Buat lelaki yang ingin tampil lebih bergaya dan dalam masa yang sama menonjolkan status, jam tangan merupakan aspek yang cukup penting.
Selain ia membawa simbol status, jam tangan dalam kategori luxury atau mewah juga merupakan satu peranti yang boleh menjadi harta warisan selama bergenerasi lamanya.
Terbaru, “ThinKing” sebuah jam tangan mekanikal ternipis di dunia diperkenalkan dengan ketebalan hanya 1.65 milimeter (mm) dan berat 13.3 gram.
Reka bentuk luar biasa
Jam Tangan “ThinKing” Sumber: Oddity Central
Direka oleh pembuat jam terkemuka dari Rusia, Konstantin Chaykin, ThinKing merupakan prototaip inovatif yang tampil dengan reka bentuk luar biasa.
Reka bentuk casingnya yang sangat halus menjadikan jam ini mudah terdedah kepada tekanan biasa semasa dipakai.
Untuk melindunginya, tali jam khas daripada kulit buaya dengan sisipan elastik dan titanium digunakan untuk menyerap hentakan serta tekanan semasa pemakaian.
Ads
Jam tangan ultra nipis ini sarat dengan pelbagai inovasi teknikal, termasuk barrel penggulungan yang ultra nipis dan sistem dwi-roda imbangan.
Lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika
Ketebalannya yang luar biasa juga mengatasi rekod sebelumnya dengan kelebihan 0.5 mm, menjadikan ia lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika.
Jam Tangan “ThinKing” Sumber: Oddity Central
Untuk mencapai kejayaan ini, Chaykin mengaplikasikan idea-idea radikal dalam reka bentuknya, termasuk menggantikan pemutar jam klasik dengan paparan jam dan minit melalui dua tingkap berasingan.
Ads
Meskipun lebih rapuh berbanding jam tangan biasa, ThinKing diperbuat daripada keluli tahan karat khas yang mampu menahan tekanan harian.
Tidak hairanlah jam ultra nipis ini bernilai tinggi, mengambil masa lama untuk dihasilkan dan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.
Namun, pengguna perlu memakainya dengan berhati-hati kerana ketipisannya membuatkan ia mudah rosak.
Tidak dapat dinafikan Converse merupakan kasut atau sneakers yang mempunyai signifikasi cukup besar dalam dunia muzik dan juga budaya popular.
Sebut sahaja tentang jenama Converse pasti kita akan terus terbayang akan model kasutnya yang sangat popular dan cukup ikonik iaitu Chuck Taylor dan juga One Star.
Namun selepas beberapa dekad Converse kini ingin mencuba sesuatu yang baru. Jenama berasal dari Massachussetts kini keluar dari kepompong identiti tradisinya dengan memperkenalkan model terbaru dengan siri koleksi Converse CX.
TEKNOLOGI INOVATIF
Converse CX merupakan kasut yang direka berasaskan gaya hidup dan juga inovasi penggunaan efektif hasil daripada inovasi Chuck Taylor lalu menghasilkan tiga silhoutte terbaru iaitu All-Star Disrupt CX, Chuck Taylor Disrupt CX dan Chuck Taylor All Star CX.
Ketiga-tiga model dari siri CX ini menepati kriteria ‘3F’ diperkenalkan Converse iaitu form, fit dan fucntion.
Penghasilan model terbaru Converse yang memenuhi krtiteria 3F dfapat dicapai dengan menggunakan bahan terbaru.
MATERIAL & REKAAN TERKINI
Pertama sekali, model CX menggunakan kanvas boleh regang yang memberikan sensasi seperti stoking dan memberikan ketahanan dalam jangka masa panjang.
Penggunaan sistem cushioning juga dipertingkat dengan menggabungkan alas kasut PU dan tapak kasut dari foam Phylon.Dan akhir sekali rekaan luaran tapak kasutnya yang memberikan dimensi baru untuk kestabilan dan fleksibiliti.
Kesemua model terbaru dari siri Converse CX ini dijangka berada di pasaran penghujung bulan ini di lokasi terpilih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ia bermula dengan Nick Fury memberitahu Tony Stark tentang kepentingan Avengers, setelah 10 tahun filem Iron Man ditayangkan, anda bakal saksikan semua adiwira Marvel akan menentang makhluk paling jahat iaitu Thanos the Mad Titan. Filem arahan Joe dan Anthony Russo, The Avengers: Infinity War dilakonkan hampir 76 pelakon-pelakon Hollywood yang akan merungkai misteri 6 batu permata. Terlalu banyak perkara yang ingin kami rungkaikan, jadi ini antara perkara yang anda patut tahu sebelum anda menonton The Avengers: Infinity War.
Siapa Thanos
Anda dapat melihat kemunculan pertama makhluk jahat ini ketika kredit pengakhiran The Avengers. Sejak daripada itu, dia sering membuat kemunculan di dalam filem-filem lain, namun kita masih lagi belum mengenali dekat dengan karekternya. Di dalam komik, Thanos merupakan kaum Eternals, ibunya merupakan salah seorang Mutan dan ia dilahirkan dengan kuasa yang luar biasa. Tujuan utama ia mencari Infinity Stone ialah kerana cinta terhadap seorang wanita sehingga sanggup menghancurkan alam semesta. Mungkin anda akan lihat bagaimana Thanos mendidik ahli Avengers untuk rasa kekalahan.
Dimana batu-batu tersebut?
Jika anda dapat saksikan di dalam trailers Infinity War, Thanos telah pun memiliki space stone dan power stone. Dimana lagi 3 baru tersebut? Doctor Strange telah meletakkan Time Stone di dalam Kamar-Taj dan jika anda masih ingat filem Thor: The Dark World, Reality Stone telah diberikan kepada Collector. batu tersebut di simpan dalam satu kawasan yang telah di musnahkan menerusi filem Guardian Of The Galaxy. Mungkin Encik Collector masih memilikinya? Manakala Mind Stone yang akhirnya diletakkan di atas kepala Vision yang membolehkan beliau terbang, panahan laser, dan tembus dinding. Untuk Soul Stone pula, tiada clue dimana ia berada. Ada beberapa teori yang mengatakan Heimdall (penjaga pintu masuk Asgard dari filem Thor) memilikinya, ataupun Thanos memilikinya sepanjang masa?
The Avengers
Di pengakhiran Captain America: Civil War, kita dapat saksikan perpecahan The Avengers akibat bercanggah pemikiran antara Captain America dan Iron Man. Captain America menyerahkan perisainya dan menghilangkan diri. Sementara Tony Stark masih berkerja bersama Vision dan War Machine dan adik-beradik Russo mengatakan bahawa Infinity War merupakan pengakhiran kepada siri Captain America.
Dendam Guardian
Star-Lord dan pasukannya akan bertemu dengan The Avengers dalam filem ini, dan pertempuran antara mereka dan Thanos di sifatkan sebagai peribadi, berbeza daripada adiwira yang lain. Nebula dan Gamora menjadi anak angkat Thanos sejak kecil dan telah menjadi pembunuh profesional seperti didikan ayah angkat mereka. Nebula membesar dengan membenci Thanos dan bertindak untuk membalas dendam kepada ayah angkatnya. Dalam masa yang sama, Drax the Destroyer juga mahu membalas dendam kerana Thanos telah membunuh keluarganya.
Kalau kami listkan semuanya, tak seronoklah untuk anda tonton di pawagam nanti. Sila beli tiket sebelum sold out ya. Selamat menonton The Avengers: Infinity War.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam beberapa mingu lepas peminat jam G-SHOCK pastinya tahu tentang pengenalan edisi khas jam G-SHOCK Harimau Malaya. Hanya mereka yang bertuah sahaja telah berpeluang untuk memiliki jam tersebut dengan mendapatkan markah tertinggi permainan video diperkenakal Casio.
Bersepena kejohanan bola sepak terunggul di Asia Tenggara, Piala Suzuki 2020, Casio telah memperkenakan edisi yang sangat ‘rare’ dan terhad khusus buat pemain dan kontinjen pasukan Harimau Malaya.
Turut bertinfak sebagai timekeeper rasmi kejohanan tersebut, Casio turut meraikan skuad kebangsaan dengan pengenalan jam G-SHOCK yang cukup istimewa. Dengan kualiti ketepatan masa bertaraf kententeraan dan tahan lasak, tidak hairanlah mengapa jenama ini menjadi jam rasmi kejohanan berprestij tersebut.
Edisi terhada G-SHOCK untuk pasukan kebangsaan diperkenalkan Casio sebagai salah satu cara memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad kebangsaan. Ia juga sebagai penghargaan terhadap pemain Harimau Malaya di atas kesungguhan serta dedikasi mereka untuk tanah air tercinta.
Pengenalan dan penyerahan jam tersebut telah diperkenalkan oleh Pengarah Urusan Casio Malaysia, Tezuka Itsuro yang menyerahkannya kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.
Tezuka Itsuro dan Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin
Ia telah disempurnakan sebelum pemain kebangsaan berlepas ke Singapura untuk menyertai kejohanan di negara tersebut. Jam G-SHOCK edisi terhada yang sangat ‘rare’ tersebut merupakan dari model GBD-100-1A7 dari seleksi line G-SQUAD dengan menampilkan kombinasi warna hitam dan kuning yang juga merupakan warna rasmi Harimau Malaya.
Menurut Tezuka Itsuro, pihaknya berasa cukup berbangga kerana mampu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Harimau Malaya.
Walaupun skuad kebangsaan terpaksa pukang awal selepas terkanda hanya di peringkat kumpulan namun sokongan jenama korporat seperti ini amat bermakna untuk mereka. Buat pencinta jam G-SHOCK pastinya berasa ingin memiliki jam yang cukup terhad ini.
Adakah ia bakal menjadi seleksi jam G-SHOCK yang paling dicari-cari oleh pengumpulnya? Selamat memburu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.