Penampilan sering dikaitkan dengan tahap keyakinan diri seseorang, terutama bagi lelaki yang memiliki jambang dan misai.
Ada yang percaya bahawa memiliki bulu wajah boleh meningkatkan keyakinan, manakala yang lain berpendapat bahawa keperibadian dan pembawaan diri lebih penting.
Namun, adakah benar bahawa jambang dan misai memberi impak terhadap keyakinan lelaki?
Bagi sesetengah lelaki, jambang bukan sekadar bulu wajah tetapi satu bentuk identiti.
Ia mencerminkan kematangan, ketegasan dan keperibadian seseorang.
Seperti yang dikatakan oleh Lorenzo Irman, beliau memilih untuk menyimpan jambang kerana ia membantu membentuk karakternya.
“Bila karakter tu nak nampakkan saya lebih tua, saya tak boleh nak pull karakter saya dengan shave jambang ni. Saya kalau clean shave nampak budak, so that’s why saya berjambang,” jelasnya.
Ini menunjukkan bahawa bagi sesetengah individu, jambang bukan sekadar gaya, tetapi turut memainkan peranan dalam membentuk personaliti serta bagaimana seseorang itu dilihat oleh orang sekeliling.
Namun, penting untuk diingat bahawa maskuliniti tidak hanya bergantung kepada kehadiran bulu wajah.
Lorenzo sendiri mengakui bahawa, “Saya tak menafikan orang yang takde bulu ni tak maskulin. Tidak. Saya tak nak mewujudkan isu itu. Everyone ada dia punya look maskulin itu sendiri. Takde bulu pun boleh nampak maskulin jugak, that’s how you bawak perwatakkan diri sendiri je sebenarnya.”
Jelas bahawa kelelakian bukan semata-mata terletak pada jambang atau misai, tetapi lebih kepada bagaimana seseorang membawa diri dan menampilkan karakternya.
Meskipun jambang memberikan kelebihan dari segi penampilan, ia juga memerlukan penjagaan yang rapi. Menurut Lorenzo, menjaga jambang bukan tugas mudah.
“Sebenarnya susah juga nak jaga jambang ni,” katanya.
Jambang yang tidak dijaga dengan baik boleh memberikan imej yang tidak kemas dan tidak profesional.
Justeru, lelaki yang ingin mengekalkan jambang perlu berdisiplin dalam rutin penjagaan, termasuklah kerap merapikan bentuknya, mencuci dengan betul, serta menggunakan minyak khas untuk memastikan bulu wajah kelihatan sihat dan kemas.
BACA LAGI : Tip Jaga Jambang, Barulah Nampak Kemas, Tak Semak Macam Lalang
Setiap individu mempunyai pandangan tersendiri tentang maskuliniti dan keyakinan diri.
Ada yang melihat jambang sebagai simbol ketegasan dan kematangan, manakala ada juga yang lebih menonjol dengan gaya berpakaian atau sikap mereka.
“Ada orang nampak maskulin bukan melalui jambang, tapi melalui sikap dia. Ada orang nampak maskulin melalui fesyen dan ada orang nampak melalui wajah dia,” ujar Lorenzo.
Ini bermakna, seseorang itu tidak perlu memiliki jambang atau misai untuk kelihatan maskulin.
Sebaliknya, keyakinan dan gaya hidup yang sihat memainkan peranan yang lebih penting dalam menentukan daya tarikan seorang lelaki.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.