
Kekangan masa merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kamu sering lupa sehingga melakukan perkara yang membahayakan kesihatan terutamanya selepas kamu makan. Ini antara perkara yang boleh kamu elakkan selepas makan.
1. Mandi
Apabila kamu mandi, suhu badan akan meningkat dan tubuh akan menghantar darah lebih sedikit daripada biasa kepada kulit. Keadaan ini boleh mengganggu sistem pencernaan dan metabolisme. Waktu terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas makan.
2. Tidur
Tidur dengan perut yang penuh tidak elok kerana ia akan menyebabkan pedih ulu hati, sendawa dan asid yang tinggi. Selain itu, ia juga meningkatkan risiko strok. Sebaiknya, tidur dua jam selepas makan.
3. Bersenam
Seeloknya kamu tidak perlu bersenam selepas makan kerana ia akan membawa keadaan yang tidak selesa seperti tersedu dan loya. Lebih serius lagi, ia akan meningkatkan risiko trauma dan sawan. Jika kamu sudah gian sangat untuk bersenam, dua jam selepas makan adalah waktu yang terbaik.
4. Merokok
Hampir semua sistem di dalam badan digunakan sewaktu proses pencernaan aktif. Jika kamu merokok, nikotin akan diserap yang memberi kesan berbahaya. Tembakau jika akan menghalang penyerapan vitamin dan mineral termasuk kalsium dan vitamin C dan D. Lebih baik jika kamu langsung tidak merokok tetapi jika kamu masih ingin merokok, sebaiknya 20 minit selepas makan.
5. Minum teh
Sesetengah individu akan minum teh selepas makan. Namun, minuman ini sebenarnya akan mengganggu penyerapan iron dan mineral yang mempunyai peranan penting dalam badan manusia. Oleh itu, kanak-kanak, wanita mengandung dan individu yang mempunyai masalah kekurangan iron tidak digalakkan minum teh dalam masa satu jam selepas makan. Lebih baik kamu minum kopi atau ambil sahaja segelas air putih.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
6 Perkara Yang Korang Perlu Elak Kalau Tak Nak Mati Mengejut, Lelaki Terutamanya

Kes mati mengejut dikalangan lelaki mahupun wanita bukan satu benda yang asing bagi kita. Kebanyakkan kes kematian mengejut lelaki berusia 40 tahun dan yang lebih mengejutkan kes-kes ini melibatkan lelaki yang sihat serta aktif bersukan. Antara kes terbaru pada 2018 ialah pemain bolasepak Itali, Davide Astore yang meninggal dunia di dalam tidur selepas habis latihan rutin untuk satu perlawanan.
Hasil keputusan bedah siasat menunjukkan punca kebanyakan kematian mengejut ini adalah Hypertrophic Cardiomyopathy iaitu sejenis masalah jantung yang menyebabkan kematian mendadak sewaktu melakukan aktiviti fizikal.
Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan jantung seseorang itu bermasalah iaitu seperti mengah ketika bernafas, sakit pada bahagian dada, bengkak kaki dan keletihan melampau. Dan lelaki berusia bawah 40an terdedah kepada risiko ini walaupun nampak sihat dari luaran. Bagi mencegah risiko ini anda boleh lakukan enam rutin mudah ini.
1. Kurangkan pengambilan makanan segera
Makanan jenis ini mengandungi lemak tidak tepu dan MSG yang tinggi yang menyebabkan saluran darah dan jantung tersumbat dalam jangka masa panjang.
2. Tinggalkan rokok, vape dan apa jua sewaktu dengannya
Kandungan nikotin dalam produk ini melemahkan kesihatan kardiovaskular. Ia juga melemahkan fungsi paru-paru dan boleh menyebabkan jantung terhenti secara tiba-tiba apabila bersukan.
3. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Walaupun anda rasa anda masih mudah dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang kronik. Berjumpa doktor sebenarnya boleh menyelamatkan nyawa jika penyakit dapat dikesan dan dirawat lebih awal.
4. Nasihat Doktor
Jangan sesuka hati mengambil makanan atau minuman yang merangsang tenaga tanpa mendapat nasihat daripada doktor atau ahli farmasi. Kandungan dalam produk ini boleh meningkatkan stamina diri lebih daripada kemampuan sebenar.
5. Jangan Paksa Diri
Jangan terlalu memaksa diri untuk meneruskan aktiviti fizikal jika badan sudah keletihan. Contohnya jika sedang berlari dan terasa penat, tukar kepada jalan dengan perlahan-lahan. Jika degupan jantung makin laju berbanding normal, rehatkan sebentar aktiviti tersebut.
6. Berehat yang Cukup
Selepas melakukan aktiviti fizikal yang memenatkan, jangan lupa untuk berehat bagi mengembalikan tenaga badan yang hilang. Rehat yang mencukupi diperlukan supaya sel-sel badan boleh dipulihkan dari sebarang kecederaan.
Selain diri sendiri, anda juga perlu ingat orang tersayang yang memerlukan anda yang sihat selama yang boleh di dunia ini.
Sumber : Lelaki Sihat
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Adakah Gula Penting Dalam Kehidupan Seharian?

Bolehkah manusia hidup tanpa gula putih (sucrose)? Gula putih sebenarnya berada di dalam kategori karbohidrat ringkas. Maksudnya ia tidak perlu dihadam lama oleh badan, tapi terus boleh digunakan sebagai tenaga.
Manis sudah menjadi seperti sebahagian dari kehidupan sesetengah orang, termasuk saya sendiri. Dibesarkan di Kelantan dan boleh dikatakan terlalu banyak minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi, termasuk dalam makanan. Kami makan roti canai pun kadang-kadang dengan gula atau susu pekat manis!
Ramai antara kita, bila mula berdiet sahaja akan potong terus gula dari diet. Adakah ini salah?
Ketakutan terhadap gula putih ini adalah kerana banyak kajian dan laporan yang dibuat, mengaitkan gula dengan peningkatan kerosakan gigi, berlebihan berat badan, masalah jantung dan kematian. Walaubagaimanapun, masih ada kontroversi samada masalah tersebut hanya disebabkan oleh gula atau kerana berlebihan ambilan tenaga harian.
Sebagai contohnya, satu kajian menujukkan perubahan kenaikan lemak dalam badan adalah sama, samada dengan pengambilan gula putih atau jenis karbohidrat yang lain.
Walaubagaimanapun, mengurangkan gula dalam diet semestinya dapat menurunkan pengambilan kalori seharian.
Tapi adakah gula punca utamanya?
The American Academy of Peadiatric menyarankan kanak-kanak untuk mengambil ‘sedikit atau minimum’ gula tambahan dalam diet untuk menyarankan keseronokan, rasa sedap dan pengambilan makanan tinggi nutrien yang lain.
Cadangan pengambilan gula yang dibenarkan sejak dari 2014 adalah 10% dari jumlah kalori seharian , walaubagaimanapun jumlah tersebut dikurangkan kepada 5% sejak 2015.
Jadi dalam mempromosi diet yang sesuai dengan saranan sekarang, langkah pertama adalah mengetahui jumlah pengambilan gula sekarang dan sumber utama makanan/minuman tinggi gula.
Kerisauan berkenaan kesihatan berkaitan pemakanan adalah amat tinggi di kalangan mereka yang berpendapatan dan berpendidikan rendah.
Pendapat dan cadangan saya berkenaan pengambilan gula samada gula putih atau dalam minuman/makanan adalah:
1. Gula seperti api. Sikit jadi kawan, banyak jadi lawan. Berapa banyak? Untuk mereka yang mempunyai berat badan normal, berdasarkan American Heart Association, :
– Lelaki 9 sudu teh atau ~150kcal
– Wanita 6 sudu teh atau ~100kcal
Bagi mereka yang obesiti atau kencing manis, cuba elakkan semaksimum mungkin tambahan gula dalam minuman atau makanan.
2. Cuba kurangkan perlahan-lahan, bermula dari elakkan minuman manis terutamanya dalam minuman kotak atau gas.
3. Snek dengan buah-buahan untuk hilangkan ketagihan terhadap manis. Potong buah kecil-kecil dan makan satu per satu. Frustose ( gula dalam buah) akan menaikkan gula lebih perlahan dari gula jenis lain kerana rendah glisemik indeks.
4. Kenalpasti nama lain gula dalam label iaitu sugar, sucrose, high-fructose corn syrup (HFCS), dehydrated cane juice, fructose, glucose, dextrose, syrup, cane sugar, raw sugar, corn syrup dan lain-lain.
5. Jika anda terlalu susah mahu kurangkan rasa ‘manis’ dalam minuman, boleh bawa stevia. Mana-mana brand stevia. Andai stevia memberi anda rasa ‘craving’ mengidam yang lebih kuat terhadap benda manis, elakkan sahaja. Tapai ramai kata stevia membantu.
6. Sentiasa pesan minuman jenis o , kurang gula. Sebut ‘kurang gula’. Jangan segan untuk pesan sebegitu. Jika mampu, pesan tanpa gula.
7. Jika anda ada masalah senang gula rendah atau hypoglycemia, jangan ambil stevia untuk recover. Guna gula putih atau air kotak. Ini kebaikan gula. Tenaga yang cepat! Siapa kata gula hanya mendatangkan keburukan. Jika berlebihan baru bahaya. Siapa suruh ambil lebih?
8. Jika anda berbadan besar dan sangat ketagihan terhadap gula, tolong hentikan segera ketagihan tersebut. Samada kurangkan kekerapan atau kurangkan jumlah ambilan. Hentikan segera. Ia sudah seperti dadah dalam minda anda.
9. Gula putih, perang, kabong, semua mempunyai kandungan kalori yang sama dan jumlah gula yang lebih kurang sama. Bezanya adalah jenis gula yang ‘bukan’ putih ini lebih lambat dihadam jadi insulin tidak naik mendadak. Lebih sihat kerana lebih rendah glisemik indeks dan dapat kawal nafsu makan. Makanan yang tinggi glisemik indeks akan lebih trigger nafsu makan dan lebih cepat makan.Tapi masih perlu diambil secara sederhana kerana masih dikira sebagai gula.
Akhir pesan dari saya, setiap manusia adalah unik. Ada orang yang boleh kawal pengambilan gula yang minimum dalam pemakanan harian mereka dan ada sesetengah orang yang menyebabkan mereka lebi ketagih, makan lebih banyak dan kenaikan berat mendadak.
Pilih bagaimana yang sesuai untuk anda.
Oleh: Mohd Khairul Azuan (CIP)
Dietitian UM
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Cemburu Kalau Tubuh Orang Lain Lebih Cantik! Ini Apa Yang Saya Amalkan_Kit Mah

Sentiasa melihat diri secara positif dan sering ingin menjadi lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Mungkin ramai yang menilai bahawa maskulin itu diperlihatkan melalui fizikal semata-mata. Namun, sebenarnya makna maskulin itu sendiri tidak sekecil itu. Mewakili ekspresi diri dalam beberapa elemen seperti kecergasan, kesihatan, keterampilan, cara berkomunikasi dan yang paling penting adalah bagaimana kita mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian. Lelaki yang mempunyai motivasi yang tinggi ternyata punya elemen ini untuk diserap menjadi lelaki yang dilihat sebagai maskulin.
MASKULIN : APA YANG MEMOTIVASIKAN ANDA UNTUK DAPATKAN BADAN SEPERTI SEKARANG?
Lahir sebagai remaja lelaki biasa yang dianggap sebagai tidak mempunyai ciri-ciri seorang lelaki yang gagah dan tampan. Pada usia saya mencecah lima belas tahun, kesedaran itu muncul. Ketika itu, fizikal saya berada pada tahap ‘ underweight’ dan pasti tidak kelihatan menarik. Ada juga di antara rakan-rakan di sekolah yang melontarkan kata-kata berbaur negatif seolah menganggap fizikal dan kekuatan saya lebih lemah berbanding wanita. Percaya bahawa hanya diri sendiri mampu mengubah keyakinan diri, maka kata-kata itu menjadi motivasi dan penguat untuk saya berusaha sehingga ke hari ini.
MASKULIN : APA CARA ANDA TERUS FIT?
Bukan mudah untuk ‘keep fit’ sepanjang masa. Namun, usaha keras adalah tunjang utama untuk mengekalkan bentuk badan dan kecergasan. Perspektif negatif harus ditolak ke tepi untuk kekal bermotivasi sepanjang hari agar kaki melangkah ke gimnasium. Bermula tanpa rujukan bersama pakar atau pun ‘trainer’, saya hanya belajar dan membuat pembacaan mengenai teknik, tip dan amalan melalui laman web. Melalui proses ini, banyak yang saya pelajari meski sering kali mengalami kecederaan ketika latihan.
MASKULIN : APA RUTIN DAN MENU YANG ANDA AMALKAN?
Sekitar jam 7.00 pagi, saya akan memulakan rutin harian dengan masak untuk sarapan pagi. Sarapan merupakan suatu kemestian untuk mengekalkan diet seimbang. Jam 8.00 pagi saya akan keluar bekerja dan disebabkan jadual kerjaya saya yang lebih fleksibel maka waktu untuk berlatih di gim juga menjadi lebih fleksibel. Akan tetapi saya tidak menggalakkan diri untuk berlatih pada waktu malam kerana waktu malam adalah masa yang terbaik untuk berehat. Kekerapan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kadar yang banyak juga membantu nutrisi saya selain turut menikmati daging dan kekacang agar seimbang.
MASKULIN : ANDA PERCAYA PADA CHEAT DAY?
Sebelum mengamalkan diet dan nutrisi, amat penting untuk mengetahui dan memahami potensi tubuh badan sendiri. Hal ini adalah penting kerana hanya diri sahaja yang dapat mengawal dan menstabilkan pengambilan makanan serta latihan agar diet akan menjadi lebih efektif. Oleh yang demikian, saya sendiri tidak terlalu mengamalkan jadual yang ketat kerana saya telah mengetahui sejauh mana tubuh badan saya dapat bekerja. Maka tidak susah jika saya teringin untuk menikmati makanan yang tinggi gula seperti kek dan minuman bergula kerana saya tahu bagaimana untuk menstabilkannya semula.
MASKULIN : INSPIRASI?
Mengambil inspirasi daripada nama besar seperti Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock, saya amat mengagumi dirinya yang berjaya di dalam arena gusti dan bekerja keras untuk mengekalkan bentuk badannya meski sibuk dengan pelbagai tugasan serta kerjaya. Menjadikannya sebagai ikon dalam mencetuskan inspirasi untuk saya juga berjaya, dia menjadi sandaran tatkala melihat gaya hidup dan pencapaian yang dimilikinya sehingga kini.
MASKULIN : BERIKAN SEDIKIT NASIHAT UNTUK MEREKA YANG BARU NAK BERJINAK-JINAK DALAM DUNIA KECERGASAN?
Penting untuk memiliki ilmu yang cukup untuk memulakan langkah diet dan berlatih di gim. Ini adalah kerana supaya latihan dan diet yang dilakukan akan lebih efektif dan optimis. Sebaiknya dapatkan khidmat nasihat dan latihan daripada jurulatih profesional kerana jika tidak proses untuk mencapai target sasaran akan memakan masa yang lama disebabkan oleh proses pembelajaran sendiri yang tidak efisien. Diet pemakanan dan latihan perlulah datang seiring agar keseimbangan dan momentum dalam mencapai tubuh badan yang fit akan konsisten. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ‘work out’ di gim. Cukup sekadar 45 minit atau satu jam sehari dan peruntukan empat atau lima kali dalam seminggu.
Gambar : Instagram Kit Mah
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI