Rupanya dengan hanya menggunakan kulit pisang, anda boleh menyelesaikan masalah kesan parut pada badan atau kulit wajah dengan cara yang mudah dan murah.
Jika anda mengamalkannya secara rutin, ia boleh membantu memudarkan bekas parut terutamanya parut jerawat atau parut kesan daripada luka baharu.
Sesetengah orang mempunyai kulit sensitif untuk menggunakan krim pemudar parut, selain bimbang penggunaan krim seperti ini boleh membuatkan parut menjadi semakin gelap dan hitam.
Jadi sebagai langkah yang lebih selamat dan menjimatkan, apa kata gunakan sahaja cara ini untuk mengatasi masalah anda.
Bukan sahaja kesan parut, agen yang terkandung di dalam kulit pisang juga boleh anda manfaatkan untuk pelbagai kegunaan.
Ini antara kegunaan kulit pisang.
Ads
1. Mengatasi masalah kulit jerawat
Menurut kajian, nutrisi kalium, zat besi, zink dan vitamin C dan E yang terkandung di dalam kulit pisang boleh menenangkan kulit sekali gus mengatasi masalah kulit berjerawat. Untuk mengatasi kulit berjerawat, anda boleh lakukan cara ini sebelum tidur malam. Caranya, hanya gosokkan kulit pisang pada wajah selama 10 minit. Kemudian, anda biarkan sisa-sisa kulit pisang tadi melekat pada wajah semalaman. Keesokan hari, cuci wajah anda dengan bersih dan hasilnya kulit anda juga akan bersih dan halus. Lakukan secara konsisten sehingga jerawat anda semakin mengecil dan hilang.
2. Kurangkan kekuningan pada gigi
Bagi yang mempunyai gigi kuning boleh cuba cara ini. Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu gosokkan kulit pisang pada gigi kira-kira satu minit setiap hari selama seminggu. Cara ini dapat membantu untuk mengurangkan kekuningan yang melekat pada gigi. Lakukan secara rutin agar anda boleh mendapatkan hasil yang memuaskan.
Ads
3. Elak kulit gatal akibat gigitan nyamuk
Gunakan kulit pisang sebagai bahan untuk melegakan rasa sakit dan kegatalan akibat gigitan nyamuk. Hasilnya, rasa gatal dan kesan merah yang anda alami itu akan beransur hilang.
4. Mengurangkan kedutan
Ads
Vitamin C dan antioksidan dapat membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus. Ia sekali gus membuatkan wajah anda nampak awet muda.
Tip penting:
1. Pastikan anda guna buah pisang yang segar untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
2. Kulit pisang yang telah dikupas mesti digunakan dengan segera dan tidak boleh dibiarkan lama kerana ia akan menjadi lebam.
JAWLINE merupakan tulang rahang iaitu bahagian bawah muka bermula dari tepi dan bawah telinga sehingga dagu. Lebih sempurna jika ada yang memiliki tulang pipi yang tinggi berserta jawline yang tajam. Ia adalah kriteria yang biasanya menjadi idaman setiap lelaki yang mementingkan penampilan.
Untuk mendapatkan jawline yang anda inginkan, anda boleh ikuti beberapa pergerakan ini.
5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL
1. ANGKATAN LEHER
Anggap ini sebagai gerakan mengangkat perut untuk leher anda. Lakukan sambil berbaring pada belakang dengan lidah ditekan di langit-langit mulut. Ini akan mengaktifkan otot leher depan. Bawa dagu anda ke dada dan kemudian angkat kepala anda dari tanah kira-kira 2 inci. Jangan angkat perut anda dan jangan tolak dagu anda keluar.
Mulakan dengan melakukan 3 set untuk 10 ulangan dan tingkatkan secara beransur-ansur. Ambil masa kerana otot-otot ini biasanya kurang terlatih dan boleh menyebabkan tekanan leher jika anda cuba terlalu cepat.
2. COLLAR BONE BACKUP
Ini boleh dilakukan duduk, berdiri, atau berbaring di belakang anda. Dengan menjaga kepala pada aras lantai, bawa kepala anda ke belakang beberapa inci untuk merasai otot di kedua-dua sisi tenggorokan menegang dan relaksasi.
Mulakan dengan 3 set 10 ulangan pada permulaan, kemudian progres dengan mengekalkan kedudukan selama lebih daripada 30 saat. Pastikan telinga anda kekal di atas bahu anda dan kepala anda kekal pada aras yang sama.
3. LIDAH TWISTER
Senaman ini akan menumpukan bahagian otot di bawah dagu. Letakkan lidah anda di atas langit-langit mulut secara langsung di belakang gigi. Tekan lidah anda untuk menutup sepenuhnya langit-langit mulut dan tambahkan ketegangan. Mulakan dengan meneruskan bunyi mendering dan menghasilkan bunyi bergetar. Ini akan mengaktifkan otot. Lakukan 3 set sebanyak 15 kali.
4. VOWEL SOUND
Gerakan-gerakan ini menumpukan kepada otot di sekitar mulut dan di sisi bibir. Buka mulut anda lebar-lebar, kemudian ucapkan ‘O,’ diikuti oleh ‘E.’ Pastikan untuk membesarkan bunyi dan gerakan ini dan jangan menunjukkan atau menyentuh gigi anda. Lakukan 3 set sebanyak 15 kali.
5. CHIN-UP
Senaman ini membantu mengangkat otot wajah dan dagu. Dengan mulut ditutup, tolak rahang bawah anda keluar dan angkat bibir bawah anda. Anda seharusnya merasai regangan di bawah dagu dan di garis rahang. Tahan kedudukan selama 10–15 saat, kemudian lepaskan. Lakukan 3 set sebanyak 15 kali.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
“Tinju ini bukan sekadar sukan. Tinju ini merupakan kehidupan,” demikian kata-kata petinju yang bergelar juara Light Heavyweight WBC Asian Continental, Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali sebagai Adli Goldenboy.
Jejaka yang berasal dari Johor ini sememangnya aktif dalam aktiviti sukan sejak di bangku sekolah lagi, namun hanya menemui minat dalam sukan tinju ketika berusia 15 tahun.
Pada mulanya, Adli menyertai kelab tinju atas dasar suka-suka kerana kagum dengan susuk tubuh yang dimiliki oleh petinju-petinju profesional.
Siapa sangka, penyertaannya itu mencuri perhatian jurulatih yang menyedari ternyata Adli mempunyai potensi yang boleh dicungkil.
Ibu Bapa Menentang 100%
Namun untuk terus terjun ke sukan itu bukan semudah itu memandangkan Adli masih bersekolah.
Seperti kebanyakan orang, Adli juga mempunyai ibu bapa yang mempunyai pendirian tegas terhadap pelajaran.
Menurut Adli, ibu bapanya menentang keras hasratnya itu, apatah lagi Adli sememangnya banyak ketinggalan pelajaran gara-gara aktiviti sukan.
Lebih-lebih lagi, Adli dikelilingi oleh saudara-mara sebayanya yang cemerlang dalam pelajaran.
“Pada waktu itu ayah memang marah. Tapi bila saya menang satu pertandingan tinju pada usia saya 18 tahun, ibarat hidup saya berubah 360 darjah,” ceritanya ketika ditemu bual MASKULIN.
Selepas kemenangan itu, Adli menerima tawaran memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan turut menerima elaun dari Majlis Sukan Negeri.
Katanya, perkara itu sedikti sebanyak meringankan beban keluarga yang akhirnya menyokong minat Adli itu.
Kemenangan Diumum, Mulut Pembuli Terkunci
Apa yang membuatkan Adli mempunyai keazaman tinggi untuk mempelajari tinju ialah kerana pengalaman pahitnya sebagai mangsa buli di sekolah.
Ujar Adli, dia tekad mahu mempunyai kebolehan mempertahankan diri kerana enggan menjadi sasaran pembuli lagi.
Dia juga masih ingat saat kemenangannya dalam pertandingan tinju peringkat negeri diumumkan di sekolah.
Katanya, pengumuman itu membuatkan banyak mulut terkunci kerana terkejut, termasuklah pembulinya.
“Pada ketika itu saya mula peroleh rasa hormat. Jadi saya mula minat dan cinta sukan itu, di mana saya mencapai matlamat saya iaitu tidak mahu dibuli di sekolah”.
Hampir Bersara Pada 2017
Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 menjadi salah satu detik hitam dalam sejarah kerjaya sukan Adli, sehingga dia hampir mahu bersara pada tahun itu.
Bercerita kepada MASKULIN, Adli tewas dalam masa 30 saat ketika berentap dengan petinju dari Filipina, John Marvin di peringkat akhir.
Ketika itu, pengadil menghentikan pertarungan disebabkan Adli tidak stabil akibat ditumbuk pihak lawan dalam keadaan tidak bersedia.
Kekalahannya di temasya itu membuatkannya menerima kritikan teruk sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.
“Saya tidak lihat komen-komen tersebut sehingga ke hari ini. Waktu itu ibarat dunia saya gelap sekejap.
“Terus terang cakap, memang saya tak boleh terima pada masa itu. Saya dah ambil keputusan mahu bersara pada waktu itu,” katanya.
Bagaimanapun, hasrat itu terbantut tatkala Adli melihat betapa besarnya sokongan dari keluarga dan ibu bapa yang enggan meilhatnya berputus asa.
Adli akur, lalu mengambil tempoh kira-kira setahun untuk memulihkan semangatnya dan bangkit bertarung semula di gelanggang.
“Sehingga hari ini Alhamdulillah, saya telah berjaya membawa balik lima kejuaraan. 13 kemenangan, satu tewas hasil daripada kekecawaan saya tujuh tahun lalu itu”.
Beri Kemenangan Pada Isteri, Hanya Mahu Tunai Hasrat Masa Kecil
Selain ibunya, Adli memberitahu yang isterinya merupakan insan yang banyak berkorban dalam menyokong kerjaya sukannya.
Adli terkenang saat dia tidak dapat bersama isterinya yang sedang mengandung tiga bulan kerana perlu menjalani latihan selama empat bulan di Kazakhstan.
Sepanjang tempoh itu, isterinya perlu berdikari menguruskan keperluan diri termasuklah menghadiri janji temu pemeriksaan doktor.
“Apa yang saya janjikan dekat dia, apabila saya pulang dengan kejayaan, kejayaan itu 100 peratus saya beri kepada dia
“Saya tidak ambil satu pun. Ini sekadar amanah merealisasikan impian masa kacil saya untuk mewakili negara,” kongsinya lagi.
Sehingga ke hari ini, isterinya sentiasa teruja menantikan pertarungan yang akan disertai Adli.
Miliki kulit yang halus adalah bonus dan semua orang pasti menginginkannya. Jangan kata perempuan sahaja mengidamkan kulit bebas dari kotoran di wajah kerana lelaki juga impikan kulit wajah yang bersih terutamanya di bahagian hidung.
Untuk memiliki kulit yang bersih dan kotoran di wajah hilang, perlu sedikit kerajinan namun hasilnya sangat puas hati.
Ini yang anda perlukan:
1. Clay mask FREEMAN (takde takpe) WATSONS
2. Oil Cleansing BIORE (sebarang jenama boleh digunakan). Penting: anda dapatkannya di Watson.
3. Bye Bye Blackhead SOMEBYME(Penting) OFFICIAL STORE
“Assalamualaikum. maaf lambat update, sis baru balik kerja. Setiap step ada dekat gambar okey just ada tiga ni sahaja, hidung anda licin, segala kotoran dekat muka habis diangkut sis dah cuba dah sebulan, alhamdulilah puas hati, atas rajin dan malas sahaja.”
First step
Apply clay mask di muka 10 minit, pakai 1-2 kali seminggu. Fungsi clay mask ni untuk angkat lebihan minyak di muka yang menyebabkan terjadinya blackhead dan whitehead serta mengelakkan kotoran di wajah. So lepas 10 minit dah boleh basuh.
Step dua (Teknik Gritting)
Then anda make sure tangann muka anda bebas air dan peluh untuk apply oil cleansing. Texture oil cleansing ini memang berminyak, tapi don’t worry tak akan buatkan kulit anda semakin berminyak.
Gritting ni anda kena buat maksimum 15 minit di wajah, gosok perlahan sampai anda rasa biji-biji halus keluar, (white dan blackhead) Biasa saya akan buat 1-2 kali seminggu. Kesan dia segala kotoran yg tersisa dalam kulit habis keluar. After that lap dengan tisu, then basuh muka dengan pencuci muka.
Step last
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan product Somebyme yang famous ini, bukan sebarang femes, tapi sumpah menjadi. After apply oil cleansing dan kemudian anda gosok perlahan di muka, lap dengan menggunakan tisu untuk tengok kotoran yang keluar dari kulit wajah yang digosok itu, dan baru basuh muka guna pencuci muka yang biasa anda gunakan.
Kemudian, lap muka dengan tisu, (jangan bagi muka basah untuk apply Somebyme ini). Ia perlu kering dan bebas dari air. Lepas itu apply Byebye Blackhead ni dekat seluruh wajah. Gosok perlahan, 2-3 minit kemudian basuh. Pastikan beli yang asli dan original.