Gaya Hidup

Isu Sekatan Android Terhadap Huawei Tak Jejaskan Pengguna Sedia Ada

Share

Tular hari ini di laman media sosial memperkatakan tentang jenama pengeluar telefon pintar terkenal, Huawei dan sekatan yang dilakukan oleh Google.

Awal hari ini menyaksikan Google telah menggantung semua hubungan perniagaan dengan Huawei kerana ingin mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh US Commerce Department. Keputusan itu menyaksikan jenama Huawei diletakka di dalam ‘Entity List’, senarai larangan terhadap mana-mana entiti perniagaan Amerika Syarikat tanpa pengesahan kerajaannya.

BACA: Trik Untuk Test Kekuatan Line Telefon Anda, Bagus Untuk Survey Speed Internet

Google telah mengeluarkan kenyataannnya yang mengesahkah pengguna semasa atau sedia ada produk Huawei yang beroperasi menggunakan Android akan boleh terus digunakan untuk akses kepada Google Play Store dan juga perkhidmatan Google Play Protect tanpa sebarang larangan.

“We are complying with the order and reviewing the implications. For users of our services, Google Play and the security protections from Google Play Protect will continue to function on existing Huawei devices.”

Walau bagaimanapun peranti-peranti yang sedia ada yang digunakan sekarang tidak akan menerima mana-mana updgrades atau security patches sehinggalah ia tersedia untuk Android Open Source Project (AOSP).

Malah, peranti baru Huawei yang sedang dipasarkan sekarang dikenakan sekatan untuk beroperasi menggunakan sistem operasi Android.

Ini merupakan tamparan hebat yang terpaksa dihadapi oleh syarikat gergasi dari China ini. Namun dilaporkan mereka kini sedang giat membangunkan sistem operasi sendiri dan sedang diuji dinegara tersebut.

Adakah anda seorang pengguna telefon pintar Huawei?

Published by
Farizul Izwany