Di akhir Ramadan dan tinggal beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sudah semestinya pada ketika ini masing-masing sudah mula sibuk membuat persiapan.
Dalam membuat persiapan raya, pasti ada perkara yang kita terlupa untuk buat seperti menukar duit raya kepada jumlah tertentu kerana kekangan masa untuk ke bank dan sebagainya.
Apatah lagi dalam kesibukan harian sudah pasti ada yang mengupah pihak tertentu seperti khidmat orang perseorangan bagi menukar wang-wang not besar di bank untuk dijadikan sebagai duit raya.
Namun, hati-hati dan perlu diambil serius berkenaan dengan isu penukaran duit raya supaya tidak terjerumus dalam kancah riba. Ini kerana, terdapat sebahagian individu menggunakan peluang tersebut sebagai taktik menambah pendapatan tanpa mungkin menyedari kaedah itu boleh menjurus ke arah riba.
HARAM Kenakan Upah!
Bercakap soal itu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus melalui sedutan ceramahnya di TikTok menegaskan bahawa hukum mengenakan upah bagi penukaran duit adalah haram.
Ads
“Kita bagi duit RM100 sekeping nak tukar kepada duit RM1 dengan jumlah 100, hendaklah orang yang kita tukar tu beri kita duit RM1 dengan jumlah 100 juga. Kalau dia beri kita RM98 sahaja sebab upah RM2, haram.
“Itu riba namanya. Kerana kalau tukar, nilai mesti sama,” katanya mengulas mengenai hukum mengambil upah menukar duit.
Sementara itu, Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam, Ustaz Lokmanulhakim Hussain berkata, disebabkan pertukaran duit raya melibatkan item ribawi iaitu wang kertas dan melibatkan dua item yang sama iaitu ringgit ditukar dengan ringgit, maka proses tersebut perlu menepati dua syarat:
1. Penyerahan duit terpakai dengan duit baharu berlaku dalam satu sesi/majlis tanpa penangguhan. Jika ada penangguhan maka berlaku riba nasa’.
Ads
2. Pertukaran hendaklah dengan kadar yang sama, tanpa ada lebihan. Jika ada lebihan maka berlaku riba fadhl.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Siapa tak kenal dengan penyanyi bersuara lunak kesayangan ramai ini, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang kini makin berseri-seri menunggu kelahiran puteri tersayang. Beliau juga banyak mengharumkan nama negara maka tidak hairanlah beliau masih kekal diminati setelah 2 dekad dalam industri.
Menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini, penyanyi bertaraf living legend ini menerima kejutan apabila seorang peminatnya dari bumi Brazil mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya. Tak sangka kan sejauh itu pengaruh Tokti sampai?
Minat sejak dengar Kesilapanku Keegoanmu
Repost Dari Datuk Seri Siti Nurhaliza
Peminat yang menggunakan nama Philoso membuat ucapan selamat berkenaan menerusi Twitternya. Tambahnya, dia mula meminati penyanyi ini selepas pertama kali mendengar Kesilapanku Keegoanmu. Lagu berkenaan merupakan salah sebuah lagu dari album Siti Nurhaliza II yang diterbitkan pada 1997! Lama sangat dah minat ni!
Tambah menarik apabila Philoso mengatakan dia sentiasa membawa Siti di hati dan kulitnya. Buktinya, dia siap membuat cacahan tatu wajah Tokti di lengannya! Memang fanatik habis ni!
Suara paling indah di dunia
Peminat Singapura kongsi kisah mula minati Siti
Netizen kagum dengan tatu “Siti”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Resdung atau nama sainstifiknya sinus memang sinonim dengan orang melayu kita. Resdung juga adalah singkatan bagi masalah resah hidung. Adakah korang sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan?
Jika keadaan begini berterusan, korang dinasihatkan berjumpa doktor bagi memastikan sama ada korang mengalami masalah resdung (sinus).
Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung , juga di panggil sinus. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil.
Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu: sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila, dan sinus sfenoid. Ia terletak pada bahagian muka seperti di antara dua mata, pipi di bawah mata, hanya sedikit di belakang hidung turut serta meliputi di bahagian dahi seseorang.
Kategori Sinus
Resdung juga berpunca akibat kegagalan rerambut halus silia dalam sinus untuk menyempurnakan fungsinya dalam membantu pengaliran mukus.
Jangan tak percaya aktiviti berenang ataupun menyelam juga merupakan antara faktor mengakibatkan risiko resdung selain dari asap rokok juga telah dikenal pasti sebagai punca radang hidung.
Biasanya hidung tersumbat, kerap bersin, selesema serta mata berair dan gatal adalah tanda-tanda awal resdung. Itupun dalam keadaan macam ni tidak ramai yang berani pergi mendapatkan rawatan resdung serta nasihat doktor kerana alasan penyakit yang korang hidapi tak teruk sangat..
Resdung
Alahan terjadi apabila perubahan cuaca, telinga tengah dan tekak membengkak akibat menghidu debunga, hama serta habuk. Perkara itu berlaku kerana hidung mula bertindakbalas lalu mengakibatkan simptom seperti bersin, selesema, gatal mata serta hidung berlarutan.
Sekiranya ia dibiarkan berlarutan rongga sinus akan tersumbat. Sepatutnya rongga sinus berfungsi untuk pengudaraan tetapi telah terhalang. Akibatnya bakteria akan terperangkap, sinusitus berlaku serta nanah terkumpul.
Perbezaan Rongga Sihat dan Tidak sihat
Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian. Ketika itu pesakit akan merasa kurang selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung sekiranya lambat dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak. Terdapat juga pesakit menghidap asma akibat resdung yang berterusan kerana hidung bersambung dengan paru-paru.
Lazimnya, penghidap resdung akan berhadapan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, demam, letih serta berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala bagi yang sudah kronik pula, resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak. Lebih menakutkan, sekiranya resdung dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia sebenarnya boleh mengundang maut akibat komplikasi pada otak.
Rawatan resdung
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat pada sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat rawatan resdung. Cara terbaik untuk mencegah resdung ialah segera dapatkan rawatan sebelum ianya melarat.
Tanda-tanda dan simptom resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung serta tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
Tanda-tanda Resdung (sinus)
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas
* Tisu belakang hidung bengkak terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah pada sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca dan solusi rawatan resdung
* Scan CT hidung untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menkorangkan lendir atau dipenuhi nanah
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan resdung bersesuaian akan disyorkan oleh pakar perubatan
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat rawatan resdung titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu dapat menghalang sinus dan ia sukar disembuhkan dengan ubat rawatan resdung.
Tips mencegah dan rawatan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai resdung disarankan agar elakkan menyapu rumah tetapi sebaiknya menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan korang bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair panas seperti teh.
* Lap muka korang menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari kerana bimbang bengkak sinus akan menjadi lebih teruk selepas korang memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Korang juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor korang sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah
sumber: imahtalks.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda nak tegur kawan, tapi takut kawan tu terasa hati atau tak nak kawan dengan anda terus? Mesti pernah kan? Sebagai contoh, badan kawan anda berbau busuk, dan anda sejenis tak tahan dengan bau busuk. Nak tegur, takut terasa hati, tak tegur, kita pun tak tahan. Mungkin anda boleh cuba tips kami ni:
1) Jangan tangguh
Bila anda ada sesuatu dalam fikiran yang anda nak bagitahu rakan anda itu, terus cakap. Tangguh boleh menyebabkan anda banyak berfikir, dan bila banyak berfikir, anda tidak akan beritahu mereka. Jangan takut dengan apa yang akan berlaku selepas anda beritahu, kalau kena caranya, rakan andapasti tak akan mengamuk.
2) Jangan meleret
Mukadimah anda tu, kurangkan sikit. Dah lah anda bercakap tanpa berfikir panjang, jika anda leretkan teguran anda, rakan anda akan rasa tidak selesa. Manusia ni tak boleh menerima informasi yang banyak, tambahan pula berita buruk.
3) Tengok mood dia
Nak beritahu kena masanya, jika rakan anda seorang wanita, sepanjang tempoh period bukanlah masa yang sesuai. Anda pun tahu kan wanita ni ada mood swing, kalau boleh elak ye.
4) Feedbak kurang baik
Ok, jika anda beritahu rakan anda, bahawa dia seorang yang pengotor, dan feedback dia kurang baik, maka hentikan teguran itu. Ini kerana rakan anda tidak boleh terima hakikat bahawa dirinya kurang baik. Dalam pada masa yang sama, rakan anda tersinggung dengan teguran anda. Ini normal, apa yang anda boleh buat adalah cuba lagi pada masa akan datang. Mungkin anda belum cukup rapat sehinggakan anda dibenarkan untuk menegur mereka. Ini akan ambil masa, tapi jika anda tidak putus menegur dengan cara yang betul, maka satu hari rakan anda akan berubah, percayalah.
5) Tanya balik diri anda, penting ke teguran ni?
Apa kepentingkan dalam anda menegur rakan anda? Adakah dengan teguran ini, rakan anda akan menjadi lebih baik? Atau lebih buruk? Atau, ini hanya untuk kepentingan diri anda sahaja bukan untuk orang sekeliling rakan anda itu? Jika anda tidak tahu sebab disebalik teguran yang bakal anda lontarkan itu, maka lebih baik anda berdiam diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.