Jangan Badan Sahaja Berotot Sasa, Otak Juga Harus Berilmu_Irwan Izzat

Share

Maskulin adalah satu kata ‘tradisional’, seorang lelaki tabah yang dapat memberi perlindungan buat kaum wanita.  Dia bertanggungjawab dalam menguruskan kehidupan harian. Sekali dia punya sifat ‘tanggungjawab’ itu, sifat-sifat terpuji yang lain seperti sopan , hormat, matang , karisma dan soal kebersihan dan kesihatan akan terbentuk dengan sendirinya dalam diri dia. Sifat ini adalah semula jadi. You don’t need six-packs to become masculine. You need ‘confident’. Itu kata kuncinya.

MASKULIN : BILA BERMULA AKTIF DI DALAM DUNIA KECERGASAN?

Sangat aktif dengan sukan padang sejak saya kecil. Saya bermain bola sepak di sekolah rendah, selanjutnya saya bermain rugby sebagai wakil Sekolah  Sukan Bandar Penawar (SSTMI) sebelum saya terlibat dengan kecederaan lutut yang parah.  Kecelakaan ini merupakan momen yang suram dalam hidup saya. Ia sesungguhnya menghancurkan impian saya.

Selepas saya menjalani pembedahan lutut itu, saya sedar, saya harus melakukan sesuatu yang bermanfaat dalam hidup saya. Justeru saya memutuskan untuk menjadi seorang jurulatih kecergasan,  berkat pengalaman saya sepanjang saya aktif dalam sukan padang.

MASKULIN : 5 ASPEK PENTING DALAM DUNIA KECERGASAN

Lima aspek utama yang anda harus tahu tentang kecergasan adalah ‘Kecergasan Fizikal’, ‘Kecergasan Kardiorespitarori’, ‘Kekuatan Otot’, ‘Ketahanan Otot’, ‘Komposisi Badan’ dan ‘Kelenturan/Flexibility’. Fitness is not a destination, it is a way of life. Lakukan satu per satu. Yang paling penting, jangan diet secara semborono, makanlah mengikut kesesuaian. Kekal hidrasi dan senyum selalu. It Helps !

MASKULIN : APAKAH RUTIN HARIAN YANG DILAKUKAN?

Bekerja sambil belajar bukanlah suatu perkara yang mudah. Saya hadiri kelas pada hari Isnin dan Selasa, sementara pada hari Rabu hingga Ahad saya akan menghabiskan masa di gimnasium bagi mengajar pelanggan kecergasan saya. Biar pun begitu, saya rasa bangga dan berpuas hati dapat menjadi sebahagian dari perjalanan mereka ke arah hidup yang sihat.

MASKULIN : TANGGUNGJAWAB SEBAGAI JURULATIH KECERGASAN?

Tanggunggungjawab seorang jurulatih kecergasan amatlah berat. Saya harus menyokong mental, fizikal, dan spiratual para pelanggan saya. Bukan sahaja saya perlu menjaga semua hal ini di dalam gimnasium, tetapi saya juga harus sentiasa menjejaki pola pemakanan dan aktiviti kecergasan ringan mereka di luar gimnasium. Saya perlu tahu perasaan dan rohani mereka. Saya juga bermula dari bawah. Jangan takut untuk bermula. Let them mock, let them laugh at your dreams. This is your life, so live it !

MASKULIN : PENCAPAIAN

Berpengalaman melakukan Push Up Challenge bersama Menteri Sukan, YB Khairy Jamaluddin ketika sambutan Hari Belia 2013 di Putrajaya. Saya juga berpeluang melatih isteri beliau, Puan Nori Abdullah. Saya juga pernah melatih pasangan selebriti terkemuka negara, Johan dan Ozlyn.

MASKULIN : IDOLA DAN INSPIRASI

Jurulatih peribadi selebriti, Harley Pasternak dan ahli gusti profesional merangkap pelakon Hollywood terkenal,  Dwayne “The Rock” Johnson. Mereka membawa kecergasan ke satu tahap yang baru. Tak kira betapa jadual mereka padat, mereka selalu peruntukkan masa untuk kecergasan. Tambahan pula, kedua-dua figura ini botak seperti saya ! (Ketawa)

MASKULIN :TIP DAN NASIHAT

Pesanan buat semua lelaki, wanita bukan hanya menyukai otot-otot besar kamu semata-mata. Mereka lebih suka lelaki yang punya otak. Kita sebagai lelaki harus membina otot dan juga mental, agar kita punya pengetahuan yang tinggi seiring otot yang kekar. Lakukan aktiviti ilmiah seperti membaca, belajar dan mengembara. Jangan takut untuk belajar perkara baru.

MASKULIN :PERANCANGAN DAN HARAPAN

Impian setiap jurulatih kecergasan adalah membuka gimnasium sendiri. Ia seperti “Monuments Of Success”. Saya mahu mengubah persepsi rakyat Malaysia bahawa kecergasan itu bukan hanya sekadar hobi. Ia satu pekerjaaan. Kelak, saya juga mahu menjadikan industri kecergasan kita ini setaraf industri kecergasan Amerika dan Eropah. Dengan izin tuhan.

Published by
Kim Rahim