MASKULIN percaya ramai di antara anda pasti biasa amalkan aksi ‘letup’ jari terutamanya bila tangan atau jari rasa lenguh. Rasa best je bila dapat ‘letup’ jari kan?
Malah penulis sendiri pun ada tabiat suka ‘letup’ jari bila dapat siapkan tugasan. Namun tanpa kita sedar, ‘letup’ jari ini seakan-akan satu tindakan refleks yang memberikan rasa lega.
Tapi tahukah anda, ‘letup’ jari ini mempunyai kesan jangka masa panjang jika dilakukan secara berterusan? Hampir beberapa dekad penyelidik daripada serata dunia mengkaji sebab dan kenapa bunyi ‘letup’ jari itu boleh terhasil.
Kajian dari Universiti Alberta menunjukkan apabila otot sendi ditarik, akan terdapat ruang kecil yang diisi gas. Apabila ia ditekan maka ini akan menyebabkan bunyi ‘pop’ terhasil.
Kenapa anda boleh jadi ketagih?
Sebenarnya kondisi otak yang mempengaruhi kita untuk menganggap bunyi letupan itu sebagai sesuatu perbuatan yang boleh melegakan. Jadi semakin lama ia dilakukan dalam tempoh masa yang panjang ia bertukar menjadi tabiat. Otak anda akan trik untuk buat rasa perbuatan itu melegakan rasa lenguh.
Apa yang meletup?
Setiap kali anda ‘letup’ jari atau ‘patahkan’ jari akan ada bunyi seolah tulang meletup. Padahal, ia adalah bunyi yang dihasilkan apabila cecair pelincir jenis sinovial dan gas yang bertakung pada bahagian penyambung tulang itu berinteraksi.
1. Risiko penyakit tulang arthritis
Seorang saintis membuat eksperimen terhadap dirinya di mana dia telah meletupkan jari di sebelah tangannya setiap hari selama 60 tahun, manakala yang sebelah lagi tidak diletupkan.
Ternyata, jari yang diletupkan saban hari itu langsung tidak diserang Arthritis. Ini membuktikan bahawa tabiat meletupkan atau mematahkan jari-jemari membawa keburukan buat manusia.
2. Jejaskan kekuatan tangan
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan, keburukan tabiat ini masih boleh dinilai menerusi kekuatan tangan. Ini kerana, tabiat meletupkan jari atau mematahkan jari-jemari itu dipercayai akan melemahkan kekuatan tulang tangan sekali gus menjadikan tulang haus dari semasa ke semasa.
3. Tulang jari akan melebar membuatkan cincin tersekat
Meletupkan jari itu adalah perkara yang menyakitkan. Namun ada yang menganggapnya sebagai satu nikmat. Ternyata orang yang memiliki tabiat itu mempunyai kelebaran jari yang ekstrem berbanding jari biasa.
Tulang pada setiap buku jari (bahagian penyambung tulang) semakin melebar sehingga ada ketikanya menyebabkan cincin mudah tersekat pada bahagian jari. Jadi kalau anda tak mahu tulang buku jari semakin melebar, elak daripada melakukan amalan ‘letup’ jari ini.
Untuk anda yang selalu ‘letup’ jari, tak rasa ngilu ke?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI