Pelakon Intan Ladyana yang baru melahirkan bayi keduanya sempat berkongsikan satu hantaran yang mengundang tumpuan ramai.
Apa tidaknya, keprihatinan suaminya Harris Alif yang menjaganya dipuji warga maya
Seperti yang diketahui umum, Harris berusia lebih muda daripada isteri. Namun, ramai kagum melihat beliau menjaga dan menguruskan Intan yang sedang dalam tempoh berpantang.
Harris atau nama penuhnya Nor Harris Alif Nor Rashidi tidak menjadikan perbezaan usia 17 tahun antara mereka menjadi penghalang buatnya menguruskan keperluan anak dan isteri.
Menerusi laman Instagram miliknya, Intan berterima kasih buat suami kesayangannya itu yang menjaganya dengan baik.
Daripada penjagaan ibu dan bayi serta anak sulung mereka, menguruskan rumah termasuklah mengemas, sehinggalah kepada menyediakan hidangan buat permaisuri hatinya itu.
“Alhamdulillah, thank you sayang @harrisalif. Always with @breakoat @inayahbeautytrading ni, lagi lagi time berpantang, boleh bantu Intan boost energy, boostkan susu badan.
“Paling penting boleh bantu untuk turunkan berat badan intan lepas bersalin ni,” tulisya dalam kapsyen.
Perkongsian tersebut meraih pujian warga maya yang mana rata-rata menyifatkan Haris bersikap lebih matang berbanding usianya.
Tidak kurang juga yang melemparkan pujian betapa bertuahnya Intan dikurniakan seorang suami sebegitu.
Sumber: Sinar Plus
BACA: Pempengaruh Kecergasan Tegur Kandungan Jenaka Isteri Kurang Ajar, Suami Lembik