Ramai beranggapan bahawa semakin meningkat usia, semakin kurang keperluan untuk bersenam.
Hakikatnya, aktiviti fizikal masih penting walaupun usia sudah mencecah 60-an ke atas.
Dengan bersenam, badan akan kekal cergas, pergerakan lebih lancar dan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, serta sakit jantung dapat dikurangkan.
Selebriti terkenal, Dato’ Jalaluddin Hassan, turut menekankan kepentingan bersenam bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Menurutnya, pada usia sekarang, beliau tidak lagi melakukan senaman berat seperti dahulu, tetapi masih memastikan tubuhnya aktif dengan aktiviti yang lebih ringan dan sesuai.
Sebagai seorang lelaki, Dato’ Jalaluddin mengakui bahawa dahulu beliau sering melakukan latihan seperti angkat berat dan pergi ke gimnasium.
Namun, dengan peningkatan usia, beliau lebih mengutamakan kecergasan keseluruhan badan berbanding membina otot.
“Saya harap saya dapat buat macam tu tapi tidak,” katanya.
“Dengan umur saya yang meningkat tua ni, saya rasa tak sesuai, memadai saya memastikan badan saya fit, pernafasan berjalan lancar, exercise otot-otot yang ada.”
@maskulinmy
Senaman yang ringan tetapi konsisten membantu mengekalkan kekuatan badan serta mengurangkan rasa lemah pada bahagian tertentu seperti kaki, tangan dan bahu.
Walaupun tidak lagi melakukan senaman intensif, Dato’ Jalaluddin tetap memastikan dirinya kekal aktif dengan bersenam di rumah.
“Dekat rumah saya ada mini little gym, yang penting saya bersenam,” katanya.
Ini membuktikan bahawa untuk bersenam, tidak semestinya perlu ke gimnasium besar.
Dengan beberapa peralatan asas seperti dumbbell ringan, tikar yoga, atau sekadar menggunakan berat badan sendiri, seseorang masih boleh menjalankan rutin senaman di rumah.
BACA LAGI : Senaman TABATA 4 Minit Untuk Membakar Kalori, Sesuai Untuk Beginner & Intermediate
Bersenam pada usia lanjut bukanlah untuk membina badan, tetapi lebih kepada memastikan pergerakan tubuh tidak terbatas.
Apabila badan kekal aktif, ia membantu melancarkan peredaran darah, menguatkan otot dan sendi, serta meningkatkan keseimbangan untuk mengelakkan risiko jatuh.
Seperti kata Dato’ Jalaluddin, “Saya masih akan memastikan saya fit.” Jadi, tiada alasan untuk tidak bersenam, walaupun usia semakin meningkat!
Jaga kesihatan, kekal cergas, dan nikmati kehidupan dengan lebih sihat dan bertenaga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.