Rambut berbau sememangnya masalah buat lelaki yang sering mengabaikan penjagaan dan kerapian rambut.
Sebagai lelaki, anda bukan sahaja perlu menjaga rapi kulit wajah tetapi rambut juga memerlukan perhatian yang sewajarnya.
Lelaki yang mudah berpeluh lebih mudah berdepan dengan masalah rambut berbau.
Ditambah pula dengan sifat malas anda untuk membasuh rambut, membuatkan masalah ini semakin rumit.
Ia sekali gus menimbulkan pelbagai masalah rambut sehingga mengurangkan keyakinan diri.
Untuk mengatasinya, ikuti tip mudah ini.
Artikel berkaitan: Stail Rambut Panjang, Ini Tip Yang Lelaki Perlu Tahu Agar Rambut Sihat & Kemas
Artikel berkaitan: Masalah-masalah Rambut Lelaki Yang Jika Tak Dirawat, Buat Anda Hilang Keyakinan Diri
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah anda mencuci rambut. Gunakan tuala daripada material yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah.
Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali. Kemudian, biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan daripada menggosok rambut secara kasar agar akar rambut tidak rosak.
Bagi yang jarang menyikat rambut, pastikan selepas ini anda rajin-rajinkan diri menyikat rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang baik.
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk memberi kesegaran pada kulit kepala secara optimum.
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Elakkan minuman kafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak boleh menyebabkan peningkatan suhu pada tubuh.
Untuk mengelakkan rambut berbau cucilah rambut setiap hari. Kulit kepala hendaklah dibersihkan dengan sebaik-baiknya. Gunalah syampu sesuai yang mengandungi anti-bakteria.
Stres boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Oleh itu, elakkan stres yang keterlaluan.
Bagi penggemar makanan pedas, anda dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan makanan daripada jenis ini. Makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh, sekali gus menyebabkan rambut berbau.
Bagi sedikit ruang kepada diri anda untuk melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan rasa stres dan tekanan terutamanya untuk anda yang bekerjaya. Anda boleh sibukkan diri dengan hobi atau aktiviti santai bersama kawan-kawan.
Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN