Mesti anda pernah alami renjatan eleketrik bila terpegang sesuatu benda. Seolah-olah badan mengalir renjatan elektrik sehingga anda cepat-cepat menarik tangan daripada menyentuh benda tersebut.

Situasi ini pasti membuatkan anda pelik kenapa tidak semua orang mengalami renjatan elektrik yang sama seperti anda.

Bagi menjawab persoalan ini, laman Facebook TheDiagnosa menerusi penulisan Dr Latif Saad berkongsi sebab-sebab kenapa ada sesetengah orang mengalami renjatan elektrik ini.

Dengan mengetahui punca-puncanya, mudahlah anda nak mengelak daripada mengalaminya lagi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA: Lelaki Jalan Laju Lebih 100 Langkah Seminit Miliki Jantung Kuat & Hidup 15-20 Tahun Lebih Panjang!

Kenapa aku selalu terkena renjatan elektrik berbanding orang lain?

Ada tak kawan-kawan anda yang selalu menghadapi masalah ini. Bila bersalaman sahaja, anda terkena renjatan elektrik daripada dia. Kadang-kadang anda pun terkejut melihat dia terjerit disebabkan terkena renjatan elektrik apabila pegang sesuatu benda.

Dan perkara ini berlaku pada sesetengah orang sahaja. Dia sahaja yang selalu terkena ataupun menghasilkan renjatan elektrik.

Sebenarnya diri penulis pun adalah salah seorang daripada orang tersebut. Pada waktu dahulu siap fikir bahawa penulis mempunyai kelebihan untuk menghasilkan elektrik sama macam watak ‘Storm’ dalam Filem X-men.

Ads

Tetapi bila dah besar ini, baru saya tahu kenapa seseorang itu lebih berisiko untuk menghasilkan renjatan berbanding orang lain.

Doktor Ini Kongsi 4 Punca Kenapa Badan Sesetengah Orang Ada Renjatan Elektrik!

Bagaimana perkara ini berlaku?

Pertamanya kita perlu faham berkenaan dengan elektrostatik. Elektrostatik disini bermaksud cas yang ada pada satu-satu objek itu berada dalam keadaan ‘statik’ ataupun tidak bergerak.

Tetapi apabila satu-satu bahan itu bergesel dengan satu bahan yang lain, ia akan menghasilkan ketidak seimbangan cas pada bahan yang bergesel tersebut. Jika bahan itu berlebihan cas negatif(iaitu terlebih elektron) maka ia akan cuba nyahcas dengan cara bergerak ke kawasan yang mempunyai cas positif yang lebih banyak.

Perkara ini adalah sama seperti eksperimen yang selalu dibuat waktu kita kecil iaitu dengan cara menggosok pembaris getah dengan menggunakan kertas. Kemudian, pembaris itu dilihat boleh menarik kertas ataupun objek lain untuk melekat pada pembaris tersebut.

Ads

Ini disebabkan ketidakseimbangan cas pada kedua-dua bahan tersebut menyebabkan mereka saling mendekati untuk menyeimbangkan cas mereka.

BACA: 10 Trik Nak Wajah Muda Dari Usia Sebenar, Antaranya Kena Kerap Berjalan Kaki!

Punca terjadinya renjatan elektrostatik

Kenapa sesetengah orang sahaja yang selalu menghasilkan renjatan elektrostatik ini. Jawapannya adalah disebabkan:

1. Cara mereka berjalan

Orang yang selalu berjalan dengan cara menyeret kasut mereka akan lebih berkemungkinan besar menghasilkan renjatan elektrostatik ini berbanding dengan orang lain.

2. Guna karpet polyester ataupun getah

Keadaan ini diterukkan lagi jika anda berjalan di lantai yang menggunakan karpet diperbuat daripada polyester ataupun getah. Sebab itu kebanyakan daripada kita akan menghasilkan renjatan ini apabila berada di dalam pejabat terutamanya yang menggunakan karpet diperbuat daripada polyester.

Ads

3. Jenis baju yang kita pakai

Ada juga sesetengah daripada kita tidak berjalan dengan cara menyeretkan kaki, tetapi masih juga menghasilkan renjatan elektrik ini. Ia mungkin disebabkan jenis baju yang kita pakai. Baju yang diperbuat daripada polyester akan meningkatkan risiko untuk menghasilkan renjatan ini berbanding dengan baju yang diperbuat daripada cotton.

4. Disebabkan suhu dan kelembapan yang rendah 

Kemudian suhu dan kelembapan juga memainkan peranan penting. Kawasan yang mempunyai suhu yang rendah akan menyebabkan kelembapan udara juga menjadi rendah. Ini menyebabkan elektron sukar untuk bergerak di dalam udara bagi melakukan nyahcas.

Sebab itulah di luar negara, keadaan renjatan elektrostatik ini akan meningkat ketika musim sejuk. Jika anda berada di dalam pejabat ataupun kawasan yang mempunyai penghawa dingin juga akan meningkatkan risiko untuk terkena renjatan ini.

Cara nak elakkan daripada terkena renjatan cas elektrostatik ini?

1. Kena ubah cara berjalan supaya kasut tidak menyeret ketika berjalan. Nak tahu kita ni suka jalan menyeret atau tidak mudah sahaja. Tengok tapak kasut kita, sudah nipis ataupun tidak. Jika sudah nipis, maksudnya kita suka jalan menyeret kaki.
2. Elakkan daripada menggunakan karpet di dalam pejabat.
3. Elakkan daripada menggunakan baju yang diperbuat daripada polyester

Kesimpulan

Kebolehan seseorang untuk menghasilkan renjatan elektrik adalah disebabkan kebiasaannya yang suka berjalan dengan menyeret kaki. Ia juga boleh disebabkan jenis pakaian yang anda pakai dan juga suhu dan kelembapan persekitaran. Oleh itu, jika mahu mengelakkan perkara ini, cuba elakkan berjalan dengan cara menyeret kaki anda.

Harap bermanfaat

Jangan lupa follow page facebook kami di TheDiagnosa

BACA: Cara Nak Setting Aplikasi Waze Dengan Betul, Elak Termasuk Jalan ‘Merepek’!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI