
Dalam kehidupan berumah tangga, suami dan isteri saling melengkapi dalam banyak perkara, termasuk dalam aspek keagamaan.
Jika isteri susah untuk menunaikan solat, sebagai suami, teguran yang baik dan berhikmah adalah kunci untuk membimbingnya ke jalan yang benar tanpa menyinggung perasaannya.
Jangan Terus Menghukum, Fahami Puncanya
Sebelum menegur, cuba fahami mengapa isteri susah untuk solat.
Adakah dia terlalu penat dengan kerja rumah dan urusan anak-anak?

Atau mungkin dia mengalami masalah dalaman yang membuatkannya lalai?
Dengan memahami puncanya, suami boleh mencari pendekatan yang lebih berkesan untuk menasihatinya.
Jadi Contoh Yang Baik
Tunjukkan teladan yang baik dengan menjaga solat secara konsisten.
Apabila suami rajin solat tepat waktu, isteri akan lebih terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama. Elakkan sikap menyuruh tanpa menunjukkan contoh.
Gunakan Pendekatan Kasih Sayang
Teguran yang kasar boleh menyebabkan isteri semakin menjauh. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang lembut dan penuh kasih sayang.
Contohnya, “Sayang, jom solat sama-sama. Saya pun rasa lebih tenang bila solat dengan awak.”

Ajak Solat Berjemaah
Salah satu cara terbaik untuk membantu isteri istiqamah dalam solat adalah dengan mengajaknya solat berjemaah.
Selain mendapat pahala yang lebih besar, ini juga dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
BACA LAGI : Suami Tolong Pegang Beg Tangan Isteri, Takut Isteri Atau Sebab Sayang
Ingatkan dengan Hikmah dan Doa
Jika isteri masih sukar untuk solat, jangan putus asa.
Teruskan menasihati dengan cara yang baik dan sentiasa doakan agar hatinya terbuka untuk melaksanakan kewajipan ini.
Doa seorang suami yang ikhlas boleh menjadi asbab hidayah buat isterinya.
Menegur isteri dalam bab solat memerlukan hikmah, kesabaran dan kasih sayang.
Suami bukan sekadar pemimpin dalam rumah tangga, tetapi juga pendidik yang bertanggungjawab membawa keluarganya ke arah kebaikan.
Dengan pendekatan yang betul, insyaAllah isteri akan lebih mudah menerima nasihat dan istiqamah dalam solat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bila Usia Dah Masuk 30, Selalu Cakap Pada Diri Baik Single Dari Kahwin Dengan Orang Yang Salah

1) Jangan Berkahwin kerana Potensi
Selalunya lelaki apabila berkahwin, dia mengharapkan perempuan tersebut tidak pernah berubah, dan perempuan pula apabila berkahwin dia berharap untuk mengubah lelaki tersebut. Ini adalah pendekatan yang salah bagi kedua-dua pihak. Apabila anda berkahwin dengan seseorang, jangan anggap anda mampu mengubah mereka dan mencapai potensi mereka. Tiada sebarang jaminan walaupun perubahan-perubahan tersebut adalah untuk kebaikan. Malah, selalunya ia akan menjadi sebaliknya. Kalau anda tidak mampu menerima seseorang atau membayangkan untuk hidup bersama mereka seadanya, maka, jangan berkahwin dengan mereka. Perbezaan ini termasuklah fikrah, pendapat dalam beragama, tabiat, kebersihan, skil komunikasi dan sebagainya.
2) Pilih Sikap (sifat,watak,peribadi) melebihi Keserasian (chemistry)
Tidak dinafikan keserasian dan daya tarik amatlah penting, namun sikap melebihi kedua-duanya. Bak pepatah yang masyhur, “Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning.” Idea untuk “jatuh hati” sepatutnya tidak menjadi asbab utama untuk mengahwini seseorang; cinta sangat mudah dikelirukan di antara keberahian dan nafsu. Antara sifat yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan termasuklah rendah diri, kebaikan, tanggungjawab dan kebahagiaan. Berikut adalah pecahan mengikut setiap sifat:
- Rendah diri: Orang yang merendah diri tidak pernah memaksa orang lain tetapi selalu berbuat baik kepada yang lain. Mereka meletakkan nilai-nilai dan prinsip mengatasi keselesaan dan kesenangan diri. Mereka tidak cepat marah, bersederhana dan menjauhi materialisme.
- Kebaikan: Orang yang baik hati adalah seorang pemberi. Mereka mencari kesenangan dan cuba untuk mengurangkan kesakitan orang lain. Cara untuk mengetahui sama ada seseorang itu adalah pemberi, perhatikan cara dia melayan keluarga, adik-beradik dan juga ibu bapanya. Adakah mereka berterima kasih terhadap ibu bapa mereka untuk setiap pengorbanan yang dilakukan? Jikalau tak, maka ketahuilah mereka tidak akan menghargai anda untuk apa yang anda lakukan. Bagaimana mereka melayan orang yang tidak perlukan kebaikan seperti keluarga ( cth: pelayan, pekerja, promoter dll) Bagaimana mereka menghabiskan wang mereka? Bagaimana mereka mengawal kemarahan, kemarahan mereka dan juga cara mereka bertindak terhadap kemarahan orang lain?
- Tanggungjawab: Orang yang bertanggungjawab adalah mereka yang mempunyai kewangan, pekerjaan, hubungan dan sikap yang stabil. Anda boleh bergantung kepada mereka dan percaya apa yang mereka katakan.
- Kebahagiaan: Orang yang bahagia adalah orang yang merasa cukup dengan bahagian mereka dalam kehidupan. Mereka rasa senang dengan diri dan kehidupan mereka. Mereka fokus dengan apa yang mereka miliki dan bukannya apa yang mereka tidak miliki. Mereka jarang sekali merungut.
- 3) Jangan Abaikan Keperluan Emosi Pasangan Anda
Lelaki dan wanita kedua-duanya mempunyai keperluan emosi, bagi membina sebuah perkongsian yang berjaya keperluan tersebut perlu saling melengkapi. Asas keperluan emosi seorang wanita adalah untuk dicintai. Asas keperluan emosi seorang lelaki pula adalah untuk dihormati dan dihargai. Untuk menjadikan seorang wanita rasa dicintai, berikannya tiga AAAs: Attention (Perhatian), Affection (Kasih Sayang) dan Appreciation (Penghargaan). Untuk menjadikan seorang lelaki rasa dicintai pula berikannya tiga RRRs; Respect (Kehormatan), Reassurance (Kepastian) dan Relief (Pelepasan/Kelegaan). Telah menjadi kewajipan bagi setiap pasangan untuk memastikan pasangannya bahagia dan ini termasuk juga keintiman. Selagi mana setiap pasangan memenuhi keperluan emosi pasangannya, hubungan akan menjadi lebih intim dan lebih mesra.
4) Jauhi Arah Tuju Hidup yang BertentanganDalam perkahwinan anda hanya akan hidup bersama atau hidup berasingan. Berkongsi arah tuju hidup yang sama akan meningkatkan peluang bahawa anda akan hidup bersama.
- Anda mesti tahu kecenderungan pasangan anda. Dalam erti kata lain, apakah perkara yang paling mereka suka lakukan (passionate) ? Kemudian tanya diri anda, “Adakah saya menghormati kesukaannya ini?” “Adakah saya menghormati apa yang dia cenderungkan?”
- Lebih terperinci anda mentakrifkan diri anda seperti nilai-nilai, kepercayaan dan gaya hidup, lebih baik peluang untuk anda mencari pasangan hidup, pasangan sehati sejiwa iaitu orang yang paling serasi dengan diri anda.
- Ingat, sebelum memilih siapa yang anda ingin bawa bersama dalam sebuah pengembaraan, anda harus tentukan terlebih dahulu destinasi anda.
5) Jangan dekati zina! Hubungan Seks sebelum Berkahwin / Physical activity- Ketahuilah bahawa hikmah disebalik mengapa Allah menyuruh kita untuk menahan diri dari sebarang hubungan sebelum berkahwin; adalah untuk menghalang kemudharatan yang besar malah untuk menjaga kesucian anggota yang paling penting dalam sebuah perhubungan antara lelaki dan wanita.
- Selain daripada kekacauan rohani yang nyata, apabila sebuah hubungan dicemari aktiviti fizikal sebelum waktunya, perkara-perkara penting seperti sikap, filosofi hidup, dan keserasian akan terabai. Kesannya, semua perkara nampak indah dan menjadi lebih sulit dan sukar untuk bercakap tentang perkara-perkara tersebut inikan pula teringat tentangnya.
- Komitmen secara intelek (bijaksana) mestilah terlebih dahulu diutamakan sebelum komitmen secara emosi mahupun komitmen secara seksual.
6) Jauhi Kekurangan Hubungan Emosi:Anda perlu menjawab YA untuk empat soalan berikut :
- Adakah saya menghormati dan mengagumi si dia? Apakah sebenarnya yang saya hormati dan kagumi tentangnya?
- Adakah saya mempercayai si dia? Bolehkah saya bergantung kepadanya? Adakah saya percayakan keputusannya? Adakah saya percaya kata-katanya? Bolehkah saya memepercayai apa-apa yang dia katakan?
- Adakah saya berasa selamat? Apakah secara emosinya saya berasa selamat dengannya? Bolehkah saya berterus terang? Bolehkah saya menjadi diri saya? Bolehkan saya mengekspresikan diri saya?
- Adakah saya berasa tenang dan damai apabila bersama dengan si dia?
Jika jawapannya “Saya tak tahu, Saya tak pasti, dll” teruskan menilai sehingga anda betul-betul pasti dan sepenuhnya memahami apa yang anda rasa. Jika anda rasa tidak selamat sekarang, anda takkan rasa selamat pabila anda sudah berkahwin. Jika anda tidak mula percaya sekarang, ia takkan berubah selepas anda berkahwin.7) Tumpukan perhatian pada Emosi Kebimbangan Anda:Memilih seseorang yang anda tidak merasa selamat dengannya secara emosi bukanlah resepi yang baik untuk sebuah perkahwinan yang berkekalan dan penuh kasih sayang. Apabila anda tidak rasa selamat, anda tidak dapat meluahkan perasaan dan pendapat anda. Belajarlah cara untuk kenali diri sama ada anda di dalam sebuah hubungan yang dizalimi ataupun tidak. Jika anda rasa anda perlu perhatikan apa yang anda katakan, apabila bersama seseorang itu dan anda rasa tidak bebas untuk menjadi diri sendiri dan selalu berhati-hati dalam setiap langkah anda, itu tandanya anda mungkin di dalam abusive relationship . Sila perhatikan perkara-perkara tersebut:
- Tingkah laku yang mengawal: Termasuklah mengawal perilaku anda, cara anda berfikir, cara anda berpakaian, cara anda memakai tudung / menyikat rambut dan cara anda luangkan masa. Ketahui perbezaan di antara cadangan dan permintaan. Permintaan adalah ekespresi kawalan dan jika kawalan yang digunakan, anda wajib untuk mengikutinya atau akan ada kesan berikutnya. Begitulah tanda-tanda yang jelas iaitu penderaan personaliti.
- Isu Kemarahan: Seseorang yang meninggikan suaranya daripada biasa, seorang pemarah, sering memarahi anda, melempiaskan kemarahannya kepada anda, menggunakan kata-kata kesat dll. Anda tidak perlu mengalah dalam layanan sebegini. Kebanyakan orang yang bersikap sebegini mempunyai latar belakang didera. Jika ini terjadi kepada anda mahupun orang yang anda kenali, cepat-cepat dapatkan bantuan. Selesaikan masalah tersebut sebelum berkahwin atau sebelum berfikir untuk berkahwin.
8) Berjaga-jaga dalam kurangnya Keterbukaan Pasangan Anda:Banyak pasangan melakukan kesilapan untuk tidak membincangkan semua perkara dari permulaannya. Tanya diri anda, “Apakah yang perlu saya tahu untuk saya betul-betul pasti saya akan berkahwin dengan orang ini?” “Apakah yang buat saya runsing mengenai si dia atau hubungan ini?” Sangat penting untuk mengenal pasti apakah yang merunsingkan anda, perkara-perkara yang anda ingin tahu, dan perkara-perkara yang anda takut untuk dibangkitkan dalam perbincangan. Maka anda perlu berbincang secara telus tentang perkara tersebut. Ini adalah cara yang terbaik untuk menguji kekuatan hubungan anda berdua. Bangkitkan isu-isu apabila wujud ketidaksefahaman adalah masa terbaik untuk menilai sebaik mana anda berkomunikasi, berbincang dan bekerjasama sebagai satu kumpulan. Apabila kita mula rasa ingin berkuasa dan mula menyalahkan antara satu sama lain, itu tandanya mereka tidak sesuai bekerjasama sebagai satu kumpulan.Penting juga untuk sentiasa terbuka apabila bersama. Tanya soalan-soalan yang mendalam dan lihatlah reaksi pasangan anda. Bagaimana mereka mengatasinya? Adakah mereka mempertahankan diri? Adakah mereka lebih menyerang? Adakah mereka menyerah kalah? Adakah mereka rasa marah? Adakah mereka menyalahkan anda? Adakah mereka tidak menghiraukannya? Adakah mereka mengelak, berselindung? Atau mereka menerima soalan tersebut dengan rasional? Jangan hanya dengar apa yang mereka katakan tapi lihatlah bagaimana cara mereka katakannya. - 9) Berjaga-jaga untuk Tidak Mengelakkan Tanggungjawab Peribadi:
Sangatlah penting untuk kita sentiasa ingat bahawa tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap kebahagiaan anda. Ramai orang silap apabila mereka fikir orang lain yang akan memberi kebahagiaan kepada mereka dan menjadikan hidup mereka lebih baik dan itulah sebab bagi mereka untuk berkahwin. Mereka gagal untuk menyedari jika mereka tidak bahagia sebagai seorang yang bujang, mereka akan terus menderita apabila mereka berkahwin. Jika anda sekarang tidak bahagia dengan diri anda, tidak suka diri sendiri, tidak suka arah tuju hidup ke mana anda pergi, silalah bertanggungjawab terhadap diri anda buat masa sekarang dan baiki perkara-perkara tersebut sebelum berfikir untuk berkahwin. Jangan bawa isu-isu tersebut ke dalam perkahwinan dan mengharapkan pasangan anda untuk membaikinya.
10) Perhatikan Kekurangan pada Kestabilan & kesediaan Emosi Pasangan Anda:
Ramai orang memilih pasangan yang emosinya tidak sihat dan tidak bersedia. Masalah besar yang timbul apabila pasangan tersebut tidak berupaya mengimbangi hubungan emosinya dengan ahli keluarga, perkahwinan tersebut pada akhirnya menjadi 3 (atau lebih) orang di dalamnya dan bukannya dua. Contohnya, lelaki yang terlebih bergantung kepada ibunya akan membawa hubungan tersebut ke dalam perkahwinan, ini sememangnya adalah resepi kepada bencana. Perkara-perkara yang perlu di ambil kira juga adalah :- Jauhi orang yang kosong emosi dalam diri. Termasuklah juga orang yang tidak suka akan diri mereka disebabkan kurangnya kemampuan untuk menghadirkan emosi. Mereka sentiasa menyesakkan diri dengan kekurangan, ketidak yakinan diri dan fikiran-fikiran negatif. Mereka bertarung dengan kemurungan, tidak rasa hebat, memencilkan diri, sentiasa mengkritik dan kuat pertimbangan, tidak ramai kawan dan tidak percayakan orang malah takut dengan orang di sekeliling. Tanda-tanda lain yang jelas mengenai orang seperti mereka ialah sentiasa tidak cukup dengan apa yang mereka kecapi mereka sering rasa marah, mereka beranggapan orang lain sepatutnya menjaga mereka dan bukan diri mereka. Sering terbeban dan benci dengan keperluan orang lain. Orang-orang seperti ini secara emosinya tidak available untuk membina hubungan yang baik.
- Ketagihan juga boleh membataskan tahap kesediaan seseorang untuk membina hubungan emosi yang mantap. Jangan berkahwin dengan orang ketagih. Ketagihan bukan hanya pada dadah dan juga arak. Tetapi juga ketagihan dan kebergantungan pada kerja, internet, hobi, sukan, shopping, duit, kuasa, pangkat, materialisme dan sebagainya. Apabila seseorang terbelengu dengan ketagihan, mereka tidak boleh dan tidak akan bersedia untuk membina sebuah hubungan yang intim dengan anda.
Perkara-perkara Tambahan untuk Dipertimbangkan:- Secara faktanya bukan semua orang akan selamanya kelihatan seperti 25 tahun. Pada akhirnya, kita menyintai orang yang kita kahwini melebihi paras rupa mereka. Apabila kita sudah kenali seseorang yang kita cintai dan sanjungi, kita akan cintakan mereka untuk kecantikan dalamannya dan keluhuran peribadi.
- Apabila sudah bertemu dengan seseorang, secara sedar ataupun tidak sedar kita seboleh-bolehnya mahukan semua perkara berjalan mengikut kehendak kita tanpa melihat dan mempersoalkan setiap yang terbentang di hadapan mata kita; pasangan kita mungkin bersikap kasar pada pelayan, cakap perkara buruk tentang orang lain, kasar terhadap anda, dll. Tapi kita tidak berhenti dan bertanya, “Apakah maksud di sebalik sikap-sikap tersebut?”
- Jangan pernah pisahkan seseorang daripada keluarganya, latar belakang, pendidikan, kepercayaan dll. Tanya soalan-soalan yang dapat mencerahkan lagi perkara-perkara tersebut. Soalan seperti, “Apakah maknanya untuk mempunyai hidup yang serba ringkas?” “Apakah yang anda inginkan daripada sebuah perkahwinan?” “Bagaimana anda dapat bantu mengenai kerja rumah?” Bandingkan pendapat anda dan pendapat mereka.
- Jadilah orang yang fleksibel. Berfikiran terbuka!
- Menginginkan sebuah perkahwinan yang bahagia sepatutnya tidak dikelirukan dengan mati syahid. Sepatutnya perkahwinan sesuatu yang membahagiakan dan melihat pasangan anda juga bahagia disebabkan hubungan anda dengan mereka.
- Moral dan kerohanian adalah kualiti-kualiti yang benar-benar mendefinasikan seseorang selain daripada kecantikan, wang, dan kesihatan. Orang yang bermoral dan mempunyai rohani akan sentiasa berdiri di sebelah anda dalam susah mahupun senang. Jika seseorang tidak bertuhan dan tidak berusaha mendekatkan diri mereka kepada Tuhan, maka mengapa anda perlu berharap mereka akan memenuhi kehendak yang anda perlukan? Pasangan yang ideal adalah seseorang yang berusaha memberi keuntungan dan bukannya menyebabkan kerugian. Berkongsi dan mempunyai persamaan dalam sebuah hubungan kerohanian akan membuahkan sebuah perkahwinan yang berjaya. Selain itu, sebuah perkahwinan yang berjaya adalah perkahwinan yang mempertahankan undang-undang keluarga yakni memerlukan tahap kawalan diri dan disiplin diri, termasuklah juga hubungan fizikal, emosi dan rohani sebuah perhubungan. Mencari persamaan dan keseimbangan di antara aspek emosi dan rohani dalam perhubungan adalah kunci utama untuk sebuah perkahwinan yang sihat dan berkembang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Gerakan Paling Cepat Dapat Otot Dan Berkesan!

Optimum dengan melaksanakan latihan ‘bodyweight’ nyata memberi signifikan pada peratusan kecergasan dan keupayaan kendiri. Pergerakan yang minimal namun memberi impak momentum yang maksima pada struktur tubuh agar lebih kental dan berstamina tinggi.
Push up
Latihan yang melatih otot lengan, bahu, dada serta otot di bahagian perut dengan menggunakan tekanan berat badan sendiri. Ringkas dan mudah untuk dilakukan dengan beberapa siri tersendiri dengan kapasiti ruang yang terhad. Latihan ini nyata cukup efektif untuk menghasilkan ruang dada yang bidang lantaran turut cepat membakar sejumlah kalori yang tinggi. Pastikan postur badan adalah betul ketika melakukan tekan tubi ini untuk mendapatkan hasil yang efektif. Letakkan telapak tangan di lantai lantaran rentangkan tubuh ke belakang. Gunakan hujung kaki sebagai fokus untuk menahan tubuh. Turunkan tangan hingga ke paras siku dengan membentuk sudut 90 darjah dan kembali ke posisi awal. Lakukan dalam kadar 15 kali dalam beberapa repitasi.
Crunch
Perut ternyata menjadi bahagian paling sukar untuk diberi fokus kala berhadapan dengan situasi berat badan berlebihan. Adaptasi gerakan crunch dalam setiap latihan kecergasan meskipun ketika berada di rumah mampu untuk memberi tekanan kepada otot perut lantas membakar lemak yang terkumpul. Lakukan dengan gerakan ringkas dengan berbaring lantaran kaki yang dibengokkan diangkat hingga ke paras dada. Lakukan serentak degan mengangkat bahagian dada ke atas sehingga mencecah paras 30 darjah.
Plank
Latihan keseimbangan yang memfokus pada tekanan di bahagian pusat tubuh. Plank melatih otot lengan, bahu, perut dan paha agar memperoleh regangan namun cukup efektif untuk membakar lemak perut dan menghasilkan ‘six pax’. Lakukan dengan membengkokkan kedua tangan di lantai pada paras 90 darjah lantas rentangkan tubuh dengan menggunakan hujung kaki sebagai fokus. Bertahan dalam posisi ‘freeze’ ini selama yang termampu.
Burpees
Struktur pergerakan minimal namun dilakukan dalam momentum tekanan yang tinggi. Garapan kombinasi push up dan melompat yang mencipta fokus pada seluruh otot bahagian tubuh. Efektif dalam membakar kalori dan lemak berlebihan lantas meningkatkan stamina. Bermula dengan melakukan gerakan push up dan diikuti dengan lompatan. Ulang pergerakan yang sama dengan beberapa repitasi.
Squat jump
Fokus terhadap pemusatan pembentukan otot kaki terutama otot pada bahagian betis. Pergerakan ringkas dan minimal namun cukup efektif untuk menghasilkan tenaga dan otot yang kuat. Lakukan dengan hanya berdiri lantas turunkan bahagian pinggul pada paras 90 darjah hingga selari dengan paras bahagian peha. Kemudian berdiri semula sambil melompat secara serentak. Tahan posisi 90 darjah beberapa saat sebelum berdiri semula untuk kesan yang lebih maksima. Ulangi pergerakan ini dalam beberapa repitasi mengikut kemampuan sendiri.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Kurang Perhatian Dikatakan 70% Berpotensi Untuk Berlaku Curang, Betul Ke?

Curang memang tidak dapat dimaafkan. Andainya dapat dimaafkan pasti susah untuk dilupakan dan susah untuk mendapat kepercayaannya kembali. Lelaki dan wanita boleh sahaja untuk curang. Tapi tahukah anda sebab kenapa lelaki curang terhadap wanita?
CINTA
Jatuh cinta boleh membuatkan lelaki berpaling dari wanita yang mencintainya. Johnny Depp pernah mengatakan ‘bila anda curang, maka anda mencintai wanita itu. Kerana kalau anda mencintai wanita yang pertama, maka tidak akan ada cinta yang kedua‘.
BALAS DENDAM
Ada juga lelaki yang curang kerana ingin membalas dendam dengan pasanganya. Untuk pengetahuan anda wahai wanita, harga diri lelaki lebih tinggi dari anda hingga tidak mahu kalah dalam apa jua.
KETAGIH
Untuk mereka yang baru sahaja berkahwin, salah satu sebab lelaki curang adalah kurang hubungan intim bersama anda wahai wanita. Ini berkemungkinan anda masih terlalu sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya.
KURANG PERHATIAN
Bagi isteri, luangkan sedikit masa untuk ketahui apa yang pasangan anda tidak puas hati dan apa masalah yang dihadapi oleh pasangan anda. Andai wanita lain berjaya melakukan itu semua terlebih dahulu, penceraian mungkin akan berlaku bagi pihak anda.
PENGARUH RAKAN
Curang juga boleh terjadi akibat terikut-ikut dengan gaya hidup rakan. Dalam perlakuan curang seperti ini, ianya akan berlaku tanpa kita sedari.
INGIN MENGAKHIRI HUBUNGAN
Ramai lelaki mengambil cara mudah dengan berlaku curang terhadap pasangan hanya untuk mengakhiri sesebuah hubungan.Kebiasaanya mereka akan berterus terang yang mereka sudah ada yang lain yang bertakhta di hati.
KAKI PEREMPUAN
Pentingnya bagi anda wahai wanita untuk kaji serba sedikit latar belakang bakal suami anda. Jangan nanti selepas berkahwin anda hanya akan bertemankan sekotak tisu sebab menangis atas berita curang suami anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI