Retinopati diabetic ialah retinopati (kerosakan pada retina) yang disebabkan oleh komplikasi penyakit Diabetes.

Retinopati dibetik terjadi akibat dinding salur darah yang lemah, menyebabkan berlaku kebocoran lemak dan penyumbatan kapilari. Ia boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.

Jangan Ambil Mudah, Retinopati Dibetik Beri Kesan Pada Mata

IKLAN

Jangan fikir orang tua sahaja boleh kena ya, orang muda juga terdedah dengan simptom ini. Antara umur yang produktif kena Retinopati dibetik bermula 30 – 60 tahun, pesakit diabetes yang tidak terkawal, pesakit yang telah menghidap diabetes lebih dari 5 tahun, pesakit yang mempunyai pasar haemoglobin yang rendah, dan obesiti juga terdedah kepada penyakit ini.

IKLAN

Malah, pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi juga terdedah dengan Retinopati dibetik.

IKLAN

Jangan Ambil Mudah, Retinopati Dibetik Beri Kesan Pada Mata

Tanda-tanda dan gejala

  • Tiada gejala di peringkat awal
  • Penglihantan beransur-ansur menjadi kabur
  • Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba kerana pendarahan terlah berlaku

Pencegahan

  • Patuh dan ambil ubat diabetes mengikut arahan doctor.
  • Kawal paras gula dengan diet yang terkawal dan pengambilan ubat yang betul.
  • Amalamkan gaya pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
  • Berhenti merokok.
  • Berhenti pengambilan alcohol.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI