Penggunaan peranti jam pintar kini sudah dianggap sebagai satu keperluan penting terutamanya bagi mereka yang sentiasa cergas dan mengambil berat akan kondisi fizikal mereka.
Tidak dinafikan di pasaran pada masa kini terdapat lambakan tawaran jam pintar dari pelbagai jenama dari seluruh dunia.
Terbaru, Kieslect, jenama yang kian popular dalam industri peranti pintar boleh pakai memperkenalkan dua jam tangan pintar yang ‘super’ bergaya iaitu Kieslect Kr2 dan Ks2.
Penerima anugerah bergengsi, Kr2 dengan Anugerah Reka Bentuk Muse 2023 dan Ks2 dengan Anugerah Reka Bentuk Produk New York 2023, kedua-dua jam tangan ini memang penuh dengan kecanggihan dan gaya!
Pengurus Besar Kieslect Malaysia, Cik Wei Lee, penuh semangat bercerita tentang kejayaan Kr2 dan Ks2. Katanya, Kieslect membawa teknologi terkini dan reka bentuk timeless ke Malaysia, siap sedia mengubah cara kita berinteraksi dengan waktu, kesihatan, dan fesyen. “Selamat datang ke masa depan yang lebih cerdas,” katanya.
Ads
Apa yang menarik tentang Kr2 dan Ks2? Kedua-duanya dilengkapi dengan teknologi cipset dwi teras yang canggih, membolehkan jam tangan beroperasi dengan pantas dan cekap, baik pada kelajuan tinggi (240Mhz) mahupun rendah (96Mhz). Ini semua tentang prestasi yang hebat dengan penggunaan kuasa yang minimal.
Tak cukup dengan itu, kedua-dua model ini juga memiliki GPU 2.5D untuk paparan AMOLED yang menakjubkan, memberikan grafik berwarna cerah, efek 3D yang dinamik, dan animasi yang lancar dengan kadar penyegaran 60 FPS. Ditambah lagi dengan kecerahan 1000 NIT, paparan ini mudah dilihat walaupun di bawah sinar matahari terik.
Kieslect tak lupa tentang kemudahan penggunaan. Dengan modul panggilan 2-dalam-1 dan ketersambungan Bluetooth 5.3, pengguna boleh menikmati pengalaman smartwatch yang seamless tanpa perlu bersusah payah dengan setup yang rumit.
Ads
Dan untuk para penggemar sukan, ada lebih 100 mod sukan yang diprogramkan, lengkap dengan pemantauan kesihatan 24/7 seperti kadar denyutan jantung, tekanan, pengukuran SpO2, dan peringatan kitaran haid untuk wanita.
Kr2 dan Ks2 juga datang dengan dua jenis tali – satu magnet dan satu lagi silikon hitam – yang menambah keeleganan dan keselesaan. Tidak ketinggalan, penderia biometrik canggihnya yang mampu mengumpul data kesihatan dengan lebih tepat dan efisien.
Ks2, dengan fitur tambahan seperti pemantauan Tenaga Badan, membolehkan pengguna mengukur kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah, dan tekanan dalam hanya 30 saat. Ini membantu pengguna mendapatkan gambaran kesihatan mereka dengan segera.
Kieslect Kr2
Peminat bola keranjang dan Pengurus Perhubungan Pelabur, Encik William Yeo, sangat memuji Ks2.
Ads
Menurutnya, Ks2 adalah jam tangan yang sempurna untuk gaya hidup aktifnya, memberikan semua pemberitahuan dan peringatan yang diperlukan baik di pejabat mahupun di gelanggang bola keranjang.
Kieslect Ks2
Kieslect Kr2 dan Ks2, dengan kombinasi gaya dan fungsionaliti, pasti akan menambah seri dalam kehidupan anda, tidak kira di mana anda berada – di bilik darjah, bilik mesyuarat, padang golf, atau di gim.
Pada 17 Januari 2024, Malaysia telah menyambut kedatangan Kieslect Kr2 dan Ks2. Kedua-dua model ini boleh didapati dengan harga RM499 di Kedai Rasmi Shopee dan beberapa peruncit terpilih seperti Goldblitz Sdn Bhd, SS Solution, MMG Distribution, dan MG Digital Store.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap hari kita berdepan dengan risiko bertembung dengan anjing liar atau anjing jalanan apabila berjalan atau berjogging. Sesetengah anjing ini adakalanya sukar nak dijangka kelakuannya dan boleh menjadi agresif dan tidak mesra.
Tidak dinafikan, ramai yang takut dengan anjing lebih-lebih lagi umat Islam kerana kita tidak dibiasakan dengan haiwan peliharaan tersebut. Malah, ia juga boleh mendatangkan ancaman bahaya kepada manusia.
Jadi, bagaimana anda mahu mengelakkan diri dari diserang atau digigit anjing ini
Satu perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna TikTok ini boleh dijadikan panduan, mengenai alat yang boleh digunakan untuk menghalau anjing.
Dikenali sebagai Shameer Iqmal, video yang dimuat naik empat hari lepas telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan. Alat ini akan mengeluarkan bunyi ultrasonic yang hanya boleh didengar oleh haiwan. Katanya, ada yang jadi dan ada juga anjing yang buat ‘relax’ sahaja. Hiks! Tapi apa-apa pun ikhtiar sahaja la kan.
Dalam video tersebut, Shameer juga berkongsi situasi dimana dia menggunakan alatan tersebut terhadap haiwan-haiwan itu dan nyata, memang anjing tersebut beredar daripadanya.
Alat ini boleh dibeli di Shopee dengan harga serendah RM18.
Kehangatan bola sepak EURO 2024 yang berlangsung di negara Jerman semakin dirasai. Pasukan-pasukan pilihan dilihat mencatatkan kemenangan pada perlawanan pertama masing-masing. Namun berbeza dengan Belgium yang tumpas di tangan Slovakia – yang turut menyaksikan penggunaan teknologi ‘snickometer’.
Pada perlawanan tersebut Belgium tumpas 1-0 kepada Slovakia walaupun mereka menjaringkan sebanyak dua gol.
Namun kedua-dua giol tersebut tifak dikira kerana penggunaan VAR. Dua gol dari Romelu Lukaku didapati offside dan juga terkena tangan pemain yang melakukan hantaran.
Gol Slovakia dijaringkan oleh Ivan Scharanz dari kesilapan pertahanan Belgium pada minit ke-10. Namun apa yang menarik perhatian ramai pengulas dan juga peminat bola sepak di seluruh dunia ialah penggunaan teknologi ‘snickometer’ ketika mengadili gol kedua Belgium.
MIKROCIP
Penyudah Lukaku dari jarak dekat menyaksikan Belgium menyamakan kedudukan seketika. Itu bertahan sehingga ulang tayang semula menunjukkan bahawa rakan sepasukannya, Lois Openda telah mengawal bola dengan menggunakan tangan dengan sengaja.
Ketika proses VAR ditayangkan, peminat menyaksikan ada satu ‘meter’ yang tidak pernah dilihat sebelum ini terpapar di skrin. Dan ia merupakan bacaan ‘snickometer’ yang bertindak mengambil bunyi bola memukul tangan Openda semasa permainan.
Paparan tersebut menunjukkan terdapat lonjakan gelombang bunyi apabila bola melepasi lengan lelaki RB Leipzig, membuktikan bahawa bola telah membuat sentuhan. Elemen baharu ini menggunakan teknologi ‘bola bersambung’.
Ia melibatkan mikrocip diletakkan di dalam bola dan menggunakan penderiaan gerakan untuk merekodkan setiap sentuhan yang dibuat pada kelajuan 500 kali sesaat.
Teknologi seperti ini adalah sama dengan apa yang dilihat dan di dalam sukan kriket. Di mana ia digunakan untuk menilai sama ada sentuhan telah dibuat dengan pemukul sebelum sama ada mengenai pad semasa rayuan LBW atau ditangkap oleh salah seorang pemadang.
BUKAN KALI PERTAMA
Walau bagaimanapun ini bukan kali pertama teknologi itu digunakan dalam bola sepak, ia adalah satu-satunya contoh setakat ini di mana peminat dibenarkan melihatnya dalam tindakan sebagai sebahagian daripada seruan UEFA untuk menambah ketelusan lagi kepada penonton yang menonton di rumah.
Walaupun pada kejohanan EURO 2024 ini merupakan kali pertama peminat dapat melihat ‘snickometer’ di skrin TV, ia sebenarnya telah digunakan dengan cukup berjaya sepanjang Piala Dunia 2022 lalu.
Memetik laporan Guardian, penggunaan teknologi itu dipercayai telah membantu mempercepatkan proses membuat keputusan oleh VAR. Ia dengan mudah membantu mengenal pasti insiden yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Satu contoh seperti itu berlaku apabila Bruno Fernandes dikreditkan dengan gol pembukaan Portugal dalam perlawanan mereka menentang Uruguay.
Penyerang Cristiano Ronaldo cuba mengerling ke arah bola dan kelihatan mendapat sentuhan terakhir.
Terima kasih kepada sensor gerakan dalam bola, ia telah ditentukan bahawa penyerang Portugal itu tidak membuat sentuhan dengan bola, sesuatu yang kemudiannya dijelaskan oleh pengeluar bola Adidas.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat lelaki yang ingin tampil lebih bergaya dan dalam masa yang sama menonjolkan status, jam tangan merupakan aspek yang cukup penting.
Selain ia membawa simbol status, jam tangan dalam kategori luxury atau mewah juga merupakan satu peranti yang boleh menjadi harta warisan selama bergenerasi lamanya.
Terbaru, “ThinKing” sebuah jam tangan mekanikal ternipis di dunia diperkenalkan dengan ketebalan hanya 1.65 milimeter (mm) dan berat 13.3 gram.
Reka bentuk luar biasa
Jam Tangan “ThinKing” Sumber: Oddity Central
Direka oleh pembuat jam terkemuka dari Rusia, Konstantin Chaykin, ThinKing merupakan prototaip inovatif yang tampil dengan reka bentuk luar biasa.
Reka bentuk casingnya yang sangat halus menjadikan jam ini mudah terdedah kepada tekanan biasa semasa dipakai.
Untuk melindunginya, tali jam khas daripada kulit buaya dengan sisipan elastik dan titanium digunakan untuk menyerap hentakan serta tekanan semasa pemakaian.
Jam tangan ultra nipis ini sarat dengan pelbagai inovasi teknikal, termasuk barrel penggulungan yang ultra nipis dan sistem dwi-roda imbangan.
Lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika
Ketebalannya yang luar biasa juga mengatasi rekod sebelumnya dengan kelebihan 0.5 mm, menjadikan ia lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika.
Jam Tangan “ThinKing” Sumber: Oddity Central
Untuk mencapai kejayaan ini, Chaykin mengaplikasikan idea-idea radikal dalam reka bentuknya, termasuk menggantikan pemutar jam klasik dengan paparan jam dan minit melalui dua tingkap berasingan.
Meskipun lebih rapuh berbanding jam tangan biasa, ThinKing diperbuat daripada keluli tahan karat khas yang mampu menahan tekanan harian.
Tidak hairanlah jam ultra nipis ini bernilai tinggi, mengambil masa lama untuk dihasilkan dan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.
Namun, pengguna perlu memakainya dengan berhati-hati kerana ketipisannya membuatkan ia mudah rosak.
Suami bandingkan masakan isteri dengan ibu, buat isteri kecil hati. Setiap orang mempunyai air tangan tersendiri. Sedap atau tidak hanya orang merasai sahaja. Begitu juga dengan masakan isteri untuk diberikan kepada keluarga tidak akan sama dengan ibu sendiri atau mentua.