukan hanya lapar yang menjadi faktor penyebab orang ingin dan perlu makan. Beberapa hal mempengaruhi kita untuk mengambil makanan sesuatu meskipun perut kita tidak lapar. Bagi anda yang sedang berada dalam program diet, perlu waspada dengan beberapa hal berikut ini, kerana ia menjadi salah satu punca anda gagal dalam program diet.
1.Mengatasi rasa bosan
Pada satu keadaan , ada kalanya kita merasa bosan. Banyak perkara yang dilakukan untuk mengatasi kebosanan mereka, salah satunya dengan makan. Makan biasanya dipilih ketika seseorang tidak tahu perlu melakukan apa atau tidak ingin melakukan aktiviti. Akhirnya, makanan yang menjadi tujuan akhir yang dipilih, biarpun perut tidak mengirimkan isyarat lapar. Jika anda memiliki masalah dengan berat badan, anda perlu hindari keinginan untuk makan ini dengan menyibukkan diri pada aktiviti tertentu.
2.Ikut-ikutan
Ini biasanya dilakukan ketika anda sedang berkumpul bersama teman atau keluarga. Ketika sedang berkumpul anda cenderung untuk menyediakan makanan sebagai pelengkap suasana. Di masa inilah, anda akan terpikat dengan makanan yang sedang dinikmati oleh teman. Walaupun perut tidak lapar, tangan kamu cenderung akan merasa makanan tersebut.
3.Akses mudah untuk makanan
Apabila makanan ada di depan mata dan sangat mudah untuk mendapatnya, anda cenderung berfikir “apa salahnya mengambil ini satu?” Nah,ini juga merupakan salah satu pendorong bagi kita untuk makan walaupun tidak merasa lapar. Jika kamu sedang berada dalam program diet, maka kamu boleh menghindarinya dengan menjauhkan persediaan makanan dari tempat yang mudah terlihat dan sukar untuk mendapatkannya. Sederhana, tetapi cara ini cukup berkesan untuk membantu anda mengurangi pengambilan kalori.
4.Tekanan
Setelah dilanda tekanan yang berat kerana tanggung jawab tertentu, anda biasanya berfikir untuk mendapatkan makanan enak. Biasanya individu akan memilih makanan yang manis. Jika ingin menghindarinya, cubalah anda mengalihkan keinginan untuk makan itu dengan berjalan-jalan di sekitar tempat kamu dengan beraktiviti dan minum secangkir kopi hangat atau minuman dingin. Cara ini berkesan untuk melepaskan ketegangan kamu dibandingkan dengan makan.
5.Menghadiri majlis
Pada saat tertentu ketika kita berkunjung ke rumah sanak saudara ataupun teman yang membuat majlis tertentu, sering kali mereka akan menghidangkan makanan lazat. Jika anda seorang yang tidak mampu menolak, secara automatik anda akan menerima makanan tersebut meskipun tidak lapar. Ini juga kerana ada kecenderungan pemilik kediaman akan memaksa anda untuk menerima tawaran makanan meskipun anda sudah menolak.
Untuk menghindarinya, anda boleh menolaknya dengan mengatakan bahawa kamu sedang menjalani program diet. Alternatif lainnya anda boleh menerima pelawaan makanan itu tetapi dengan membungkus dan membawanya pulang.
Keadaan di atas sering kali terjadi dalam kehidupan harian anda bukan? Bagi anda yang memiliki masalah dengan berat badan, mungkin hal ini cukup penting untuk diketahui.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.