Di akhir Ramadan dan tinggal beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sudah semestinya pada ketika ini masing-masing sudah mula sibuk membuat persiapan.
Dalam membuat persiapan raya, pasti ada perkara yang kita terlupa untuk buat seperti menukar duit raya kepada jumlah tertentu kerana kekangan masa untuk ke bank dan sebagainya.
Apatah lagi dalam kesibukan harian sudah pasti ada yang mengupah pihak tertentu seperti khidmat orang perseorangan bagi menukar wang-wang not besar di bank untuk dijadikan sebagai duit raya.
Namun, hati-hati dan perlu diambil serius berkenaan dengan isu penukaran duit raya supaya tidak terjerumus dalam kancah riba. Ini kerana, terdapat sebahagian individu menggunakan peluang tersebut sebagai taktik menambah pendapatan tanpa mungkin menyedari kaedah itu boleh menjurus ke arah riba.
Bercakap soal itu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus melalui sedutan ceramahnya di TikTok menegaskan bahawa hukum mengenakan upah bagi penukaran duit adalah haram.
“Kita bagi duit RM100 sekeping nak tukar kepada duit RM1 dengan jumlah 100, hendaklah orang yang kita tukar tu beri kita duit RM1 dengan jumlah 100 juga. Kalau dia beri kita RM98 sahaja sebab upah RM2, haram.
@soaljawabagama Ambil Upah Tukar Duit Raya….. #tukarduitraya #fypage #tiktok #tiktokviral #tiktoknews #ilmuagama #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #ustazazharidrus💯 #ustazazharidrus💯 #ustazazharidrus_fanss #ustazazharidrusfans ♬ bunyi asal – SOAL JAWAB AGAMA
“Itu riba namanya. Kerana kalau tukar, nilai mesti sama,” katanya mengulas mengenai hukum mengambil upah menukar duit.
Sementara itu, Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam, Ustaz Lokmanulhakim Hussain berkata, disebabkan pertukaran duit raya melibatkan item ribawi iaitu wang kertas dan melibatkan dua item yang sama iaitu ringgit ditukar dengan ringgit, maka proses tersebut perlu menepati dua syarat:
1. Penyerahan duit terpakai dengan duit baharu berlaku dalam satu sesi/majlis tanpa penangguhan. Jika ada penangguhan maka berlaku riba nasa’.
2. Pertukaran hendaklah dengan kadar yang sama, tanpa ada lebihan. Jika ada lebihan maka berlaku riba fadhl.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: TikTok & Majoriti