Ramai mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Tanpa kita sedari, ada yang membuat ‘kesilapan diet’ ketika usaha menurunkan berat badan. Antara kesilapan yang selalu dilakukan oleh orang ramai adalah melakukan ‘diet’ dengan kaedah yang salah.
Sesetengah daripada kita yang ingin menurunkan berat badan akan mula melakukan ‘diet’ tidak makan secara tiba-tiba atau berpuasa secara melampau. Kaedah ini tidak sihat dan membahayakan kesihatan.
Walaupun terlebih makan antara punca berat badan berlebihan, jangan makan terlalu sedikit dan berpantang keterlaluan sehingga anda menjadi terlalu kurus dan mendapat masalah kekurangan zat makanan.
Jika anda terlalu kerap berlapar, sistem metabolisme badan berubah iaitu metabolisme badan turun dan segala yang anda makan walaupun sedikit akam disimpan sebagai lemak dan otot menjadi kecut.
Apabila anda tidak mampu meneruskan ‘berdiet’ melampau seperti ini, anda mula makan tanpa kawalan kerana selera bertambah dan semuanya menjadi lemak.
Ads
Berat badan anda bertambah dengan cepat dan menjadi lebih gemuk dari sebelumnya. Akhirnya anda berdiet semula dan kitaran ini akan berterusan tetapi gagal menurunkan berat badan.
Elak lakukan kesilapan ini masa berdiet agar misi menurunkan berat badan anda tercapai.
1. MENURUNKAN BERAT BADAN HANYA DENGAN BERSENAM
Senaman penting untuk menurunkan berat badan tetapi bergantung sepenuhnya kepada senaman tanpa mengawal pemakanan adalah usaha yang sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan akan menyebabkan berat badan susah turun, malah bertambah.
Ini kerana ramai mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka dengan kalori yang dibakar, tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Jika ingin menurunkan berat badan secara maksimum, jumlah pemakanan seharian masih perlu dikawal walaupun anda bersenam.
Ads
2. MEMILIH PRODUK ‘RENDAH LEMAK’
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan ia baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.
Hakikatnya, produk itu sebenarnya mempunyai nilai kalori tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk membuatkan produk ini lebih sedap.
Ads
Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 dari ikan baik untuk menurunkan berat badan.
3. MEMILIH MINUMAN ‘DIET’
Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa.
Kajian sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman ‘diet’. Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut penuh. Sebaiknya ambillah air putih untuk menurunkan berat badan.
Jika anda gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan walau sedikit pun.
Jadikan matlamat untuk mendapat kesihatan baik sebagai sebab utama menurunkan berat badan kerana kesihatan baik akan terpancar sebagai kecantikan sebenar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hero sejati dijumpai selepas perlawanan aksi bola sepak Sukan SEA KL2017 antara Malaysia dan Myanmar malam tadi yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Bukan saja Malaysia pukul Myanmar 3-1 dan layak ke semifinal dalam sukan bola sepak semalam.
Bah kan apa yang menarik perhatian ialah sikap sebahagian penyokong-penyokong Malaysia yang dilihat secara sukarela mengutip sampah yang ditinggalkan selepas habis aksi bola sepak itu patut di contohi dan di sokong.
Tak ketinggalan Menteri Belia Dan Sukan kita, KJ sempat memuji sikap penonton-penonton ini dan ‘retweet’ dengan memanggil mereka-mereka ini sebagai ‘ heroes’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bulan Ramadan adalah bulan di mana kita mampu menahan lapar dan dahaga, sekaligus mengurangkan lemak di dalam badan dan menjadikan tubuh lebih sihat dan kacak di pagi Syawal kelak!
Ya lah siapa yang tidak mahu turunkan berat badan dan pakai pakaian yang catik di hari raya, di sini Maskulin nak berikan sedikit wajah-wajah mereka yang berjaya menurunkan berat sekaligus sado dan sangatlah meruntuhkan iman!
Puasa seharusnya membantu menurunkan berat badan bukan? Jika biasanya anda makan tiga hingga empat kali sehari, kini anda harus menahan lapar dan makan hanya dua kali sehari dengan waktu istirahat yang lebih pendek.
Namun, beberapa penelitian justru menemukan bahawa berpuasa di bulan Ramadan menjadi penyebab kenaikan berat badan.
Hal ini karana pengambilan banyak kalori pada subuh dan malam hari, disertai dengan aktiviti yang kurang. Ketika puasa berakhir dan pola makan kembali seperti biasa, tubuh anda tidak dapat beradaptasi dengan cukup cepat dan menyebabkan kenaikan berat badan.
35 penelitian dari Asia Barat, Afrika, Asia Timur, Amerika Utara, dan Eropa mengenai hubungan antara puasa di bulan Ramadan dengan berat badan adalah salah satu yang mengobservasi fenomena ini.
Behnam Sadeghirad dari Kerman Neuroscience Research Center, University of Medical Sciences, Kerman, Iran, dan kolega menulis bahwa berpuasa menyebabkan penurunan berat badan yang cukup signifikan, sekitar 1,5 kilogram untuk lelaki dan 0.9 kilogram untuk wanita.
Sayangnya, berat tersebut rata-rata kembali dalam dua minggu setelah puasa dihentikan.
Walaupun demikian, bukan bererti bahawa berpuasa sama sekali tidak bermanfaat untuk penurunan berat badan.
Menurut para peneliti, selain untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, Ramadan adalah kesempatan yang baik untuk menurunkan berat badan anda. Akan tetapi, perubahan gaya hidup yang terstruktur dan konsisten setelah selesai berpuasa tetap d[perlukan untuk membuat efeknya bertahan lebih lama.
Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas. Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.
Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :
Meningkatkan Asid Perut
Rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asam.Bila masuk dalam sistem pencernaan kadar asam akan meningkat.Bila anda makan makanan pedas sebenarnya menambah lagi jumlah asid di dalam perut.
Menyebabkan Gangguan Perut (akut)
Peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara jika berterusan ini akan mengakibatkan individu itu akan mengalami gangguan lambung akut di lambung. Ini akan menyebabkan mual,muntah-muntah,cirit-birit,demam dan sakit kepala.
Peradangan
Radang akan terjadi apabila terlalu kerap mengambil makanan pedas,berlanjutan hingga menyebabkan gangguan lambung akut,dan menyebabkan perut terluka.Luka parah pada perut akan mengeluarkan nanah dan sakit yang luar biasa.Gejala ini akan mengakibatkan mual,muntah dan penurunan berat badan yang ketara.
Sukar Tidur Atau Insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan badan akan berpeluh. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.
Kesimpulannya, ia bergantung kepada anda jangan terlampau mengambil makanan pedas yang berlebihan, pada masakan pula jangan terlalu ketara pengambilan seperti cili dan rempah.
Untuk mengelakkan sistem pencernaan kita terganggu akibat asam lambung atau meningkatnya asid dalam perut, boleh menurunkan dengan pengambilan susu dan air kelapa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.