Jadikan Makanan Ini Sebagai Rutin Untuk Elak Masalah GERD
Foto: wayhomestudio - www.freepik.com

Rasa pedih hulu hati atau masalah GERD (Gastroesofagus Refluks Disease) yang juga dikenali sebagai Asid Refluks merupakan keadaan yang mana asid di dalam perut akan mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus.

Apabila keadaan ini berlaku, anda akan mengalami rasa tidak selesa di bahagian perut. Jika rasa sakit ini tidak dirawat dengan segera, masalah GERD ini boleh menjadi bertambah teruk.

Artikel berkaitan: Kalau Anda Tahu Manfaat Bangkit Tubi Untuk Perut, Mesti Ramai Suka Buat!

Artikel berkaitan: Minuman Sihat Yang Elok Diamalkan Ketika Berdiet & Buat Perut Cepat Kenyang

Tanda atau gejala GERD

1. Pedih hulu hati
2. Kerap sendawa
3. Kerap buang angin
4. Muntah-muntah
5. Masalah untuk menelan
6. Batuk yang kronik

Makanan yang boleh mencetuskan GERD

Jadikan Makanan Ini Sebagai Rutin Untuk Elak Masalah GERD

Ads

1. Kopi
2. Tomato
3. Buah dan jus buah sitrus (limau)
4. Bawang merah
5. Pudina
6. Makanan pedas
7. Makanan bergoreng
8. Minuman berkarbonat

Gelisah. Tekak rasa penuh dan sukar nak telan. Perut rasa panas. Sentiasa sendawa dan angin. Makan apa pun tak hilangkan gejala ini. Sampai nak tidur malam ini pun tidak susah.

Ini adalah gejala biasa GERD (reflux asid perut). Orang yang badan berisi atau mengandung sering terkena. Yang suka makan lewat malam pun sama.

Ads

Yang sudah biasa, ubat gastrik reflux memang ada di dalam peti ais. Namun ada juga yang tidak menyediakan stok sendiri. Nak pergi beli ubat gastrik pula kedai jauh dan dah tutup malam-malam ini. Macam mana nak cegah dan atasinya?

Ubahlah diet anda.

Kami senaraikan beberapa makanan yang membantu dalam mengatasi masalah GERD anda. Simpan gambar ini. Jadikan rutin dalam makanan anda selepas ini.

Ads

Makanan melawan GERD

Jadikan Makanan Ini Sebagai Rutin Untuk Elak Masalah GERD

1) Dada ayam – kalau boleh panggang.
2) Air putih – air gula tak bagus untuk GERD.
3) Teh halia – Minum kopi dan teh lain banyak caffien. Tak bagus untuk GERD.
4) Tembikai – buah yang kurang berasid. Jangan gatal makan oren.
5) Nasi perang – nasi yang lebih lama untuk dicerna. Bagus untuk GERD.
6) Oat – sarapan yang bagus. Penuh perut dan tahan lama.
7) Kentang – panggang atau bakar. Jangan goreng dengan bawang tau. Boleh menyebabkan lagi teruk gastrik.
8. Minyak zaitun – Makanan berminyak akan buat gerd semakin teruk. Tapi kalau nak yang lebih lembut, cuba masak menggunakan minyak zaitun.
9) Sayur salad – Sangat baik. Kurang angin.
10) Sayur adas (fennel) – Boleh melegakan sakit gerd sebab kurang berasid.

Semoga apa yang kami senaraikan membantu anda dalam menangani masalah GERD. Namun jika ianya masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI