Ramai beranggapan bahawa semakin meningkat usia, semakin kurang keperluan untuk bersenam.
Hakikatnya, aktiviti fizikal masih penting walaupun usia sudah mencecah 60-an ke atas.
Dengan bersenam, badan akan kekal cergas, pergerakan lebih lancar dan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, serta sakit jantung dapat dikurangkan.
Selebriti terkenal, Dato’ Jalaluddin Hassan, turut menekankan kepentingan bersenam bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Menurutnya, pada usia sekarang, beliau tidak lagi melakukan senaman berat seperti dahulu, tetapi masih memastikan tubuhnya aktif dengan aktiviti yang lebih ringan dan sesuai.
Foto : Mstar
Bukan Lagi Tentang Otot Besar, Tapi Kekal Cergas
Sebagai seorang lelaki, Dato’ Jalaluddin mengakui bahawa dahulu beliau sering melakukan latihan seperti angkat berat dan pergi ke gimnasium.
Namun, dengan peningkatan usia, beliau lebih mengutamakan kecergasan keseluruhan badan berbanding membina otot.
Ads
“Saya harap saya dapat buat macam tu tapi tidak,” katanya.
“Dengan umur saya yang meningkat tua ni, saya rasa tak sesuai, memadai saya memastikan badan saya fit, pernafasan berjalan lancar, exercise otot-otot yang ada.”
Senaman yang ringan tetapi konsisten membantu mengekalkan kekuatan badan serta mengurangkan rasa lemah pada bahagian tertentu seperti kaki, tangan dan bahu.
Ads
Mini Gim di Rumah untuk Kekal Aktif
Walaupun tidak lagi melakukan senaman intensif, Dato’ Jalaluddin tetap memastikan dirinya kekal aktif dengan bersenam di rumah.
“Dekat rumah saya ada mini little gym, yang penting saya bersenam,” katanya.
Ini membuktikan bahawa untuk bersenam, tidak semestinya perlu ke gimnasium besar.
Dengan beberapa peralatan asas seperti dumbbell ringan, tikar yoga, atau sekadar menggunakan berat badan sendiri, seseorang masih boleh menjalankan rutin senaman di rumah.
Bersenam pada usia lanjut bukanlah untuk membina badan, tetapi lebih kepada memastikan pergerakan tubuh tidak terbatas.
Apabila badan kekal aktif, ia membantu melancarkan peredaran darah, menguatkan otot dan sendi, serta meningkatkan keseimbangan untuk mengelakkan risiko jatuh.
Seperti kata Dato’ Jalaluddin, “Saya masih akan memastikan saya fit.” Jadi, tiada alasan untuk tidak bersenam, walaupun usia semakin meningkat!
Jaga kesihatan, kekal cergas, dan nikmati kehidupan dengan lebih sihat dan bertenaga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cabaran ketahanan fizikal merupakan satu ujian atau indikasi kekuatan seseorang. Mungkin anda sendiri yang aktif bersenam setiap hari tidak sedar di manakah tahap ketahanan fizikal anda sama ada dari segi kekuatan, stamina dan ketangkasan!
Disebabkan itulah pertandingan ketahanan fizikal merupakan ujian yang mampu memberikan jawapan terbaik buat mereka yang ingin mengetahui di manakah tahap sebenar mereka.
Di antara pertandingan terbaru yang kini menjadi sebutan ramai ialah UA COMBINE yang dianjurkan oleh Under Armour. UA COMBINE merupakan pertandingan yang dibentuk untuk meletakkan penanda aras prestasi seorang atlet.
Maksud ‘combine’ itu sendiri digunakan di Amerika Syarikat sebagai pertandingan mencari bakat yang dibangunkan untuk memberikan cabaran kepada atlet dari pelbagai latar belakang.
PENGALAMAN SENDIRI
MASKULIN baru-baru ini telah diberi kesempatan mengikuti sendiri UA COMBINE Media Preview di mana kami diberikan pengalaman merasai sendiri beberapa jenis ujian dan disiplin pertandingan tersebut. Jujur MASKULIN katakan ia bukannya mudah!
UA COMBINE bakal dianjurkan beberapa buah negara serantau seperti Malaysia, Singapura, Australia dan Thailand. Edisi ini akan bermula pada 20 Ogos 2022 menyaksikan Singapura menjadi persinggahan pertama UA COMBINE. Ia kemudiannya akan terus dilangsungkan di Kuala Lumpur pada 20 Ogos, di Sydney pada 17 September dan Bangkok pada 1 Oktober.
Pendaftaran bagi pertandingan UA COMBINE akan dibuka buat seramai 300 orang peserta dengan 150 orang lelaki dan 150 orang wanita. Setiap atlet yang menyertai cabaran ini juga akan menerima competitor lengkap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Menurut Pengarah Pemasaran Under Armour Asia Selatan-Pasifik, Justin Olivares, “Prestasi ketahanan manusia akan menjadi teras jenama Under Armour. Dengan pertandingan UA COMBINE, kami membayangkan ia bukan tertumpu kepada pertandingan fizikal malah mencabar skil atletik dan kekuatan mental. Ia akan menjadi satu pengalaman unik buat peserta yang benar-benar ingin mencabar diri mereka.
“Tahun ini kami akan mengadakan sebanyak empat edisi UA COMBINE dengan matlamat menjadi sebuah acara yang mempunyai kredibiliti tersendiri bagi atlet bersaing secara kompetitif untuk menjadi atlet terbaik di rantau ini”.
Peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan UA COMBINE perlu melalui sebanyak 8 ujian fizikal dan mental yang disediakan oleh Ketua Prestasi Atlet Global Under Armour, Micahel Watts.
“UA COMBINE akan memberikan peluang kepada peserta untuk mencabar diri mereka pada tahap maksima dengan melakukan ujian bertaraf dunia yang dilakukan oleh atlet hebat seperti Sthephen Curry dan Anthony Joshua.” tambah Michael lagi.
Setiap cabaran yang dilalui akan merangkumi beberapa aspek seperti ketangkasan, stamina, kekuatan, vertikal, ketahanan, kelajuan dan kognisi. Mata akan diberikan kepada setiap peserta yang mampu melengkapkan ujian dengan baik.
Markah keseluruhan akan dikumpulkan bagi menentukan pemenang UA COMBINE.
Berikut merupakan 8 jenis fokus ujian
1. AGILITY: Arrowhead Change-of-Direction
Speed Test
2. STAMINA: Pull-up Beep Test
3. VERTICAL : Standing Vertical Leap Test
4. POWER: 20m Sled Push
5. ENDURANCE: 20m Beep Test
6. STRENGTH: 3RM Bench Press
7. SPEED: 40 Yard Dash
8. COGNITION: Reaction Inhibition Test
Jika anda rasa ingin cabar diri sendiri dan sertai UA COMBINE bolehlah rujuk ke laman sesawang berikut untuk mengetahui peraturan dan maklumat lanjut. Kunjungi https://uacombinemy.com/ atau laman media sosial.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita bersyukur kerana walaupun masih lagi dalam tempoh PKP, kerajaan sudah membenarkan aktiviti larian dilakuakn secara individu dan di kawasan kejiranan sahaja. Ini bermakna kita dibenarkan melakukan larian dalam linkungan 10 kilometer radius dari kediaman.
Bagaimana pula jika kita ingin melakukan larian lebih jauh seperti half marathon atau 21 kilometer atau full marathon yang kira-kira 42 kilometer? Sebenarnya tidak ada masalah asalkan anda melakukan larian secara ‘loop’ mengikut kawasan sesuai.
Namun sebelum melakukan larian pada jarak yang lebih kauh dari 10 kilometer memerlukan persediaan yang cukup baik. Untuk melakukan larian seperti itu MASKULIN kongsi beberapa tip agar larian anda lebih lancar dan paling penting selamat!
KEKAL HIDRAT
Mengekalkan kadar hidrasi dalam badan bukan bermula pada awal pagi sebelum larian. Anda sebenarnya boleh mulakan proses hidrasi kira-kira sehari sebelum melakukan larian. Oleh itu anda juga harus bijak memastikan badan sentiasa terhidrasi sebelum larian. Sebagai contoh anda boleh minum kira-kira 200ml air dua jam sebelum berlari.
MAKAN KENA JAGA
Ambillah makanan sekurang-kurangnya 300 kalori beberapa jam sebelum larian. Untuk beberpaa minggu sebelu itu anda boleh cuba beberapa jenis makanan yang boleh memberi tenaga dan bertahan lama. Jika badan anda memerlukan banyak tenaga, makanlah sedikit snek tenaga 30 minit sebelum berlari.
PILIHAN PAKAIAN
Jika anda ingin berlari pada 42 kilometer, ingat ia bukanlah sekejap. Badan anda juga akan berpeluh dengan banyak. Dan sepanjang larian juga banyak berlaku pergeseran di antara celah anggota badan dan juga pakaian. Usah pakai berlebihan kerana ia boleh tingkatkan dehidrasi. Ingat jangan pakai stoking, kasut, aksesori dan pakaian baru sebelum larian. Pakailah pakaian yang anda sudah biasa pakai.
Beberapa hari sebelu larian sebaiknya anda periksalah dahulu route larian. Anda perlu tahu bahawa setiap laluan memberikan cabaran berbeza di mana sesetengahnya mempunyai kecuraman berbeza. Anda juga boleh merancang larian dengan lebih baik bila sudah biasa dengan kondisi laluan.
MEMANASKAN BADAN
Sebelum mulakan larian pastikan anda memanaskan badan sekurang-kurangnya 15 minit. Ia diikuti dengan sesi regangan selama 15 minit. Jika anda melakukannya dengan baik badan anda akan lebih bersedia untuk melakukan larian dengan kondisi badan yang sudah alert.
BERTENANG DAN BERNAFAS DENGAN BAIK
Usah terlalu meletakkan tekanan pada diri sendiri. Anda perlu tanang dan kawald egupan jantung agar tidak terlalu berdebar-debar. Perkara terakhir anda ingin lakukan ialah terlalu tergesa-gesa hingga menyebabkan nafas menjadi tercungap-cungap.
JAGA KELAJUAN
Kebanyakan orang terutamannya beginner untuk marathon akan berasa sangat teruja. Dan keterujaan itu sebenarnua datang daripada aliran adernalin yang pantas. Seperti MASKULIN katakan tadi, apa yang penting ialah melakukan larian yang sesuai dengan pacing sendiri dan tidak terlalu menekan. Letakkan sasaran untuk setiap jarak, sebagai contoh 10 kilometer. Kemudian sambung sasaran seterusnya bagi mengekalkan motivasi diri.
Stay safe & get your vaccine!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Melakukan larian pada jarak 10 kilometer atau 10k merupakan impian buat mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini.
Bukan mudah untuk mencapai jarak larian pada jarak itu kerana ia memerlukan stamina, kesungguhan, motivasi diri serta persediaan fizikal yang baik. Dan jika berjaya melakukan larian 10k, mereka sebenarnya sudah tidak jauh untuk meningkatkan larian kepada jakrak half-marathon.
Buat anda yang baru ingin mencuba melakukan larian pada jarak ini, MASKULIN nasihatkan agar melakukan persediaan. Selain bersedia dari segi fizikal dan mental anda juga harus makan dengan cara yang betul.
MAKANAN SESUAI SEBELUM LARIAN 10K
Ingat, sasaran anda ialah menghabiskan larian pada jarak 10k dengan selamat dan selesa. Sebelum mulakan larian anda harus makan dengan betul. Ikuti beberapa tip daripada MASKULIN di bawah.
1.
Pastikan pada malam sebelum hari larian anda minum air dengan cukup. Pada sebelah pagi semasa buang air kecil perhatikan warnanya. Jika ia terlalu kekuningan itu bermakna anda sangat kekurangan air. Jauhi minuman yang boleh menyebabkan anda alami dehidrasi.
2.
Sebelum larian makanlah sedikit makanan berasaskan karbohidrat. Antara makanan yang boleh anda ambil ialah pasta, nasi, roti, bijirin dan kentang. Sedikit protein juga tidak mengapa namun jauhi makanan tinggi lemak seperti keju, pastri dan krim.
3.
Sebaiknya makanlah sebelum 2 hingga 3 jam sebelum anda mulakan larian. Menu yang anda boleh ambil adalah seperti yang kami kongsi di atas.
4.
Minum air secukupnya sebelum melakukan larian. Sebaiknya minum minuman sodium atau minuman mengandungi elektrolit. Badan anda memerlukan air mencukupi untuk menjalani larian sejauh 10 kilometer.
All the best buat anda yang ingin mencuba melakukan larian pada jarak ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.