
Malaysia bakal menerima lawatan rasmi daripada Presiden China, Xi Jinping bermula 15 hingga 17 April 2025. Lawatan ini merupakan satu kunjungan penting yang mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China.
Ia merangkumi pelbagai aspek penting seperti diplomatik, ekonomi dan pelaburan strategik.
Bagi memastikan kelancaran pergerakan delegasi rasmi sepanjang lawatan ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bakal melaksanakan penutupan jalan dan lencongan trafik secara berperingkat di beberapa laluan utama.
Perkara ini dikongsikan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM menerusi satu kenyataan di laman media sosial Facebook. Pemberitahuan ini bertujuan memastikan pengguna jalan raya lebih peka akan penutupan sementara secara berjadual ini.
Maklumat Penting Penutupan Laluan
Sebanyak 17 laluan utama akan terlibat dalam penutupan penuh atau lencongan jalan.
Penutupan ini akan dilaksanakan dalam jangka masa 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi.
- Semua laluan akan dibuka semula selepas konvoi rasmi melalui kawasan yang terlibat.

Anggota Bertugas
Seramai 378 anggota polis termasuk pegawai kanan dan pegawai rendah akan ditugaskan sepanjang tempoh tersebut.
Tugas utama termasuk mengiringi pergerakan kenamaan, kawalan lalu lintas serta penguatkuasaan undang-undang jalan raya.
Jadual & Laluan Terlibat
15 APRIL 2025 (SELASA) | JAM 6.00 PETANG
Lebuh KLIA
Lebuhraya ELITE
Lingkaran Putrajaya
Lebuhraya Putrajaya – Dengkil
Persiaran Selatan
Lebuh Gemilang
Jalan P5
16 APRIL 2025 (RABU) | JAM 9.30 PAGI
Jalan P5, Lebuh Gemilang, Persiaran Selatan
Lebuhraya Putrajaya – Dengkil
Lingkaran Putrajaya
Lebuhraya MEX, KESAS, SPE, SUKE, NPE
Smart Tunnel
Lebuhraya KL–Seremban
Jalan Istana, Jalan Damansara
Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Iskandar
16 APRIL 2025 (RABU) | JAM 12.30 TENGAHARI
Semua laluan di atas termasuk:
Lebuh Sentosa
Lebuh Perdana Barat
16 APRIL 2025 (RABU) | JAM 4.10 PETANG
Jalan P5
Lebuh Gemilang
Jalan Tunku Abdul Rahman
Lebuh Sentosa
Lebuh Perdana Barat
Persiaran Seri Perdana
16 APRIL 2025 (RABU) | JAM 6.30 PETANG
Persiaran Seri Perdana
Lebuh Perdana Barat
Lebuh Sentosa
Jalan Tunku Abdul Rahman
Lebuh Gemilang
Jalan P5
17 APRIL 2025 (KHAMIS) | JAM 8.50 PAGI
Jalan P5
Lebuh Gemilang
Persiaran Selatan
Lebuhraya Putrajaya – Dengkil
Lingkaran Putrajaya
Lebuhraya ELITE
Lebuh KLIA
BACA: Tip Jaga Rambut Panjang Dengan Betul, Agar Tak Kering & Bercabang
Saranan Kepada Pengguna Jalan Raya
Menerusi Pihak PDRM menasihati semua pengguna jalan raya agar:
Mengelakkan laluan-laluan yang dinyatakan sepanjang tarikh dan waktu yang dimaklumkan.
Merancang semula perjalanan lebih awal untuk mengelakkan kelewatan.
Sentiasa patuhi arahan anggota trafik yang bertugas di lapangan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan semua pihak.

Tip Mengelak Kesesakan:
Gunakan aplikasi navigasi waktu nyata seperti Google Maps atau Waze untuk menyemak laluan alternatif.
Elakkan waktu puncak seperti pagi dan petang sepanjang 15 hingga 17 April 2025.
Jika tiada keperluan mendesak, pertimbangkan untuk menangguhkan perjalanan melalui laluan yang terlibat.
Dengan kerjasama semua pihak, operasi pengawalan trafik sempena lawatan rasmi ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan terkawal.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI