Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula hubungan suami isteri. Lumrah alam rumahtangga pastinya akan berlaku perselisihan faham.
Atau kadangkala anda sebagai lelaki kurang sensitif dengan sesetengah perkara lalu menyebabkan isteri merajuk.
Bila isteri merajuk bukan sahaja dia sahaja yang susah anda sebagai suami pun lebih susah sebenarnya! Jadi janganlah biar isteri tersayang merajuk lama-lama. Jika benar anda ada buat salah cepat-cepatlah minta maaf dan tunjukkan usaha yang anda betul-betul menyesal.
Dan andai kata anda tak salah dan dia merajuk juga, pujuklah dia dengan cara yang baik dan penuh kasih sayang. Hati wanita ini cukup lembut namun dalam masa yang sama jangan cabar kesabaran mereka. Mainkan peranan anda sebagai lelaki dan suami dengan baik.
Ada beberapa cara nak pujuk hati isteri. Ada yang secara terus dan ada juga secara halus. Jom ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
Selitkan nota kecil di tempat rahsia yang mudah untuk dia temui. Sebagai contoh tampalkan di atas dashboard kereta atau selit di dalam buku yang dibacanya sekarang. Kadang-kadang perkara kecil seperti itu yang anda buat sangat bermakna buat dia.
Kenyang perut suka hati! Percayalah makanan boleh menjadi terapi sedih yang cukup efisyen. Dia gemar piza? Bawa dia ke restoran dan makan bersama-sama sambil berkongsi cerita.
Bila dia merajuk kamu juga boleh bawa dia untuk menonton wayang. Terutamanya filem yang menampilkan hero kegemarannya. Sekurang-kurangnya boleh membantunya ke ‘dunia’ lain buat seletika. Dan ingat pilih genre filem yang dia minati sahaja!
BACA: 10 Dosa Suami Terhadap Isteri Dilakukan Tanpa Sedar, Ayuh Kita Ubahnya Bersama!
Ketika di tempat kerja anda boleh hiburkan hatinya dengan share video lucu yang diminatinya. Contohnya dia suka dengan kucing. Carilah video atau gif kucing yang lucu dan hantarkan kepada dia.
Kadang-kadang seorang yang sedang bersedih mahu mendengar perkara-perkara positif yang ada pada mereka. Contoh kamu boleh senaraikan 10 perkara kenapa anda sayang padanya. Ini boleh menceriakan si dia.
Mood dia sekarang sedang merajuk dan mungkin malas nak keluar rumah. Nak makan restoran, jauh sekali. Jadi apa yang anda boleh buat? Masaklah makanan kegemaran dan beri kejutan kepadanya. Sedap atau tak itu perkara nombor dua. Yang penting dia nampak usaha anda cuba hiburkan hatinya.
Bila kali terkahir anda bawa isteri untuk makan angin. Mungkin inilah masa untuk bawa dia berjalan-jalan dan kenang kembali saat bahagia terutamanya ketika berbuan madu sewaktu awal kahwin dulu. Bawa dia untuk trip mengejut contohnya pergi ke pantai atau pun destinasi yang belum pernah kamu berdua kunjungi. Pada masa sama anda berdua boleh kongsi apa jua yang terbuku di hati.