AWAS! Jangan biarkan ia berlarutan terutamanya dalam jangka waktu yang panjang.
Tahukah anda lelaki dan sakit belakang merupakan perkara biasa. Ini kerana lelaki sering terdedah dengan kerja-kerja berat.
Disebabkan itu juga ada sesetengah orang menderita sakit belakang pada usia muda dan ada juga yang merasainya bila usia sudah melebihi 40 tahun.
Tahukah anda bahawa lebih 80 peratus orang terutamanya lelaki mengalami sakit belakang. Ia bukan sahaja menyakitkan malah boleh menggangu aktiviti kerja seharian.
Simptom sakit belakang boleh berlaku di kalangan mereka berusia 20-an. Dan apabila usia semakin meningkat risikonya bertambah tinggi. Kajian di Malaysia melaporkan sebanyak 12 peratus insiden sakit pinggang berlaku di luar bandar manakala 60 peratus dialami pemandu kenderaan komersial.
Antara simptom umum sakit belakang ialah kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.
Bagi mengelakkan gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti. Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratkan.
SAKIT BELAKANG & SLIP DISC
Ramai yang salah anggap antara sakit belakang dan ̒slipped disc̓.
Ads
“Disc ialah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disc kehilangan kelembapannya. Perlu diingat bahawa tidak semua disc merosot menyebabkan sakit belakang.
Ini kerana slipped disc berlaku apabila disc yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa sakit itu seperti pisau yang menghiris, mencucuk dan kebas.
Slipped disc sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir selain fisioterapi.
TANDA-TANDA SAKIT BELAKANG
Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).
Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat adakalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.
Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.
Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya sukar untuk mengangkat berseorangan.
Duduk
Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai. Gabungkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.
Memandu
Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang. Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.
Tidur
Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
Ads
Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.
Berdiri dan berjalan
Tukar posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama. Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke luar, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.
RAWATAN
Fisioterapi
Ubat-ubatan
Pembedahan
Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.
Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak dan kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.
Bagaimanapun, mereka yang tidak merawat kecederaan berkenaan tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.
Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang.
Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang houseman yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang menulis sebuah posting berkenaan salah satu situasi yang pernah dihadapi.
Dalam posting tersebut, Tajul Ariffin Norsadan menceritakan detik cemas dan rasa perit seorang wanita yang menanggung kesakitan mahu melahirkan zuriat.
Oleh kerana rasa sakit yang teramat sangat, wanita berkenaan sehingga mendesak pihak hospital untuk melakukan pembedahan namun terpaksa ditolak atas sebab tertentu.
Di hujung cerita, Tajul meminta para suami kalau boleh berbincanglah dengan isteri untuk membuat perancangan keluarga kerana yang menanggung sakit adalah isteri.
Cerita penuh ada di sini :
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ehh! Doremon datang laa! Gelaran ini biasanya diberikan kepada orang yang berbadan kurus atau sedang-sedang tetapi memiliki pipi bersaiz pau, sama dengan watak Doremon. Pipi tembam memang kelihatan comel tetapi tidak bagi sesetengah orang, lagi2 jika terlalu tembam!
Ada sesetengah orang yang melakukan senaman dengan begitu kerap dan menjalani kehidupan yang aktif, tetapi masih lagi tidak dapatkan mengecilkan saiz pipi seperti diinginkan. Orang lain akan mengganggap anda gemuk dengan pipi sedemikian, walhal anda telah kurus.
Oleh itu, di bawah ini disediakan beberapa bentuk senaman muka yang mudah untuk anda lakukan, kalau boleh secara kerap untuk mendapat bentuk asal muka anda:
1. Senyum
Senyum tu senaman ke? Ya betul. senyuman adalah salah satu bentuk senaman muka yang menggerakan sebahagian otot pipi anda serta bibir dengan mudah. Dengan selalu tersenyum, pipi anda akan senang mengecil dan mungkin boleh mencairkan hati seseorang!
2. Muncungkan bibir
Muncungkan bibir anda seolah-olah ingin bercium. Cuba gerakkan ke kiri dan ke kanan. Lakukan gerakan 5 set sehari dengan setiap set 20 kali gerakan.
3. Senaman O
Penggemar asap pasti tahu tentang gerakan ini. Cuba buka mulut anda seluas-luasnya kemudian gerakkan bibir ke hadapan seperti hendak bersiul, dan kelihatan bibir anda berbentuk O. Sama juga, ulang gerakan ini 20 kali sebanyak 5 set.
4. Sedut pipi
Cuba sedut pipi anda sedalam mungkin sehingga terasa di gigi dan tahan untuk tempoh 5 ke 10 saat. Lakukan secara berulang-ulang 20 kali sebanyak 5 set juga.
5. Kembung pipi
Dengan mulut tutup, kembungkan pipi anda, kelihatan macam tembamkan pipi. Ulang sebanyak 20 kali dalam 5 set
6. Kunyah gula-gula getah
Dengan mengunyah gula-gula getah, anda telah menggerakkan kebanyakan otot muka secara tidak sengaja. Cuba dapatkan gula-gula getah yang tidak bergula untuk mengelakkan penyakit yang lain.
Selain itu, cuba perhatikan makanan seharian yang anda ambil kerana makanan yang mengandungi gula yang banyak juga mendorong kepada pipi tembam.
Jika anda telah melakukan senaman ini dalam jangka masa yang lama, tetapi masih lagi pipi tembam, ini bermakna bentuk muka anda memang dilahirkan begitu.
Setiap manusia dilahirkan dengan muka yang berbeza-beza seperti cengkung, berbentuk V dan juga tembam.
Terimalah kurniaan Tuhan dengan hati yang terbuka.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai antara anda sebenarnya keliru dengan betuk pemakanan yang membolehkan anda membina badan besar dengan cepat. Ada diantara anda mengatakan makanan natural baik untuk menurunkan berat badan dan menjadikan badan anda lebih sihat. Ada juga mengatakan bahawa makanan ini terlalu mahal dan sukar untuk di dapati di mana-mana pasaraya berdekatan. Jika anda mahukan bentuk badan yang cantik dan menarik, anda kenalah mengeluarkan sedikit duit, kalau tidak buang masa saja anda angkat besi dan mengeluarkan duit setiap hari untuk ke gym.
Ini kami sediakan sumber makanan asli yang boleh anda dapati.
Tempe
Haaa senang kan nak cari tempe. Makanan ini sangat mudah di dapati di mana-mana kawasan. Kedai runcit pun boleh jumpa. Tempe merupakan adik-beradik pada taufu yang diperbuat daripada soya. Anda boleh masak dengan pelbagai jenis masakan untuk hidangan harian anda dengan menggunakan tempe. Selain daripada ia baik untuk badan, ia juga dapat menjauhkan anda dari penyakit-penyakit kornik Anda Patut Tahu Bahawa Tempe Boleh Cegah Anda Dari Pelbagai Penyakit.
Oat
Rakyat Malaysia kalau bercakap pasal oat mesti ada yang tak lalu nak telan lah apa lah. Mungkin ada diantara anada yang tak tahu bagaimana nak makan oat. Ada pelbagai cara untuk masak oat sebenarnya, anda boleh rendamkan oat dengan air panas dan minum begitu saja, ataupun campurkan dengan buah-buahan. Sedap. Bercerita tentang khasiat oat yang boleh mempercepatkan proses tubesaran bentuk badan anda adalah, ia merupakan karbohidrat yang membolehkan tumbesaran otot dengan cepat. Selain daripada itu, ia membantu untuk menghalang anda dari cepat lapar. Jadi, bila tengah malam anda kelaparan tu, minum secawan oat.
Peanut butter
Jangan samakan peanut butter biasa dengan peanut butter yang kami maksudkan. Anda boleh dapatkan peanut butter yang dihaskan untuk diet. Ini kerana ia tidak mengandungi banyak gula dan mempunyai lebihan kacang yang baik untuk tubuh anda. Fungsi peanut butter boleh membuatkan anda kurang rasa lapar dan mematikan craving anda terhadap makanan yang bukan-bukan. Anda hanya perlu ambil 3/5 sudu besar dua kali seminggu dan anda bakal melihat perbezaan tubuh anda tak lama lepas tu.
Energy- boosting shake atau smoothie
Ini wajib untuk anda ambil sebelum dan selesai bersenam. Dengan memilih serbuk protein yang mengandungi serat baik untuk badan anda, ia dapat membantu anda membesarkan otot-otot dalam masa yang sama dapat membantu anda memulihkan otot-otot yang terkoyak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.