Kesihatan

Jangan Ambil Mudah Kesihatan Gusi, Ia Boleh Menyelamatkan Jantung Anda!

Share

Apa Itu Penyakit Gusi?

Penyakit gusi atau periodontitis, adalah masalah kesihatan mulut yang sering dianggap remeh, tetapi ia sebenarnya boleh membawa kepada komplikasi serius seperti penyakit jantung.

Penyakit ini bermula dengan keradangan pada gusi, dikenali sebagai gingivitis, yang menyebabkan gusi menjadi merah, bengkak dan mudah berdarah.

Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak ke tisu dan tulang yang menyokong gigi, seterusnya membenarkan bakteria memasuki aliran darah.

Foto : Sirap Limau

Bagaimana Penyakit Gusi Mempengaruhi Kesihatan Jantung?

Kajian menunjukkan bahawa bakteria dari penyakit gusi boleh mencetuskan keradangan sistemik yang menyumbang kepada masalah jantung seperti aterosklerosis (penyempitan arteri), endokarditis (jangkitan pada lapisan dalam jantung) dan tekanan darah tinggi.

Keadaan ini berpunca daripada tindak balas badan terhadap keradangan kronik, yang melemahkan fungsi organ penting seperti jantung.

Foto : Siakap Keli

Siapa Yang Berisiko?

Individu yang berisiko tinggi termasuk perokok, mereka yang menghidap diabetes atau obesiti dan mereka yang tidak menjaga kebersihan mulut dengan baik.

Tanda-tanda awal penyakit gusi yang perlu diberi perhatian adalah gusi berdarah, nafas berbau, gigi longgar, dan rasa sakit atau ketidakselesaan pada gusi.

BACA LAGI : Mengapa Tubuh Anda Memerlukan 3 Mineral Ini Setiap Hari?

Langkah Pencegahan Untuk Kesihatan Mulut Dan Jantung

Langkah pencegahan utama ialah mengamalkan kebersihan mulut yang baik dengan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, menggunakan flos dan melakukan pemeriksaan gigi secara berkala.

Foto : HaloDoc

Berhenti merokok dan mengamalkan pemakanan yang sihat seperti mengurangkan pengambilan makanan manis juga dapat membantu melindungi kesihatan gusi dan jantung anda.

Dengan menjaga kesihatan mulut, anda bukan sahaja melindungi gigi dan gusi, tetapi juga mengurangkan risiko komplikasi kesihatan yang lebih serius.

Jangan abaikan tanda-tanda awal penyakit gusi kerana gusi yang sihat bukan sahaja memberi senyuman yang menawan tetapi juga jantung yang sihat.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!

 

 

Published by
Darwisy Farain