Hati siapa yang tidak hiba apabila kehilangan insan yang tersayang. Lebih memilukan apabila bukan seorang sahaja yang dijemput Ilahi, tetapi empat ahli keluarga sekaligus.
Itulah dugaan yang dihadapi Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, sehingga pengsan beberapa kali akibat tidak tahan menanggung kesedihan.
Sebaik sahaja jenazah dua anak perempuannya yang menjadi mangsa korban kepala air tiba di unit forensik Hospital Tapah, Perak, Azam dilaporkan tidak sedarkan diri.
Perkelahan mereka sekeluarga di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor, pada Rabu sepatutnya menjadi kenangan indah namun bertukar tragedi.
Empat daripada tujuh mangsa iaitu, Aszura Bani, 37 bersama tiga anaknya, Hanum Marissa, 2, Hafiy Muhayyat, 4, dan Hana Mikayla, 7, hilang dihanyutkan arus deras kepala air.
Ads
Foto (dari kiri): Aszura Bani (37), Hafiy Muhayyat (4), Hana Mikayla (7) Hanum Marissa (2) yang maut dihanyutkan arus deras kepala air, bersama Azam Radin Mustapha Amiruddin (46).
Memetik laporan Sinar Plus, berikut ringkasan info dan kronologi kejadian itu.
Kronologi Kejadian
Kakak Aszura, Aslinda Bani, 38, menceritakan bencana kepala air terjadi sekelip mata kira-kira jam 4 petang. Beliau yang turut terperangkap bagaimanapun selamat selepas ditarik oleh seorang penduduk kampung.
Menurut Aslinda, ketika itu arwah Aszura sedang merangkul dua orang anaknya dan memintanya mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.
Bagaimanapun, selepas beliau kembali ke tempat kejadian semua ahli keluarganya hilang kecuali pembantu rumah berusia 30-an yang terselamat.
Kakak Azam, Ainur Radin Mustapha Amiruddin, 51, memberitahu arwah Hafif cuba diselamatkan pembantu rumah yang berpaut pada batu sungai ketika kejadian. Namun si kecil itu terlepas dari pelukan dan dibawa arus.
Lebih memilukan, arwah meminta pembantu rumah itu tidak melepaskannya namun sayangnya wanita itu tidak berdaya kerana arus yang terlalu deras.
Jenazah Aszura ditemukan 600 meter dari tempat kejadian tidak lama selepas itu.
Manakala jenazah Hafif Muhayat pula ditemukan seorang penduduk kampung dalam operasi mencari dan menyelamat pada jam 9.50 malam di dasar sungai berdekatan sebatang pokok tumbang.
Jenazah Hanna Mikayla dan Hanum Marissa pula ditemukan pada 9 pagi keesokannya dalam selang masa selama 10 minit. Jenazah berkenaan dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat.
Selepas urusan mandi dan mengkafankan di hospital berkenaan selesai, jenazah keluarga itu dibawa ke Masjid Al-Muhtadin untuk disolatkan.
Jenazah tiga beradik itu dikebumikan jam 6.20 petang dalam satu liang lahad bersebelah pusara Aszura terdahulu dikebumikan pada tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor.
Dalam pada itu, penduduk kampung mendedahkan aliran air sungai didapati deras ketika kejadian dan paras air menurun selepas sejam, namun berdasarkan maklumat, insiden kepala air di kawasan sungai itu sudah lama tidak berlaku.
Pilu Seorang Suami & Ayah
Azam Radin yang terlalu sedih atas kejadian menimpa isteri dan anaknya, berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja di Gopeng dan bergegas ke tempat kejadian apabila diberitahu oleh seorang daripada anak saudaranya.
Ads
“Apabila sampai di lokasi kejadian, isteri saya sudah ditemukan lemas,” katanya sebak.
Teruja Berjumpa Nenek
Sementara itu, kakak Azam Radin, Ainur memaklumkan anak-anak saudaranya sangat teruja dan rindu untuk berjumpa opah mereka.
Ads
Ujarnya pada minggu lepas sahaja, sudah dua kali Aszura dan Azam serta anak-anak mereka berziarah.
Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).
Sumber & Kredit Foto: Sinar Plus dan Berita Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penularan wabak COVID-19 yang masih lagi menjadi krisis besar pada saat ini cukup menduga masyarakat global. Sepanjang bulan Ramadan lalu boleh dikatakan seluruh umat Islam di dunia menjalani ibadah di bulan mulia tersebut dengan pengalaman cukup berbeza.
Berbuka puasa hanya di rumah. Makanan berbuka atau bersahur juga dihasilkan di rumah atau dipepsan secara penghantaran. Solat terawih juga dilakukan hanya di rumah.
Muslims in Germany were able to mark Eid by partaking in socially distanced prayers, thanks to an Ikea in Germany.
Dan pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu umat Islam di seluruh dunia juga menunaikan solat sunat Hari Raya dengan pendekatan yang jauh berbeza. Jika di negara kita telah tular pelbagai ragam pagi raya bersolat sunat hari raya di rumah, berbeza pula situasinya dengan segelintir masyarakat Islam di Jerman.
Selepas kesemua masjid dan rumah ibadah ditutup umat Islam di Jerman telah melakukan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di kawasan letak kereta yang luas di sebuah gedung IKEA.
Dengan mengamalkan penjarakan sosial, kira-kira 700 orang telah mengambil bahagian bersolat jemaah. Lokasi tersebut dipilih kerana ia mempunyai keluasan yang mencukupi bagi menunaikan solat sambil mengamalkan penjarakan sosial yang baik.
Difahamkan The Islamic Community Mili Gorus (IGMG) telah memohon keizinan daripada pihak IKEA untuk menunaikan solat di kawasan tersebut. Permohonan tersebut telah dipersetuji oleh IKEA dan perkara tersebut telah menjadi satu topik hangat di kalangan warganet antarabangsa kerana keterbukaan mereka membenarkan acara tersebut berlangsung di outletnya.
IGMG turut melahirkan rasa terima kasih kepada pihak polis Wezlar, pejabat perundangan Wetzlar dan pelbagai pihak yang menjadikannya sebagai sebuah realiti.
Walaupun umat Islam sering berdepan dengan pelbagai cabaran diskriminasi dan perkauman yang semakin hebat di Eropah namun toleransi begini masih lagi segar dan wujud.
Sumber: IGMG
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak 15 tahun kebelakangan ini sukan pertarungan mix martial art atau MMA telah melonjak sebagai antara sukan paling popular di dunia. Dengan aksi yang lebih lasak serta lebih ‘real’ tidak hairanlah mengapa ia kini menjadi industri sukan bernilai lebih USD7 billion!
Di antara nama atlet MMA yang sering ditonjolkan dalam pertarungan epik UF ialah Conor Mcgregor. Malah dia merupakan antara atlet MMA yang mampu menjana pendapatan paling tinggi dalam sejarah sukan tersebut.
Baru-baru ini, UFC telah mengumumkan pertarungan ketiga di antara Conor Mcgregor dan pencabaranya, Duastin Poirer. Dan sejurus selepas pertarungan antara Israel Asesanya dan Marvin Vettori dalam kategori UFC 263, UFC telah melancarkan trailer pertarungan yang dijangka epik.
Foto: UFC
Trilogi pertarungan ini lebih menarik kerana kedua-duanya pernah mengalahkan di antara satu sama lain. Jadi semestinyanya pertarungan ketiga ini mempunyai signifikasi yang cukup untuk Mcgregor dan juga Poirier.
Pengenalan trailer diberi nama ‘The Trilogy’ tersebut merupakan salah satu cara UFC untuk membina hype lebih tinggi terhadap pertarungan di antara dua jaguh lightweight tersebut.
Pertarungan di antara dua atlet profesional MMA ini bakal dilangsungkan di T-Mobile Arena di Las Vegas pada 10 Julai 2021 dan ia turut akan disiarkan secara par-per view untuk tontonan peminat di seluruh dunia.
Mengimbau semula prtarungan pertama mereka pada 2014, Conor Mcgregor pada ketika itu sedang mencipta nama dan meniti status legenda mengalahkan Dustin Poirier. Namun pada pertarungan kedua awal tahun ini, Poirier membalas dendam kekalahannya dengan kemenangan bergaya.
Buat peminat UFC, inilah antara pertarungan yang tidak harus dilepaskan! Adakah anda team Mcgregor atau team Poirier?
Jangan lupa follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KERETA dan lelaki memang sukar dipisahkan malah ada di antara mereka sanggup berhabisan berpuluh-puluh ribu ringgit di dalam melakukan pengubahsuaian kereta. Namun, apakah perasaan anda sekiranya kereta idaman milik anda yang anda sayangi selama ini telah dijadikan sebagai ‘kanvas’ lukisan oleh anak anda? Begitulah pengalaman ‘ngeri’ seorang lelaki apabia mendapati kereta kesayangannya yang berwarna putih itu telah diconteng oleh anak perempuan dengan menggunakan pen berdakwat kekal.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Yang ini telah memuatnaik beberapa keping gambar keretanya yang telah mendapat ‘sentuhan khas’ anak perempuannya itu ke laman Facebook beliau. Daripada gambar tersebut, anak Yang boleh dilihat masih leka menconteng kereta kesayangan milik ayahnya itu tanpa menyedari perbuatannya itu bakal mendatangkan masalah.
Namun bagi Yang, ianya bukanlah sebuah perkara yang besar dan beliau menganggap ianya sebagai salah satu proses pembelajaran seorang kanak-kanak Bukan sahaja tidak menyuruh anak perempuannya berhenti daripada melukis, Yang turut memberikan galakan dengan menyuruh anak perempuannya itu supaya membuat latihan melukis lagi. Menurutnya lagi, dia tidak akan memadan lukisan tersebut kerana mahu menjadikannya sebagai kenang-kenangan manis apabila anaknya dewasa kelak.
Bagus betul bapa ni kan.
Sumber : Taiko tai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.