Helmet merupakan kelengkapan keselamatan yang sangat penting untuk penunggang motosikal. Tidak hanya digunakan untuk melindungi kepala daripada sebarang kecederaan, ia juga boleh dijadikan aksesori penambah gaya.
Apa gunanya anda miliki helmet yang mahal, berjenama dan bergaya, jika ia berbau dan kotor. Pasti ini akan mengganggu tumpuan dan fokus anda ketika menunggang motosikal.
Selain perlu diganti selepas penggunaan maksimum lima tahun daripada hari pertama anda menggunakannya, helmet juga perlu dijaga dengan baik untuk mengekalkan kualitinya dan bebas daripada bau yang kurang menyenangkan.
Artikel berkaitan: Stereng Kereta Kerap Bergegar Kuat, Itu Petanda Masalah Engine Mounting
Artikel berkaitan: Power Window Kereta Rosak, Lihat Masalah & Cara Baikinya
Jemurlah helmet anda seminggu sekali agar segala bau dan kelembapan dapat dihapuskan. Saat anda menjemurnya, pastikan ia menghadap ke atas agar sinar matahari dapat masuk ke semua bahagian di dalam helmet. Namun, jangan jemur helmet anda secara berterusan di bawah matahari yang terik kerana ia akan membuatkan busa polisterin yang ada di dalam helmet cepat rosak.
Setelah menggunakannya, jangan simpan helmet anda di tempat yang lembap kerana ia akan mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan kulat. Pastikan anda meletakkannya di tempat yang kering dan sejuk. Lagi baik jika anda menyimpannya di ruang yang terbuka untuk memudahkan penyebaran udara pada helmet.
Ruang di dalam helmet yang memudahkan penyimpanan menyebabkan ramai yang suka meletakkan pelbagai barang seperti sarung tangan, kunci motosikal dan sebagainya. Elak melakukannya kerana barang-barang tersebut mungkin dipenuhi kekotoran dan peluh yang boleh menyebabkan dalam helmet rosak atau berbau.
Terdapat banyak pilihan pencuci helmet dan visor yang dijual di pasaran. Sebelum anda menggunakan pencuci baharu ini, uji dahulu pada bahagian yang kecil sebelum anda menggunakannya pada keseluruhan helmet. Elak menggunakan sebarang pencuci seperti pencuci pinggan atau sabun, bimbang ia boleh merosakkan bahagian luar helmet.
Cuci bahagian dalam helmet anda mengikut kadar penggunaan, lebih-lebih lagi jika ia berbau dan kotor. Pastikan anda menanggalkan apa jua pelapik yang boleh ditanggalkan dan basuh keseluruhan helmet dengan air suam dan pencuci lembut. Untuk ruangan yang sukar dicapai seperti lohong udara, anda boleh menggunakan putik kapas untuk membersihkannya.
Selepas mencuci helmet, pastikan ia kering dahulu sebelum menyimpan. Tanggalkan pelapik keselesaan dan biarkan ia kering dengan sendirinya. Elak jemur di bawah matahari yang terik kerana haba yang terlalu panas boleh melonggarkan gam di sesetengah bahagian.
Visor juga perlu sentiasa bersih daripada habuk dan kekotoran serta tidak bercalar. Ia penting agar penglihatan anda ketika menunggang motosikal tidak terganggu. Lap visor dengan lembut menggunakan kain mikrofiber dan air untuk mengelakkannya bercalar.
Ramai yang suka menyangkut helmet pada cermin pandang belakang ataupun di hujung palang pemegang. Sebenarnya cara ini tidak sesuai dilakukan kerana bentuk cermin dan hujung palang pemegang mungkin akan merosakkan lapik EPS helmet dan menjadikannya lebih lemah di sesetengah bahagian. Pelapik EPS perlulah sekata rekaannya untuk penyebaran gegaran impak.
Sunscribe dan tonton pelbagai video Fitness di Youtube MASKULIN
Sempena kempen ‘NI Fight Against Cancer’, ikuti pengalaman kanser survivor, Dato’ Sri Nazir Tun Razak pulih daripada kanser prostat.