Jangan Buat Kesilapan Ini Ketika Senaman Squat Kalau Tak Mahu Sakit Lutut
Foto: serhii_bobyk - freepik

Senaman squat sememangnya begitu terkenal dan popular kerana ia boleh memperkemaskan postur badan, menguatkan otot kaki dan mengempiskan perut.

Bahkan, senaman ini juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar.

Walaupun nampak mudah namun jika anda tidak melakukannya dengan betul, ia boleh memberi kesakitan terutamanya pada bahagian lutut.

Elak Lakukan Kesilapan Ini Ketika Senaman Squat Kalau Tak Mahu Sakit Lutut
Foto: Karolina Grabowska – pexels

Langkah-langkah betul melakukan senaman squat

1. Lakukan aktiviti pemanasan badan terlebih dahulu selama 5-10 minit untuk meregangkan otot badan.

2. Berdiri dalam posisi tegak. Luaskan kaki mengikut keselesaan atau selaras dengan kelebaran bahu anda.

3. Perlahan-lahan menurunkan badan dengan menggerakkan punggung ke belakang dan merendahkan badan seolah-olah anda hendak duduk di atas kerusi.

4. Jangan gerakkan lutut dan pastikan kedudukan lutut tidak melebihi ibu jari kaki. Kemudian, kemutkan otot abdominal anda.

IKLAN

5. Jika anda rasa tidak stabil, depakan tangan ke hadapan atau bawa telapak tangan ke belakang kepala untuk mengawal keseimbangan badan.

6. Perlahan-lahan, bangun semula mengikut langkah. Jangan bangun terlalu laju dan ke hadapan.

6. Ulangi semula sebanyak lima set dan tingkatkan jumlah senaman dari minggu ke minggu.

Jika squat dengan barbell, pastikan anda:

1. Memilih plat atau barbell yang mampu anda angkat. Genggam barbell dan letakkan di belakang bahu anda.

2. Luaskan kaki lebih sedikit daripada kelebaran bahu.

IKLAN

3. Lakukan squat seperti biasa.

5 kesilapan senaman squat perkongsian Kevin Zahri

Sebelum memulakan squat, pastikan anda menggunakan kasut yang betul untuk mengurangkan tekanan pada otot dan memudahkan kedudukan anda ketika bersenam.

Elak memakai kasut larian (running shoe) kerana tapaknya lebih lembut. Sebaiknya, pakai kasut latihan (training shoe) yang mempunyai tapak lebih keras untuk membolehkan posisi anda lebih stabil.

1. Jangan bawa lutut ke depan

Jangan gerakkan posisi lutut ke hadapan melebihi ibu jari kaki, sebaliknya gerakkan punggung ke belakang dahulu. Kemudian, turunkan punggung seperti anda duduk di atas kerusi, manakala posisi lutut pula tidak berubah.

IKLAN

2. Elak kepit kaki

Jangan kepit kaki atau masukkan posisi lutut ke dalam kerana ia akan memberi tekanan pada bahagian lutut dan buku lali. Pastikan anda menjarakkan posisi lutut di antara kedua-dua belah kaki. Anda juga boleh melebarkan kaki melebihi paras bahu seperti posisi sumo squat. Posisi ini tidak akan membebankan bahagian lutut anda.

3. Jangan bongkokkan bahagian atas badan

Ramai yang suka membongkokkan badan ke depan dan ini akan memberi tekanan pada bahagian belakang badan dan pinggang. Cara yang betul, anda mendada sedikit, tolak bahu ke belakang dan tegakkan badan. Jika anda rasa sukar dengan postur badan yang ke depan, anda boleh melakukan gaya prison squat iaitu dengan meletakkan telapak tangan di belakang kepala. Jangan tolak kepala anda ke depan, sebaliknya kembangkan belakang bahu dan betulkan postur badan.

4. Tidak squeeze

Tidak melengkapkan pergerakan squat bahagian atas posisi squat juga salah satu kesilapan yang sering orang buat. Anda harus kemutkan otot punggung di bahagian atas. Jika anda bergerak ke depan, pastikan anda tolak pinggul ke depan sedikit tanpa menguncikan lutut kaki supaya otot punggung dapat dikemutkan dengan betul.

5. Jangan buat squat yang sama

Pelbagaikan senaman squat misalnya jump squat, squat dengan beban menggunakan dumbbell, barbell atau botol air dan sebagainya. Pastikan anda buat mengikut kemampuan diri sendiri. Jika anda kurang yakin, elak buat senaman yang berimpak tinggi dan teruskan dengan senaman squat yang lebih terkawal.

Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=6s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI