Ada ketikanya mungkin korang tak sedar yang korang dan terbiasa lakukan tabiat-tabiat buruk yang boleh merosakkan kereta. Ingat! Nak membaiki kereta bukan pakai belanja yang murah. Jika kotak gear, gear atau transmisi korang rosak memang boleh menelan belanja yang mahal untuk membaikinya.
Sebagai pemandu, tentunya korang ingin lakukan yang terbaik untuk melindungi bahagian kereta korang daripada rosak, sekali gus mengelakkan daripada mengeluarkan belanja yang mungkin jumlahnya boleh buat poket korang kering.
Jika korang tak mahu gear kereta auto korang rosak, elak lakukan 8 tabiat buruk ini.
1. Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam,
a) On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
b) Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
c) Setiap step perlu berhenti selama dua saat.
d) Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.
Ads
2. Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan (yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.
Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO dan bersihkannya. Elakkan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO. Ini kerana hendak mengelak adanya air dalam takung minyak AUTO, jika dibiarkan terlalu lama ia boleh memudaratkan kotak gear.
Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan tulen dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda. Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
3. Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dengan step “2” atau step kedua selepas “N”.
Ads
Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”. Bila anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat. Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.
4. Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.
Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air serta boleh menyebabkan ‘clutch plate’ anda terbakar.
Ads
5. Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland)
6. Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”.
Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step D, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.
7. Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat.
Gunakan gear ‘reversed’ anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear ‘reversed’ yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.
8. Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.
Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada ‘timing belt’, Inilah salah satu punca ‘timing belt’ putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Parkir di kawasan curam atau berbukit boleh menjadi cabaran besar, terutama jika tidak berhati-hati. Keadaan ini boleh menyebabkan kereta anda “mengelongsor” dan seterusnya mendatangkan risiko kemalangan.
Berikut adalah cara yang betul dan selamat sekiranya perlu memarkir kenderaan di kawasan curam atau berbukit:
1. Tinggalkan ruang
Jika memarkir kereta menghadap ke atas bukit, pastikan anda meninggalkan ruang di belakang kenderaan. Ini bagi memudahkan kita mengeluarkan kenderaan kemudian.
Jika memarkir kereta dalam kedudukan menuruni bukit, tinggalkan ruang di hadapan kereta, ia juga untuk memudahkan anda mengeluarkan kereta kemudian.
2. Teknik pusing tayar
Pusingkan tayar hadapan ke arah berlawanan daripada tembok tepi jalan jika memarkir kereta menghadap ke atas bukit (rujuk gambar).
Jika memarkir kereta dalam kedudukan menuruni bukit, pusing tayar hadapan menghadap tembok tepi jalan (rujuk gambar di bawah).
Cara ini menghalang kereta anda mengundur ke belakang atau maju ke hadapan jika kenderaan bergerak, di mana tembok berfungsi sebagai penghalang.
3. Guna gear yang betul
Selepas tayar menyentuh tembok, tarik brek tangan dan tukar gear daripada mode D kepada P bagi kereta automatik.
Bagi kereta manual, selepas tayar menyentuh tembok, tarik brek tangan. Tukar kepada gear reverse jika parkir menuruni bukit, dan tukar kepada gear 1 jika menghadap bukit.
4. Sebaiknya pilih parkir di tempat yang lebih selamat
Jika ada pilihan, sebaiknya elak dari parkir kereta di lokasi berbukit atau curam terutama jika keadaan cuaca hujan lebat. Sekiranya air deras melalui kawasan ini ada kemungkinan terjadi tanah runtuh.
Rasanya impian anda untuk melihat ‘kereta terbang’ di depan mata bakal menjadi realiti.
Portal terkemuka Amerika Syarikat turut menyenaraikan kenderaan dwifungsi dengan inovasi futuristik. Buat masa ini, lesen diperoleh dari negara masing-masing.
5 Model Kereta Terbang Dengan Inovasi Futuristik, Harga Serendah RM1.4 Juta
Baca periciannya di bawah :
1. Alef Model A
Harga: RM1.4 juta Keluaran: Alef Aeronautics Negara: Amerika Syarikat
Alef Model A merupakan model kereta terbang berkuasa elektrik pertama di dunia yang menerima kelulusan FAA untuk terbang ke udara.
Projek pembangunan yang dijalankan sejak tahun 2015 itu menghasilkan jentera yang berupaya untuk terbang secara menegak dan berputar 90 darjah menggunakan lapan kipas.
Boleh memuatkan dua penumpang, kenderaan tersebut boleh bergerak sejauh 322km di jalan raya. Alef Model A dijadualkan dijual dan bersedia untuk digunakan pada suku pertama tahun 2025.
2. Pal V Liberty Sport
Harga: RM1.4 juta Keluaran: PAL-V International Negara: Netherlands
Pal V Liberty Sport yang berupa jentera tiga roda secara asasnya boleh memuatkan dua penumpang sahaja.
Berdasarkan laporan, kenderaan masa depan itu akan menemui pengguna secara rasmi pada tahun ini.
Untuk mod jalan raya, Pal V Liberty Sport boleh mencapai pecutan hingga 97km perjam dalam masa kurang sembilan saat.
Jarak penerbangan pula dalam lingkungan 402 hingga 499km bergantung kepada kapasiti penumpang.
3. Doroni H1
Harga: RM1.6 juta Keluaran: Doroni Aerospace Negara: Amerika Syarikat
Kenderaan jenis pesawat ringan dengan reka bentuk kereta itu berfungsi sebagai kenderaan peribadi dengan kawalan separa autonomi.
Pun demikian, Doroni H1 masih dalam proses permohonan perakuan sebagai pesawat sukan ringan di bawah peraturan FAA.
Secara keseluruhan, jentera tersebut memiliki dua tempat duduk dan dua set sayap dengan tujahan kipas berdaya tinggi.
Rekod penerbangan boleh mencapai kelajuan 225km perjam pada jarak 80.4km. Tempahan sudah dibuka dan penghantaran slot pertama dijangka tahun ini.
4. Klein Vision AirCar
Harga: RM2.3 juta Keluaran: Klein Vision Negara: Slovakia
Klein Vision AirCar nampak lebih stail apabila reka bentuknya menggabungkan kenderaan mewah dan kereta kebal tentera.
Buat masa ini, ia boleh membawa dua penumpang. Namun, difahamkan, desainnya sedang dikemas kini untuk menghasilkan versi empat tempat duduk dan jenis amfibia.
Kelulusan kereta terbang tersebut sudah disahkan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Udara Slovakia dan kini sedang merancang untuk mendapatkan pensijilan di seluruh benua Eropah.
5. Aska A5
Harga: RM3.7 juta Keluaran: ASKA Drive & Fly Vehicle Negara: Amerika Syarikat
Antara kenderaan eVTOL pertama di dunia yang boleh meluncur laju di jalan raya sejauh 113km perjam untuk mod pemanduan.
Aska A5 dikatakan boleh terbang secara menegak dengan keupayaan enam kipas sejauh 402km pada kelajuan 241km perjam.
Bukan itu sahaja, rancangan untuk ciri pemanduan autonomi sepenuhnya untuk kawalan di jalan raya dan udara juga sedang dipertingkatkan oleh jurutera prolifik mereka.
Berdasarkan laporan, Aska A5 bakal menembusi pasaran menjelang tahun 2026.
Wah, jika memang benar kereta terbang bakal dipasarkan, boleh la kita menabung dari sekarang.hehe
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Pengeluar jenama skuter Kymco asal Taiwan mendedahkan imej model konsep Kymco C Series. Model tersebut bakal dipamerkan pada EICMA 2017, November depan.
Mengikuti jejak langkah pesaingnya memasuki segmen skuter Adventure Tourer, model konsep itu memiliki persamaan dengan AK550 yang menjadi asas pembangunan produk berkenaan.
Jika diamati, Kymco C Series mengambil pesona dari Ducati Multistrada seiring dengan peranannya sebagai model roda dua kembara.
“Kehadiran Kymco C Series Concept bertekad mengungguli segmen Adventure Tourer dan dapat memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan keselesaan dan fungsi ketika mengembara,” kata Presiden Kymco Group, Allen Ko.
Bagaimanapun, spesifikasi lengkap masih disimpan rapi oleh pihak Kymco sehinggalah kemunculan rasminya pada November nanti.
Difahamkan model skuter maxi itu memiliki beberapa persamaan dengan Honda X-ADV. Kymco C Series Concept akan dipadankan dengan enjin 550cc DOHC yang mampu menghasilkan 53.5hp.
Selain itu, ia menampilkan suspension yang panjang, tayar off road dan beberapa perincian off road lain antaranya bahagian fender yang ditinggikan.
Cermin penghalang angin yang lebar memberikan imej garang pada pandangan pertama selain membezakan ia dengan model skuter maxi jalanan lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.