Memandu kereta bertransmisi auto merupakan satu anugerah yang cukup indah terutamanya buat anda yang tinggal di kawasan yang sering mengalami kesesakan jalan raya.
Apa tidaknya tidak perlu lagi menggunakan kudrat yang lebih untuk tukar gear menggunakan pedal klac. Hanya tekan minyak atau brek sahaja. Akan tetapi ramai sebenarnya di kalangan pemilik dan pemandu kereta auto tidak mengamalkan cara penggunaan yang betul.
Ini terutamanya tabiat menukar gear ‘P’ ketika berhenti di lampu merah di lampu isyarat!
Sebelum itu, MASKULIN ingin kongsi beberapa tip penggunaan gear auto dengan baik agar ia tidak memberikan kesan buruk kepada kotak enjin atau gearbox dalam jangka masa yang panjang.
Bercakap tentang penggunaan gear ‘P’ ketika berhenti di lampu isyarat, cuba bayangkan anda sebagai pemandu terkejut apabila lampu sudah hijau. Mesti anda akan kalut tekan pedal minyak dahulu kemudian baru tukar gear ‘D’.
CARA BETUL
Itulah satu tabiat yang lama-kelamaan boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada gearbox. Jika anda ingin bebas dari menekan brek di lampu isyarat lakukan beberapa step betul berikut:
- Tekan brek dahulu
- Tukar gear N
- Tarik hand brake
- Lepaskan brek kaki
Bagaimana pula jika lampu isyarat sudah hijau dan anda perlu bergerak dengan segera? Bertenang, ikuti step mudah berikut:
- Tekan brek dahulu
- Tukar kepada gear D
- Lepaskan hand brake
- Lepaskan pedal brek kaki
- Tekan minyak
Mudah dan ringkas bukan? Anda yang tidak biasa dengan beberapa step di atas mungkin mula-mula akan berasa janggal. Namun lakukanlah dari sekarang dan jadikannya sebagai tabiat.
Lama-kelamaan ia akan melekat apabila anda memandu. Semoga perkongsian ringkas ini mampu memberikan manfaat kepada anda.
Jangan lupa untuk ikuti dan follow YouTube MASKULIN untuk seleksi video auto menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI