Jadikan 1 Ramadan Ini Bulan Untuk Stop Merokok, Kalau Simpan Dapat RM450 Sebulan!

Share

Perokok tegar harus menjadikan bulan Ramadan sebagai titik permulaan untuk mengubah aktiviti yang tidak sihat kepada kehidupan yang lebih berkualiti.

Kata seorang kawan yang tidak gemarkan rokok seludup, dia terpaksa berbelanja RM15 sehari untuk membeli sekotak rokok.

Kalau sebulan, nilainya mencecah RM450 dan jumlah itu sudah tentu agak besar untuk berbelanja atau membayar hutang apatah lagi membeli keperluan raya.

Jadi, tak salah jadikan 1 Ramadan sebagai target untuk stop rokok dan belajar menyimpan duit untuk bulan-bulan seterusnya.

Macam mana nak hentikan ketagihan merokok ni? Berdasarkan info yang Maskulin terima, mungkin anda boleh amalkan :

1. Susu

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa susu sebenarnya dapat membantu anda untuk berhenti merokok. Pengambilan susu sebelum merokok akan membuatkan anda hilang selera untuk merokok. Selain susu, mereka yang ketagih kepada nikotin juga boleh mengamalkan produk tenusu lain seperti yogurt atau keju.

2. Vitamin C

Merokok dengan kerap akan menyebabkan anda kehilangan banyak vitamin di dalam badan, sedangkan ianya amat penting untuk kesihatan. Bagi anda yang ingin berhenti merokok, disarankan untuk mengamalkan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Contoh buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah lemon, oren, strawberi dan jambu batu.

3. Halia

Halia ini sememangnya berkesan untuk membuatkan anda lupa kepada rokok. Caranya adalah dengan menghiris halia dan campurkan ke dalam teh panas. Percayalah, ianya amat berkesan untuk memotong selera anda merokok.

Published by
Akyem Samad