Betapa pentingnya seorang ayah untuk menjadi contoh terbaik untuk anak. Sentiasa ada di sisi anak lelaki mahupun perempuan, dalam susah mahupun senang.
Ustazah Asma Harun pernah merasai sakitnya kemurungan. Dan arwah ayahlah yang sentiasa ada, mendorong, memujuk, malah memberikan jalan hikmah yang akhirnya membantu membebaskan dirinya daripada belenggu keletihan.
RINDU YANG TIDAK KESAMPAIAN
Dalam riuh rendah orang sekeliling, selalu sahaja hati ini tiba-tiba rasa sunyi sepi sayu, halus sahaja rasa tu tapi menghiris-hiris. Air mata laju tidak terbendung. Rindu yang sangat dalam.
Saat saya rasa lemah, sedih, sakit, sempit dalam melalui jalan dakwah ini, saya cuba pejamkan mata dan bayangkan wajah lembut dan kata² arwah ayah. Rindu suara ayah. Ayah baru sahaja pergi tahun lepas.
Masih jelas dalam ingatan, satu ketika saya dah nekad nak berhenti daripada teruskan master, rasa dah tak boleh nak siapkan thesis. Waktu itu juga ujian bertalu-talu, dihimpit dengan tekanan di tempat kerja (belajar dan kerja sepenuh masa), mengandung kali ke 7 dan keguguran (dr. kata kandungan terhenti pembesaran mungkin terlalu stress), tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, jadual kuliyah dan ceramah, masalah kewangan dan lain-lain. Ketika itu saya rasai sakitnya kemurungan.
Dalam tempoh dua tahun, selalu mengunci diri masuk bilik bila due date assignment dan exam, walaupun orang kata ustazah buat cincai je asal lulus sudah, tapi sudah terbiasa mesti mujahadah dalam belajar, target mesti A dan 3.8 ke atas, di situ ada nikmatnya.
Selalu Juga Kalah Pujuk Rayu Anak
Paling sedih bila anak kecil duk ketuk-ketuk pintu menangis sebab nak kita, macam-macam alasan mereka bagi, nak bagi beg la, nak tunjuk sesuatu la, selalu juga kalah pujuk rayu anak. Suamilah yang banyak berkorban. Banyak sangat. Moga Allah berkatimu.
Ads
Arwah ayah selalu telefon tanya khabar dan bagi semangat supaya habiskan belajar. Satu ketika saya telefon ayah bagitahu perlu berhenti kerana keadaan saya dah teruk dari sudut emosi, fizikal dan mental. Ayah terdiam seribu bahasa. Saya tahu ayah sangat sedih.
Tak lama lepas tu ayah telefon, Ayah kata..
“Asma’, cuba lihat orang bukan Islam yang bersungguh belajar hingga PhD untuk dapat habuan dunia, kita ni belajar untuk dunia dan akhirat, tak cukupkah SYURGA ALLAH sebagai pengubat segala sakitnya ujian tu, betulkan niat Asma’, buat kerana Allah”.
AllahuAkbar, ketika itu saya terduduk hanya mampu menangis sahaja. Teresak-esok. Saya ditegur lembut oleh ayah, saya nak siapkan master sebab nak kejar pengiktirafan manusia atau kerana mendalami ilmu kerana cari redha Allah, untuk perbaiki diri yang serba lemah.
Ads
Jika kerana manusia, maka kita sentiasa akan diuji dengan manusia. Jika kerana Allah, Dia sentiasa ada dalam hati, dalam langkah dan jatuh bangun kita.
Betul-betul Merayu Minta Tolong Dengan Allah
Saat itu ditikar sejadah memohon ampun pada Allah, kerana lemah menjaga niat, meletakkan tujuan dunia itu lebih besar daripada akhirat. Betul-betul merayu minta tolong dengan Allah, tunjukkan jalan, bukakan kekusutan dan leraikan belenggu yang mengikat.
AllahuAkbar, Dia ya Saami’ Maha Mendengar, Dialah ya Qaarib Yang Maha dekat. Tekanan demi tekanan rupanya laluan untuk merasakan nikmatnya kalimah,
لا حولا ولا قوة الا بالله
Ads
AllahuAkbar, Allah buka satu persatu jalan keluar setiap kesulitan, kesempitan dan kesakitan. MasyaAllah Maha Baik Allah ya Barr, rupanya Allah tidak membiarkan saya selesai pengajian sebelum jelas akan niat dan tujuan. Itulah Tarbiyyah Allah kepada hambanya yang lalai. Fahami dan yakinlah Allah ya Rahman ya Rahim sentiasa sayang kita.
Ayah, duhai ayah. Tak mampu nak tuliskan kebaikan ayah. Peringkat awal saya mula langkah untuk berdakwah, ayah lah yang sanggup bersusah payah membaca dan mencatatkan nota, lalu telefon menjadi perantaraan kami hingga berjam-jam.
Ayah akan tanya esok ceramah dimana dan tajuk apa, Ayah akan berikan isi penting dan dalil yang berkaitan. Ayah selalu tegaskan, hafal dalil Quran, Hadis dan Sirah, jangan cakap kosong, semua kena semak dulu, nak sampaikan ilmu buat betul-betul.
Jadilah lelaki Terbaik Buat Anak Anda..
Selesai ceramah ayah telefon lagi, bertanya bagaimana ceramah tadi. Seringkali saya cakap nak berhenti, malu sangat sebab penyampaian yang teruk, gugup sampai hilang habis isi, suara pun terketar-ketar. Tiap kali itu Ayahlah yang tidak henti beri semangat. Ayah tak pernah hilang percaya walau anaknya sendiri tak yakin lagi. Ayah duhai ayah. Tak mampu lagi catatan ini diteruskan..
Coretan ini buat semua ayah di dunia, jadilah lelaki yang terbaik buat anak anda. Sekali anda menjadi seorang ayah, iya adalah untuk dunia dan akhirat. Andalah tokoh paling penting dalam hidup anak, jadilah contoh yang terbaik, anda akan sentiasa hidup walau telah pergi.
Rindu bertamu menguatkan lagi rasa ingin bertemu, moga di Syurga Allah tempat kita semua kembali bersatu, insyaAllah.
Tidak dinafikan aura keluarga diraja terus menarik perhatian global dengan pengaruh mereka merentasi politik, budaya, dan ekonomi. Dalam kalangan mereka, putera mahkota memegang peranan penting sebagai pewaris takhta, yang bakal mewarisi legasi dinasti mereka.
Kali ini, MASKULIN ingin kongsikan tentang 10 putera mahkota yang paling terkenal dan terkaya di seluruh dunia.
1. Putera Mahkota Mohammed bin Salman (Arab Saudi)
Foto: Reuters
Keluarga Diraja: House of Saud
Kekayaan Bersih: Dianggarkan sebanyak $1.4 trilion (sebahagian daripada jumlah kekayaan keluarga diraja Saudi)
Kepentingan: Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) merupakan salah seorang pemimpin paling berpengaruh di Timur Tengah. Sebagai pemimpin de facto Arab Saudi, beliau mengetuai reformasi politik, ekonomi, dan sosial utama di bawah rancangan “Vision 2030,” yang bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang bergantung kepada minyak. MBS juga dikenali dengan dasar-dasarnya yang kontroversi, termasuk penglibatannya dalam konflik di Yaman dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018.
2. Putera Mahkota Frederik (Denmark)
Foto: AP
Keluarga Diraja: House of Glücksburg
Kekayaan Bersih: Dianggarkan sebanyak $50 juta
Kepentingan: Sebagai pewaris takhta Denmark, Putera Mahkota Frederik dikagumi kerana pendekatan modennya terhadap monarki. Beliau seorang atlet yang cemerlang dan pernah menyertai triathlon Ironman, serta menjadi penaung bagi pelbagai organisasi kebajikan. Perkahwinannya dengan Puteri Mary yang berasal dari Australia turut menambah tarikan antarabangsa kepada keluarga diraja Denmark.
3. Putera Mahkota Hussein (Jordan)
Keluarga Diraja: Dinasti Hashemite
Kekayaan Bersih: Dianggarkan sebanyak $1.5 bilion
Kepentingan: Putera Mahkota Hussein dari Jordan dilihat sebagai simbol masa depan negara. Anak kepada Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania, Hussein menerima pendidikan di Universiti Georgetown dan Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Beliau terlibat dalam pelbagai inisiatif belia dan menyokong pendidikan, teknologi, dan inovasi di Jordan dan dunia Arab. Kehadirannya yang aktif di media sosial turut meningkatkan profil globalnya.
4. Sheikh Hamdan bin Mohammed Al Maktoum (Dubai)
Keluarga Diraja: Al Maktoum
Kekayaan Bersih: Dianggarkan sebanyak $400 juta
Kepentingan: Dikenali dengan gelaran “Fazza,” Sheikh Hamdan merupakan Putera Mahkota Dubai, sebuah emirat utama dalam UAE. Dengan imej awamnya yang tajam, usaha dermawannya, dan minatnya terhadap sukan lasak, beliau telah mengumpul pengikut yang besar di media sosial. Sheikh Hamdan juga terlibat dalam pentadbiran Dubai, memainkan peranan penting dalam kemajuan teknologi, budaya, dan perniagaan bandar ini.
5. Putera Mahkota Haakon (Norway)
Keluarga Diraja: House of Glücksburg
Kekayaan Bersih: Dianggarkan sebanyak $40 juta
Kepentingan: Putera Mahkota Haakon dari Norway dihormati kerana tumpuannya terhadap usaha kemanusiaan, perubahan iklim, dan kesaksamaan sosial. Putera mahkota Norway ini juga berkhidmat sebagai duta kehormat untuk Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP). Perkahwinannya dengan Mette-Marit, seorang rakyat biasa dengan masa lalu yang kontroversi, pada mulanya mencetuskan perdebatan tetapi akhirnya memperbaharui imej moden monarki Norway.
6. Putera Mahkota Moulay Hassan (Maghribi)
Keluarga Diraja: Dinasti Alaouite
Kekayaan Bersih: Dianggarkan sebanyak $5.7 bilion
Kepentingan: Sebagai anak sulung kepada Raja Mohammed VI dari Maghribi, Putera Mahkota Moulay Hassan bersedia untuk memimpin salah satu monarki yang paling kaya dan stabil di Afrika. Beliau telah mula mengambil bahagian dalam diplomasi peringkat tinggi dan merupakan tokoh penting dalam masyarakat Maghribi, mewakili masa depan keluarga diraja Maghribi.
7. Putera Mahkota Dipangkorn Rasmijoti (Thailand)
Keluarga Diraja: Dinasti Chakri
Kekayaan Bersih: Dianggarkan sebanyak $30-$60 bilion (sebahagian daripada aset keluarga diraja)
Kepentingan: Putera Mahkota Dipangkorn merupakan anak kepada Raja Maha Vajiralongkorn dari Thailand, seorang raja yang terkenal dengan kekayaan peribadinya yang besar. Dipangkorn sedang menerima pendidikan di luar negara dan jarang dilihat di khalayak ramai, tetapi beliau dijangka mewarisi kekayaan yang besar dan kepimpinan keluarga diraja Thailand, salah satu yang terkaya di dunia.
8. Putera Mahkota Alois (Liechtenstein)
Keluarga Diraja: House of Liechtenstein
Kekayaan Bersih: Dianggarkan sebanyak $3.5 bilion
Kepentingan: Putera Mahkota Alois dari Liechtenstein bertindak sebagai bupati untuk bapanya, Putera Hans-Adam II, dalam mentadbir salah satu negara terkecil tetapi paling kaya di dunia. Kekayaan keluarganya datang dari empayar perbankan peribadi mereka dan pelaburan meluas dalam hartanah. Putera Alois sangat terlibat dalam pentadbiran negara dan diplomasi antarabangsa.
Kepentingan: Walaupun masih kanak-kanak, Putera Jacques sudah menjadi tokoh yang terkenal sebagai pewaris keluarga Grimaldi dari Monaco. Peranannya di masa depan penting untuk kestabilan Monaco, sebuah principality kecil tetapi sangat kaya yang terkenal dengan kehidupan mewah, kasino, dan status bebas cukainya. Dilahirkan kepada Putera Albert II dan Puteri Charlene, Jacques mewakili masa depan keluarga diraja yang glamor ini.
10. Putera Christian (Denmark)
Keluarga Diraja: House of Glücksburg
Kekayaan Bersih: Dianggarkan sebanyak $50 juta (dikongsi dengan keluarga diraja Denmark)
Kepentingan: Sebagai anak sulung kepada Putera Mahkota Frederik dan Puteri Mahkota Mary, Putera Christian merupakan pewaris kedua takhta Denmark. Walaupun masih muda, Christian sudah menjadi tokoh awam yang terkenal di Denmark, sering menghadiri acara-acara negara dan majlis diraja bersama ibu bapanya. Beliau mewakili generasi seterusnya dalam monarki Denmark, menjanjikan kesinambungan untuk salah satu rumah diraja tertua di Eropah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Tinju ini bukan sekadar sukan. Tinju ini merupakan kehidupan,” demikian kata-kata petinju yang bergelar juara Light Heavyweight WBC Asian Continental, Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali sebagai Adli Goldenboy.
Jejaka yang berasal dari Johor ini sememangnya aktif dalam aktiviti sukan sejak di bangku sekolah lagi, namun hanya menemui minat dalam sukan tinju ketika berusia 15 tahun.
Pada mulanya, Adli menyertai kelab tinju atas dasar suka-suka kerana kagum dengan susuk tubuh yang dimiliki oleh petinju-petinju profesional.
Siapa sangka, penyertaannya itu mencuri perhatian jurulatih yang menyedari ternyata Adli mempunyai potensi yang boleh dicungkil.
Ibu Bapa Menentang 100%
Namun untuk terus terjun ke sukan itu bukan semudah itu memandangkan Adli masih bersekolah.
Seperti kebanyakan orang, Adli juga mempunyai ibu bapa yang mempunyai pendirian tegas terhadap pelajaran.
Menurut Adli, ibu bapanya menentang keras hasratnya itu, apatah lagi Adli sememangnya banyak ketinggalan pelajaran gara-gara aktiviti sukan.
Lebih-lebih lagi, Adli dikelilingi oleh saudara-mara sebayanya yang cemerlang dalam pelajaran.
“Pada waktu itu ayah memang marah. Tapi bila saya menang satu pertandingan tinju pada usia saya 18 tahun, ibarat hidup saya berubah 360 darjah,” ceritanya ketika ditemu bual MASKULIN.
Selepas kemenangan itu, Adli menerima tawaran memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan turut menerima elaun dari Majlis Sukan Negeri.
Katanya, perkara itu sedikti sebanyak meringankan beban keluarga yang akhirnya menyokong minat Adli itu.
Kemenangan Diumum, Mulut Pembuli Terkunci
Apa yang membuatkan Adli mempunyai keazaman tinggi untuk mempelajari tinju ialah kerana pengalaman pahitnya sebagai mangsa buli di sekolah.
Ujar Adli, dia tekad mahu mempunyai kebolehan mempertahankan diri kerana enggan menjadi sasaran pembuli lagi.
Dia juga masih ingat saat kemenangannya dalam pertandingan tinju peringkat negeri diumumkan di sekolah.
Katanya, pengumuman itu membuatkan banyak mulut terkunci kerana terkejut, termasuklah pembulinya.
“Pada ketika itu saya mula peroleh rasa hormat. Jadi saya mula minat dan cinta sukan itu, di mana saya mencapai matlamat saya iaitu tidak mahu dibuli di sekolah”.
Hampir Bersara Pada 2017
Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 menjadi salah satu detik hitam dalam sejarah kerjaya sukan Adli, sehingga dia hampir mahu bersara pada tahun itu.
Bercerita kepada MASKULIN, Adli tewas dalam masa 30 saat ketika berentap dengan petinju dari Filipina, John Marvin di peringkat akhir.
Foto: Pertarungan Adli Hafidz dengan petinju Filipina, John Marvin di peringkat akhir Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 (Sumber: Khmer Times).
Ketika itu, pengadil menghentikan pertarungan disebabkan Adli tidak stabil akibat ditumbuk pihak lawan dalam keadaan tidak bersedia.
Kekalahannya di temasya itu membuatkannya menerima kritikan teruk sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.
“Saya tidak lihat komen-komen tersebut sehingga ke hari ini. Waktu itu ibarat dunia saya gelap sekejap.
“Terus terang cakap, memang saya tak boleh terima pada masa itu. Saya dah ambil keputusan mahu bersara pada waktu itu,” katanya.
Bagaimanapun, hasrat itu terbantut tatkala Adli melihat betapa besarnya sokongan dari keluarga dan ibu bapa yang enggan meilhatnya berputus asa.
Adli akur, lalu mengambil tempoh kira-kira setahun untuk memulihkan semangatnya dan bangkit bertarung semula di gelanggang.
“Sehingga hari ini Alhamdulillah, saya telah berjaya membawa balik lima kejuaraan. 13 kemenangan, satu tewas hasil daripada kekecawaan saya tujuh tahun lalu itu”.
Beri Kemenangan Pada Isteri, Hanya Mahu Tunai Hasrat Masa Kecil
Selain ibunya, Adli memberitahu yang isterinya merupakan insan yang banyak berkorban dalam menyokong kerjaya sukannya.
Adli terkenang saat dia tidak dapat bersama isterinya yang sedang mengandung tiga bulan kerana perlu menjalani latihan selama empat bulan di Kazakhstan.
Sepanjang tempoh itu, isterinya perlu berdikari menguruskan keperluan diri termasuklah menghadiri janji temu pemeriksaan doktor.
“Apa yang saya janjikan dekat dia, apabila saya pulang dengan kejayaan, kejayaan itu 100 peratus saya beri kepada dia
“Saya tidak ambil satu pun. Ini sekadar amanah merealisasikan impian masa kacil saya untuk mewakili negara,” kongsinya lagi.
Sehingga ke hari ini, isterinya sentiasa teruja menantikan pertarungan yang akan disertai Adli.
Definisi kacak atau hensem adalah sesuatu yang subjektif dan sangat luas pengertiannya. Namun dengan arus kemodenan sains, wajah-wajah lelaki kacak dunia pada masa kini boleh diukur.
10 Lelaki Paling Kacak Menurut Sains, Paling Sempurna Secara Matematik!
Pakar bedah kosmetik Dr Julian De Silva dari United Kingdom berkongsi senarai 10 selebriti popular yang telah dianalisis. Ia mengambil kira bentuk muka yang sempurna, termasuk saiz dan kedudukan bibir, hidung, dagu dan garis rahang.
Golden Ratio digunakan Yunani purba, menggunakan nisbah 1.618 merujuk kepada formula perkadaran yang telah dikatakan untuk mengenal pasti wajah yang paling sempurna secara matematik.
Ini 10 lelaki terkacak yang mempunyai raut wajah yang hampir sepadan dengan nisbah ideal.
1. Simon Basset
REGÉ-JEAN PAGE/INSTAGRAM Via BBc
Simon Basset, pelakon pelakon Britain berusia 34 tahun yang terkenal dalam siri Netflix yang terkenal, Duke of Hastings memperolehi peratusan paling tinggi iaitu 93.65 peratus.
2. Chris Hemsworth
Photo: Mark Metcalfe/Getty Images for Disney
De Silva menulis bahawa berada di tempat kedua dengan ketepatan 93.53 peratus adalah milik pelakon Thor, Chris Hemsworth.
3. Michael B. Jordan
Di tempat ketiga ialah pelakon Black Panther, Michael Bakari Jordan di tempat ketiga dengan ketepatan 93.46 peratus.
4. Harry Styles
Penyanyi Harry Styles menduduki tempat keempat paling kacak di dunia, dengan 92.30 peratus.
5. Jude Bellingham
De Silva berkongsi tempat kelima ialah pemain sensasi bola sepak Piala Dunia England, Jude Bellingham, 19 , yang memperolehi 92.22 peratus.
6. Robert Pattinson
Bintang Twilight, Robert Pattinson menduduki tempat keenam dengan 92.15 peratus.
7. Chris Evans
Captain America, Chris Evans lelaki ketujuh paling tampan di dunia dengan markah 91.9 peratus dalam penilaian Golden Ratio.
8. George Clooney
Usia bukan halangan. Paling matang dalam senarai, analisis wajah Clooney, 61, ialah 89.9 peratus.
9. Henry Golding
Pelakon Malaysia, Henry Golding beroleh analisis wajah 87.98 peratus. Hos TV kacukan Iban dan British itu satu-satunya lelaki dari Asia di dalam senarai De Silva.
10. Dwayne Johnson
Bintang filem aksi, Dwayne Johnson atau dikenali dengan nama The Rock tersenarai pada tempat ke-10 dengan ketusan analisis 86.07 peratus.
Menurut Dr Silva, teknik pemetaan komputer itu membantu perancangan para pesakit yang ingin membuat pembedahan kosmetik. Canggih betul, wajah pun boleh dikira dengan formula matematik.