Rado, jenama yang diiktiraf di peringkat global terkenal dengan rekaan inovatif dan penggunaan bahan bermutu tinggi dalam penghasilan jam tangan yang paling tahan lama di dunia. 17 Ogos lalu, Jam tangan terkemuka Swiss Rado telah meraikan pembukaan butik terbaharu dan terbesar di Malaysia dalam sebuah acara ekslusif di Suria KLCC.
Sebuah pertunjukan fesyen yang memberi fokus kepada tema Rado bagi tahun 2018 iaitu ‘The Elements of Time’ mempersembahkan beberapa rekaan terbaharu daripada koleksi HyperChrome, DiaMaster dan True, selain pelancaran koleksi eksklusif Rado di Malaysia iaitu koleksi True Thinline Nature.
Ads
Konsep Terbaharu ‘Master of Materials’
Rekabentuk butik Rado turut diberikan nafas baharu seiring dengan konsep terkini yang ingin ditampilkan melalui ciri-ciri asli dan elemen terbaharunya. Butik ini mengetengahkan rekabentuk kontras antara minimal dan kerja tangan bertekstur berasaskan bahan bermutu tinggi.
Ads
Ads
Walaupun butik terbaru Rado ini telah dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada 4 Julai yang lalu, tetamu yang hadir pada acara ekslusif ini berpeluang melihat koleksi terkini Rado dengan lebih dekat. Kepada anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, boleh segera ke butik berdekatan ataupun ke KLCC sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ulang tahun perkahwinan merupakan tarikh kedua terpenting selain daripada harijadi pasangan anda. Bagi lelaki mungkin sukar untuk mengingat tarikh keramat ini, tapi wanita, seperti telah disimpan di dalam peti fikiran mereka selama-lamanya. Mungkin anda boleh tag isteri anda untuk melihat senarai barangan yang boleh dibeli sebagai hadiah anniversary perkahwinan.
Jam tangan
Terdapat pelbagai jenis jam tangan dan jenama lelaki buat anda untuk memilih. Perhatikan gerak gaya suami anda, jika suami anda seorang yang lasak dan kaki gym, memilih jam tangan yang mempunyai tali yang berkualiti tinggi dan boleh digunakan di dalam air menjadi pilihan. Jika suami anda seorang yang elegen dan suka dengan gaya urban, pilihlah tali yang nipis dan minimalis dalam hiasan pada permukaan jam tersebut.
Mungkin anda merasakan bahawa seluar jeans bukan hadiah paling sesuai untuk suami anda, namun hakikatnya, seluar merupakan perkara paling penting dalam kehidupan lelaki. Kebanyakkan lelaki tidak mahu menyatakan hasratnya untuk memiliki jeans kerana berasa seluar yang lama masih molek untuk dipakai. Namun, jika anda seorang isteri mengenali suami dengan baik, jeans atau apa jua jenis denim sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buatnya. Lelaki lebih gemar mengenakan denim berbanding pakaian lain, kerana ia senang dipakai dan tidak perlu gosok! Mudah untuk anda juga para isteri!
Kebanyakkan artikel kami berkaitan dengan wangian serig mendapat perhatian lelaki Maskulin. Lelaki gemar mengenakan wangian yang mahal dan tahan lama. Kadang-kala, lelaki akan menghabiskan duit pada wangian lebih dari makanan kerana lelaki hari ini lebih gemar menjaga penampilan diri. Dalam pada masa yang sama, lelaki sering berhadapan dengan bau yang sangat tidak menyenangkan tambahan apabila mereka sedang bekerja. Jadi, hadiahkan wangian mungkin boleh menggembirakan hati mereka.
Mungkin ada di antara suami anda yang gemar mengambil gambar tak kira apa jua jenis keadaan. Hadiah seperti ini dapat membantu menaikkan semangat mereka dalam menghasilkan rakaman hobi mereka. Tapi, cuba anda bayangkan anda belik kamera digital kepada mereka, anda juga beruntung, anda akan sentiasa menjadi model dalam gambar mereka. OOTD anda cantik, boleh muat naik di laman sosial media anda kan!
Tablet / Play Station Game
Ini mungkin menjadi idaman semua lelaki di luar sana. Kebanyakkan isteri tidak membenarkan suami menghabiskan masa dengan permainan ini kerana ia tidak mendatangkan faedah. Ketahuilah wahai isteri, permainan seperti ini lebih baik daripada mereka curang. Sekurang-kurangnya mereka curangi anda ke atas barang dan bukan perempuan lain. Hadiah seperti ini menjadikan anda Wife of the year! Namun, jika anda terlintas untuk hadiahkan ini kepada suami, buat rules agar mereka tidak asyik bermain! Good Luck!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
WARDROBE, jenama eksklusif tempatan yang terkenal dengan penghasilan pakaian bespoke lelaki pada baru-baru ini telah melancarkan koleksi terbaru mereka yang cukup hebat.
Koleksi yang dikenali sebagai Capsule Collection 2019 itu telah dilancarkan dengan menampiljan 10 gaya terkini yang merangkumi 5 koleksi daripada lounge suit untuk lelaki. Gaya koleksi menampilkan lounge suit pelbagai fungsi sesuai untuk untuk urusan formal hingglah jaket sporty bagi penampilkan kasual kemas.
“Ini merupakan koleksi gaya yang wajib dimiliki oleh setiap lelaki untuk penampilan yang bergaya. Penampilan kasual kemas ada ketikanya sesuai digayakan tetapi bila bercakap tentang gaya foolproof ia adalah satu gaya sesuai sepanjang zaman dengan perincian jahitan amat penting sekali,” jelas Lim Fang Heng, Ketua Pegawai Eksekutif WARDROBE.
WARDORBE Capsule Collection merupakan rujukan penampilan yang dikategorikan kepada 5 gaya berbeza yang diperlukan oleh setiap lelaki.
Pada pelancarannya, Lounge Suit diperkenalkan dahulu dengan menampilkan sisi ahli perniagaan dengan suntikan elegan. Ia menampilkan jaket dan seluar yang mempunyai warna sama serta fabrik bercorak sama.
Digayakan bersama kemeja dan tali keher, lounge suit ini biasanya digayakan oleh eksekutif, ahli perniagaan untuk majlis formal.
Koleksi lounge suit turut menawarkan waistcoat atau vest yang dipadankan dengan sut tersebut. Antara variasi lain lounge suit ialah double-breated suit.
Selain itu WARDROBE turut menampilkan Day Suit, The Blazer, Sports Jacket, Tuxedo dan Dinner Jacket menerusi koleksi yang cukup bervariasi.
Dengan 10 jenis looks berbeza, koleksi terbaru WARDROBE ini semestinya menjadi pilihan buat lelaki gentlemen yang inginkan gaya eksklusif, mewah, sofitikated dan sesuai untuk pelbagai jenis majlis atau acara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama jam Bell & Ross sememangnya cukup sinonim dengan industri penerbangan terutamanya di kalangan juruterbang pesawat tempur dan juga aerobatik.
Terbaru, Bll & Ross meraikan ulang tahun ke-70 penubuhan pasukan aerobatik tersohor dari Pwrancis, Patrouille de France.
Ia merupakan pasukan persembahan aerobatik pesawat yang bukan sahaja terkenal malah sangat berpengaruh dalam industrinya.
Ditubuhkan dari pasukan elit French Air dan Space Force, pasukan ini telah terbang ke serata dunia menonjolkan skil pengendalian pesawat luar biasa selama beberapa dekad lamanya.
Jadi tidak hairanah kolaborasi ini dianggap cukup istimewa dari jenama jam premium ini. Kerjasama di antara Bell & Ross dan Patrouille de France telah berlangsung selama lebih tiga tahun.
Persefahaman di antara kedua-duanya hadir dengan aspirasi standard cukup tinggi terutamanya dari segi ketepatan, keupayaan teknikal, inovasi dan tahap kecemerlangan tertentu.
Istimewa sempena ulang tahun ke-70 Patrouille de France, Bell & Ross memperkenalkan jam tangan instrumen BR 03 edisi terhad baharu sebagai penghormatan tertinggi kepada pasukan mereka.
Model Ulang Tahun ke-70 BR 03-92 PAF juga turut memperingati sejarahnya yang kaya dan berprestij. Selama tujuh dekad pasukan Patrouille de France mengagumkan penonton di seluruh dunia dengan kemampuian juruterbangnya yang berkemahiran tinggi serta teknologi pesawatnya yang sangat hebat.
Mereka umpama ‘pelukis garisan langit’ dengan lahak akrobatik yang tidak terjangkau dek fikiran kita.
Daripada Thunderjet, yang mula beroperasi pada tahun 1953, kepada Alphajet, dalam perkhidmatan sejak 1981, tidak melupakan Ouragan, Mystère IV dan Fouga Magister mitos, pesawat ini adalah sebahagian daripada legenda.
Pesawat legenda ini, yang merupakan sebahagian daripada sejarah kaya Patrouille de France diwakili di belakang bekas seramik BR 03-92 PAF.
Satu penghormatan yang sesuai, siluet lima pesawat yang telah terbang sejak penciptaan Patrouille de France pada tahun 1953 ditemui terukir di bahagian belakang jam tangan.
Memandangkan BR 03-92 PAF meraikan ulang tahun Patrouille de France, ia tetap merupakan instrumen profesional.
Sebagai bukti, ia menggunakan fiuslaj BR 03, iaitu sarung ultra-ringan berbentuk segi empat sama (42 x 42 mm) dalam seramik berteknologi tinggi, dirawat di sini dengan salutan hitam yang menyerlahkan kontras.
Kedua-dua teknikal dan kontemporari, kalis air hingga 100 meter, ia melindungi pergerakan mekanikal automatik berkaliber, BR-CAL 302, yang menunjukkan jam, minit, saat dan tarikh.
Untuk dail edisi terhad ulang tahun eksklusif sebanyak 999 helai ini, Bell & Ross telah memilih warna biru yang sangat bercahaya, membangkitkan sut penerbangan juruterbang Patrouille de France.
Insignia pasukan paparan elit ini dan logo khusus ulang tahun ke-70nya ditampilkan pada bahagian tengah-tengah dail ini dibulatkan secara halus dengan adunan warna bendera Perancis.
Manakala untuk tali pula ia digayakan khusus sepadan dengan menggabungkan alcantara biru dan bahan sintetik hitam ultra-tahan, dijahit atas dalam warna biru, putih dan merah.
Model jam edisi terhad ini hanya didapati sebanyak 999 unit dengan harga jualan RM17,600.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.