Medical photo created by jcomp - www.freepik.com

Suatu ketika dahulu penyakit dan serangan jantung hanyalah kita anggap sebagani penyakit bagi mereka yang telah lanjut usia dan tua. Namun dengan peredaran masa semakin ramai yang kini kurang menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakanan diet yang seimbang menyebabkan lebih ramai individu yang jauh lebih muda berdepan penyakit berisiko ini.

Kini semakin ramai orang muda terutamanya di kalangan lelaki yang berdepan risiko mendapat serangan jantung. Lebih menakutkan ramai yang sebenarnya tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit jantung. Disebabkan itulah ia juga dikenali sebagai ‘silent killer’ di kalangan warga muda berusia awal 30 hingga lewat 40-an.

Jaga-Jaga Dalam Tempoh Dua Waktu Ini, Cukup Kritikal Kerana Risiko Berlakunya Serangan Jantung
Background photo created by jcomp – www.freepik.com

Bagi anda yang berisiko seperti pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok, individu yang mengalami stres dan kurang tidur, pastikan anda peka dengan waktu-waktu paling kritikal sebagaimana yang pernah dikongsikan dikongsikan Public Health Malaysia ini.

Terdapart dua waktu kritikal yang perlu anda berikan perhatian. Ini kerana ia adalah waktu paling bahaya dan kritikal jika berlakunya serangan jantung atau strok. Mengapa dua waktu ini dianggap cukup kritikal? Ikuti perkongsian mereka di bawah!

———————————————————————————

Awal pagi dan waktu terakhir fasa tidur merupakan antara waktu yang paling BAHAYA dan kritikal sekiranya berlaku serangan jantung atau strok.

Ads

Pada waktu ini, hormon kortisol yang dirembeskan oleh kelenjal adrenal akan memuncak menyebabkan tekanan darah, paras gula dan degupan jantung bertambah laju.

Perkara ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan penyempitan saluran darah termasuk saluran darah di jantung.

PEMBENTUKAN KETULAN 

Ketika ini, platlet dan bahan yang merangsang proses pembentukan ketulan darah juga masih terenap di dinding saluran darah menyebabkan pembentukan ketulan darah beku mudah berlaku.

Ads

Risiko meningkat berganda bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok dan individu yang mengalami stress serta kurang tidur.

SEKIRANYA ANDA ATAU SESIAPA ALAMI GEJALA SERANGAN JANTUNG PADA WAKTU KRITIKAL INI, DAPATKAN RAWATAN SEGERA. BAGI PESAKIT KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI, PASTIKAN TEKANAN DARAH TERKAWAL PADA WAKTU KRITIKAL INI.

Ads

Owh ya, tanyalah mana-mana doktor jantung sekarang. Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua sahaja. Kita sudah mula mendengar, serangan jantung berlaku pada seawal umur 20-an, dan menjadi lebih kerap pada umur 30-an.

————————————————————————

Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Jaga kesihatan, selalu bersenam dan makanlah dengan sihat. Nescaya penyakit jantung akan menjauhi anda. Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN!

https://www.youtube.com/watch?v=S-TrBQo0XEE

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI