Ramai antara kita alpa dengan penyakit paling senang dijangkiti dan mudah merebak terutama pada pasangan yang telah berkahwin. Jika anda mengalami masalah kulit pada kemaluan anda tak kira pada buah zakar atau faraj, ini bermakna anda pada tahap permulaan untuk dijangkiti Sifilis. Sifilis adalah penyakit kelamin (STD) yang berjangkit, disebar melalui hubungan seks sama ada melalui vagina, dubur atau oral. Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan. Sifilis disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum. Sifilis merupakan penyakit kelamin yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa.
Mungkin ada antara anda yang tidak tahu bagaimana penyakit ini berebak. Sebenarnya, ia berlaku secara berperingkat-peringkat. Mungkin ada antara anda yang terkena penyakit ini namun masih tidak melarat selama-beberapa tahun. Tapi jika anda biarkan selama-lamanya, ia mungkin akan membawa maut.
Peringkat 1: Peringkat rendah (Primary)
Jika anda melihat tompok kemerah-merahan ataupun keputihan pada kemaluan anda (kudis) dan berasa sakit ketika ingin membuang air kencing, maka itulah Sifilis. Untuk menampakkan kemerah-merahan setelah 10 ke 90 hari setelah anda dijangkiti kuman Sifilis melalui persetubuhan. Ulser ini dipanggil ‘chancre’ dan akan hilang selepas beberapa minggu.
Chancre biasanya bulat, keras, kecil, dan tidak menyakitkan. Ia muncul di tempat di mana sifilis memasuki badan. Chancre bertahan selama 3 hingga 6 minggu, dan akan sembuh tanpa rawatan. Jangan ambil mudah dengan penyakit ini, jika tidak mendapatkan rawatan lanjut, ia akan beralih ke peringkat 2 (secondary).
Peringkat 2: Peringkat sekunder (Secondary)
Di peringkat ini, ruam akan mula kelihatan pada sekitar badan anda. Kawasan pertama yang akan menyerang adalah pada telapak tangan dan kaki. Ruam ini biasanya tidak akan menyebabkan kegatalan dan akan keluar ketika chancre /ulser sifilis sedang sembuh atau beberapa minggu selepas chancre telah sembuh. Ciri ruam sifilis peringkat 2 adalah kelihatan kasar, merah, atau tompok-tompok coklat kemerahan di kedua-dua tapak tangan dan bahagian tapak kaki. Walau bagaimanapun, ruam mungkin tampil berbeza – nipis, tidak jelas dan berlaku pada bahagian badan yang lain, menyerupai ruam biasa sehingga ianya tidak disedari sebagai ruam sifilis.
Selain ruam, antara gejala sifilis peringkat 2 yang lain termasuk:
Pada peringkat ini, anda perlu lebih berhati-hati kerana ia mudah dijangkiti kepada pasangan melalui hubungan seks. Rawatan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang peringkat 1 dan 2 dan ianya boleh sembuh. Tanpa rawatan, tanda-tanda dan gejala sifilis peringkat 2 mungkin hilang selepas beberapa minggu. Nanum jika rawatan tidak diberikan, jangkitan akan kembali dan beralih ke peringkat 3.
Peringkat 3: Peringkat Senyap
Peringkat ini paling bahaya kerana ia bersifat terpendam dan tersembunyi sestelah gejala peringkat 1 dan 2 hilang, jika pesakit tidak menerima rawatan. Peringkat ini mungkit tidak akan menyedarkan pesakit kerana ia boleh bertahan sehingga 20 tahun sebelum ia beralih ke peringkat 4.
Peringkat 4: Peringkat lewat / akhir
Sifilis Peringkat 4 terjadi pada kira-kira 15% daripada mereka yang pernah dijangkiti sifilis yang tidak mendapatkan rawatan. Peringkat ini boleh muncul 10-20 tahun selepas jangkitan pertama diperolehi.
Di peringkat akhir sifilis, penyakit ini mula merosakkan organ-organ dalam badan termasik otak, saraf, mata, jantung, sendi dan banyak lagi. Tanda dan gejala peringkat lewat/akhir sifilis termasuk kesukaran menyelaras pergerakan otot, lumpuh, kebas, kabur penglihatan dan buta, dan juga demensia (nyanyuk/hilang akal). Kerosakan ini boleh menjadi cukup serius sehingga menyebabkan kematian.
Kami sarankan kepada anda, jika terkena symptom ini, segera dapatkan rawatan.
Sumber: sharingcaring.wordpress.com