MASKULIN yakin anda yang memiliki telefon pintar pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah power bank untuk kegunaan tambahan.
Walaupun kini semakin banyak telefon pintar menawarkan bateri tersedia yang cukup besar namun penggunaan power bank masih lagu popular. Ini terutamanya bila anda melakukan aktiviti outdoor yang lama atau melancong ke luar negara.
Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis lambakan jenama yang ditawarkan. Di sebalik lambakan itu ada yang benar-benar berkualiti dan tak kurang juga menawarkan spesifikasi rendah dan tidak memberi pulangan belian yang baik.
Jadi bagaimanakah caranya untuk anda pilih dan menentukan sama ada power bank yang ingin dibeli mempunyai kulaiti atau tidak?
Ikuti 10 tip bagaimana untuk pilih power bank di bawah!
Jenama
Kadangkala bila menyentuh tentang hal kenama ia kedengaran agak klise. Tapi percayalah jenama yang terkenal biasanya cukup peka dengan kualiti produk yang mereka tawarkan. Di negara kita pelbagai jenama power bank terutamanya yang diimport dari China terdapar di pasaran. Antara jenama yang dipercayai sering menawarkan produk yang baik ialah Pineng, Xiaomi, iMuto, Aukey dan Pebble.
Pengeluar
Sebelum beli mana-mana jenama buatlah sedikit research terlebih dahulu. Anda boleh rujuk laman sesawang syarikat dan maklumat-maklumat terkini untuk mengetahui adakah mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang industri bateri. Perkara ini sangat bagi mengelakkan anda beli power bank jenama bukan-bukan dari syarikat yang tak wujud pun.
BACA: Lelaki Ini Kongsi Trik Nak Jimatkan Bateri Handphone, Jika Lupa Bawa Power Bank!
Kualiti
Bagaimana anda ingin periksa kualiti sedangkan anda ingin buat pesana secara di atas talian? Zaman kini tesimoni dan review daripada pengguna terdahulu sangatlah penting. Bacalah komen-komen pengguna lain yang telah menggunakan power bank yang anda ingin beli. Kualiti ini juga menentukan prestasi power bank anda adakah dapat memberi kesan terhadap kepantasan dan ketepatan bagi untuk peranti anda.
Ciri Khas
Kini power bank bukan hanya muncul dalam kondisi kosong semata. Malah semakin banyak power bank dilengkapi feature menarik seperti fungsi lampu suluh, paparan LCD, kabel USB berkualiti tinggi dan sebagainya. Namun pilihlah dengan berhati-hati agar aksesori itu tak menggangu fungsi sebenar power bank anda.
Kapasiti
Antara tarikan utama sesebuah power bank di kalanganpengguna ialah mempunyai kapasiti yang besar tetapi dijual pada harga yang sangat murah. Oleh itu anda perlu berhati-hati dan bijak memilih kapasiti bateri yang bersesuaian dengan model smartphone anda. Jangan beli power bank dilengkapi kapasiti besar dan berat tapi penggunaan anda hanya minimal setiap hari.
Warranty
Jika anda rasa ragu-ragu periksalah tempoh warranty atau jaminan yang ditawarkan oleh jenama pilihan anda. Bagi tujuan keselamatan, cuba pilih power bank yang menawarkan tempoh jaminan paling kurang untuk 1 tahun. Semasa pembelian power bank tersebut, sila dapatkan details dari penjual atau pengedar anda dari segi terma dan syarat untuk claim warranty supaya anda boleh menghantar power bank yang rosak tersebut dalam tempoh jaminan jika terdapat sebarang masalah.
Jenama & Model
Jangan pilih untuk beli power bank di atas sebab ia ditawarkan pada harga murah semata-mata. Sebaliknya anda perlu pilih berdasarkan bentul, berat, kelebihan, aksesori tambahan dan warranty.
Jenis Bateri
Terdapat dua jenis bateri yang sangat popular diguankan dalam power bank iaitu Lithium Ion dan Lithium Polymer. Untuk kegunaan yang lebih tahan lasak, suhu tinggi, ringan dan tak mudah meletup carilah power bank dari bateri Lithium Polynmer.
Jumlah Ouput
Cuba lihat power bank yang ingin dibeli oleh anda. Ada yang mempunyai satu port USB sahaja dan ada juga yang menawarkan dua port. Ia membolehkan anda mengecas 2 telefon pintar baru. Kebiasaannya untuk model terkenal dan popular ia menawarkan output 5V 1.0A dan 5V 2.1A.
Indicator
Anda juga dinasihatkan untuk pilih power bank LCD Digital display berbanding LED indicator yang teknologinya agak lama. Paparan berkualiti akan memudahkan anda untuk membaca data.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI