Nama J Balvin cukup besar dalam industri muzik dan juga fesyen terutama bagi peminat muzik Latin. Dia yang turut digelar sebagai ‘Prince of Reggaeton’ merupakan antara artis papan atas yang paling popular dalam industri muzik Latin.
Dengan populariti yang dimiliki olehnya maka tidak hairanlah banyak jenama yang berlumba-lumba ingin berkolaborasi bersamanya. Sebelum ini beliau pernah melakukan kolaborasi bersama Takashi Murakami, Jordan Brand dan malahan Deepak Chopra.
Terbaru, J dia dikatakan bakal berkolaborasi dengan jenama makanan ringan global, McDonald’s. Ia merupakan kolaborasi terkini yang dijayakan McDonald’s selepas projek hampir sama bersama Travis Scott telah tular dan mendapat sambutan yang luar biasa.
Untuk kolaborasi kali ini, McDonald’s merekrut J Balvin untuk memberikan ideanya dengan mencipta ‘signature servings’. Baginya menu pilihan ialah Big Mac yang datang tanpa pickles, kentang goreng bersaiz medium dan Oreo McFlurry sebagai pelengkap menunya.
Selain itu, kolaborasi ini turut menyaksikan beberapa barangan eksklusif dikeluarkan bersama. Set istimewa J Balvin ini akan mula berada di pasaran Amerika Syarikat bermula pada 5 Oktober 2020.
Buat anda yang ingin mencari produk penjagaan diri lelaki pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini!