1. Lakukan aktiviti pemanasan badan terlebih dahulu selama 5-10 minit untuk meregangkan otot badan.
2. Berdiri dalam posisi tegak. Luaskan kaki mengikut keselesaan atau selaras dengan kelebaran bahu anda.
3. Perlahan-lahan menurunkan badan dengan menggerakkan punggung ke belakang dan merendahkan badan seolah-olah anda hendak duduk di atas kerusi.
4. Jangan gerakkan lutut dan pastikan kedudukan lutut tidak melebihi ibu jari kaki. Kemudian, kemutkan otot abdominal anda.
Ads
5. Jika anda rasa tidak stabil, depakan tangan ke hadapan atau bawa telapak tangan ke belakang kepala untuk mengawal keseimbangan badan.
6. Perlahan-lahan, bangun semula mengikut langkah. Jangan bangun terlalu laju dan ke hadapan.
6. Ulangi semula sebanyak lima set dan tingkatkan jumlah senaman dari minggu ke minggu.
Jika squat dengan barbell, pastikan anda:
1. Memilih plat atau barbell yang mampu anda angkat. Genggam barbell dan letakkan di belakang bahu anda.
2. Luaskan kaki lebih sedikit daripada kelebaran bahu.
Ads
3. Lakukan squat seperti biasa.
5 kesilapan senaman squat perkongsian Kevin Zahri
Sebelum memulakan squat, pastikan anda menggunakan kasut yang betul untuk mengurangkan tekanan pada otot dan memudahkan kedudukan anda ketika bersenam.
Elak memakai kasut larian (running shoe) kerana tapaknya lebih lembut. Sebaiknya, pakai kasut latihan (training shoe) yang mempunyai tapak lebih keras untuk membolehkan posisi anda lebih stabil.
1. Jangan bawa lutut ke depan
Jangan gerakkan posisi lutut ke hadapan melebihi ibu jari kaki, sebaliknya gerakkan punggung ke belakang dahulu. Kemudian, turunkan punggung seperti anda duduk di atas kerusi, manakala posisi lutut pula tidak berubah.
Ads
2. Elak kepit kaki
Jangan kepit kaki atau masukkan posisi lutut ke dalam kerana ia akan memberi tekanan pada bahagian lutut dan buku lali. Pastikan anda menjarakkan posisi lutut di antara kedua-dua belah kaki. Anda juga boleh melebarkan kaki melebihi paras bahu seperti posisi sumo squat. Posisi ini tidak akan membebankan bahagian lutut anda.
3. Jangan bongkokkan bahagian atas badan
Ramai yang suka membongkokkan badan ke depan dan ini akan memberi tekanan pada bahagian belakang badan dan pinggang. Cara yang betul, anda mendada sedikit, tolak bahu ke belakang dan tegakkan badan. Jika anda rasa sukar dengan postur badan yang ke depan, anda boleh melakukan gaya prison squat iaitu dengan meletakkan telapak tangan di belakang kepala. Jangan tolak kepala anda ke depan, sebaliknya kembangkan belakang bahu dan betulkan postur badan.
4. Tidak squeeze
Tidak melengkapkan pergerakan squat bahagian atas posisi squat juga salah satu kesilapan yang sering orang buat. Anda harus kemutkan otot punggung di bahagian atas. Jika anda bergerak ke depan, pastikan anda tolak pinggul ke depan sedikit tanpa menguncikan lutut kaki supaya otot punggung dapat dikemutkan dengan betul.
5. Jangan buat squat yang sama
Pelbagaikan senaman squat misalnya jump squat, squat dengan beban menggunakan dumbbell, barbell atau botol air dan sebagainya. Pastikan anda buat mengikut kemampuan diri sendiri. Jika anda kurang yakin, elak buat senaman yang berimpak tinggi dan teruskan dengan senaman squat yang lebih terkawal.
Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=6s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang tak suka makan pisang. Selain banyak khasiat, buah pisang juga antara buah-buahan yang menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat.
Namun tak semua orang sesuai makan pisang kerana sesetengahnya boleh alami perut berangin dan sebu.
Untuk memastikan anda makan pisang dengan cara yang sihat dan selamat, ikuti perkongsian ilmu tulisan Pejuang Kesihatan, Doktor Hafiz Sulaiman tentang pisang muda dan pisang ranum.
Semoga dengan perkongsian beliau ini memudahkan anda untuk makan pisang mengikut kondisi tubuh badan dan kesihatan anda.
Bila makan pisang, ramai akan bedal saja kan asal sedap. Macam saya sendiri, lebu ranum sangat tak suka. Kalau putik muda sangat kelat pulok. Sedang-sedang pilihan hati. Rupanya paling sihat dan selamat!
Makan pisang pun sebenarnya kena tengok level masak ke tak dan ejas dengan keserasian perut kita serta apa aim kita untuk kesihatan.
1. Time kelat ni kandungan serat sangat tinggi. Serat tinggi ini susah dicerna perut kita. Kuman perut akan makan pisang susah cerna ni. Jadi pisang hijau memang prebiotik (makanan kuman usus) yang bagus. Paleo diet dulu-dulu fenomena kerepek pisang tanduk (plantain) sebab ni lah.
2. Bagusnya pisang hijau ni juga ialah sebab rendah FODMAPs. Jadi jika anda ada alah FODMAPs, eloklah elakkan pisang masak supaya tak kembung.
3. Masalah satu je pisang hijau ni. Sebab susah cerna, jadi mereka yang ada masalah kembung seperti SIBO, IBS dan masalah pencernaan lain moleklah elakkan dulu awal-awal rawatan pemulihan ya.
PISANG MASAK
4. Lagi masak pisang ni, antioksida lebih tinggi sebab lagi lama hidup. Paling penting, pisang masak lebih sedap sebab kandungan gula makin tinggi.
Tapi orang sakit diabetes kena hati-hati sebab kandungan gula sebijik pisang ni dalam 12 gram ye.
5. Makin masak pisang yang tak bestnya, ialah kandungan ejen saraf DOPAMIN dan SEROTONIN dalam pisang ni berkurang. Bahan ni penting untuk perasaan “pleasure” dan “rewarding” serta penting untuk pergerakan badan. Kalau kekurangan dopamine, badan gerak tersekat-sekat macam orang parkinson. Serotonin pula hormon yang kawal mood serta penting untuk buat hormon tidur, melatonin. Orang anxiety, depression dan insomnia didapati kekurangan serotonin biasanya.
6. Orang ada angin, saraf dan badan jadi sensitif, orang tua-tua kata angiinnn. Moleklah jangan banyak makan pisang ranum sangat sebab tinggi ejen saraf HISTAMIN. Orang ada angin, perut dia rosak jadi enzim yang proses histamin dah kurang efisyen. Jadi histamin kumpul banyak dalam badan sebabkan radang dan alahan, angin-angin sana-sini. Mengikut pengalaman klinikal saya, jenis pisang emas dibawa belayar, masak sebijik atas peti paling “angin”. Pisang berangan okay sikit.
Jadi nak makan masa hijau ke, masa masak? Tepuk dada, tanya selera. Tengok tahap kesihatanlah jugak ye.
Makan beringat sikit kang perut sakit, badan menjerit.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ini saya kongsikan sedikit sebab kenapa lelaki berusia lebih hot, harap pembaca enjoy membaca ?
1. Seorang lelaki yang matang tahu apa yang dia kehendaki dan biasanya mereka berusaha ke arah itu. Semenatara lelaki muda hanya memerlukan sesuatu untuk keperluan mereka saje. Biasanya mereka hanya memikirkan soal diri sendiri dahulu barulah orang lain. Berbanding lelaki matang yang biasanya mereka memberikan priority kepada kaum wanita terlebih dahulu.
2. Seorang lelaki yang matang akan memikirkan masa depan mereka dan akan cuba sedaya upaya untuk membina based atau platform yang mantap untuk kehidupan yang baik pada masa depan. Berbanding lelaki muda, mereka diibaratkan sebagai “life in the moment” dan lebih memikirkan keseronokan sementara.
3. Lelaki yang matang selalunya mencari seorang perempuan yang independence, supportive, bijak dan mampu memberikan mereka masa depan yang baik. Manakala lelaki muda biasanya memilih perempuan secara luaran iaitu hot, wild & exciting.
4. Lelaki yang matang tahu seorang perempuan itu yang terbaik untuknya dan akan berusaha mencari inisiatif untuk cuba mengenali mereka berbanding lelaki muda yang biasanya suka guna taktik mengorat dan kalau bertuah mereka dapatlah!
5. Lelaki yang matang tahu waktu & keadaan yang sesuai untuk mereka bersosial berbanding lelaki muda yang biasanya menghabiskan masa untuk sentiasa bersosial.
6. Lelaki matang biasanya mempunyai integriti yang tinggi. Mereka akan lebih firm dalam berkata-kata dan lebih tegas. Kerana menunjukkan kematangan dan pemikiran mereka. Manakala lelaki muda biasanya berubah-ubah dalam pemikiran dan tidak tetap dalam pendirian.
7. Bagi lelaki matang, mereka lebih suka untuk memberi komitmen dalam setiap apa yang dilakukan bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam sesuatu. Tapi bagi lelaki muda, mereka gemar mengambil kesempatan dalam sesuatu perkara dan biasanya bila dah tak ada baru mereka menyesal.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagaimana kita dapat mengetahui tanda amaran awal bagi kanser pankreas? Dikongsikan di sini beberapa tanda amaran awal kanser pankreas yang boleh dikesan. Di antara tanda-tanda awal ialah apabila pesakit mempunyai atau mendapat:
1. Diabetes secara mendadak
Tumor pankreas ini boleh menyebabkan pesakit kanser mendapat diabetes secara tiba-tiba/mendadak.
2. Mata dan kulit menjadi semakin kuning
Ini disebabkan tumor pankreas, walaupun bersaiz kecil, boleh menutup atau menyumbat duktus hempedu yang terletak di bahagian pangkal pankreas yang menyebabkan air hempedu berkumpul di situ kerana tersekat. Ini juga boleh menyebabkan jaundice (sakit kuning).
3. Gatal di kulit, tapak tangan dan tapak kaki
Kesan sampingan jaundice yang biasa ialah gatal-gatal di tapak tangan dan tapak kaki disebabkan oleh reaksi kulit terhadap bilirubin (bahan kimia berwarna coklat kekuningan di hati yang menyebabkan jaundice).
4. Kurang selera makan
Biasanya 6-8 bulan sebelum tumor pankreas dapat dikesan, pesakit kanser ini tiba-tiba hilang selera makan dan cepat berasa kenyang selepas makan sedikit.
5. Perubahan deria rasa
Pesakit kanser pankreas bertukar deria rasa yang biasa. Contohnya, tiba-tiba tidak suka bau kopi, rokok, atau lain-lain yang sebelum itu disukainya.
6. Sakit perut
Rasa sakit perut ini terasa sehingga ke bahagian belakang badan. Rasa sakit ini akan hilang apabila badan ditundukkan ke depan.
7. Pundi hempedu membesar
Pundi hempedu pesakit kanser ini membesar disebabkan oleh duktus hempedu yang tersumbat di mana hempedu akan membengkak/membesar di belakang duktus ini. Pundi hempedu yang membesar ini boleh dirasai oleh doktor yang memeriksa pesakit dan juga boleh dilihat pada ujian imej.
8. Najis yang pucat, terapung dan berbau busuk
Ini disebabkan tumor pankreas menghalang enzim penghadaman sampai ke pangkal usus bagi proses penghadaman lemak. Jadi, makanan berlemak tidak dapat dihadamkan yang akhirnya najis yang dihasilkan tidak padat, ringan, berbau dan terapung kerana kandungan lemak yang tinggi.
9. Najis hitam dan berdarah
Ini disebabkan oleh pendarahan di bahagian atas usus.
10. Turun berat badan secara mendadak tanpa dirancang
Ini disebabkan oleh kurangnya enzim pankreas yang dihasilkan bagi menghadamkan lemak yang diperlukan sebagai sumber tenaga. Lemak hanya melalui sistem penghadaman tanpa proses penghadaman.
Jika terdapat dua atau tiga daripada tanda-tanda berikut, silalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber : Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.