Isteri Kerap Marah-Marah, Suami Kahwin Lain Baru BETUL-BETUL Menyesal

Share

PUNCA ISTERI KINI SEMAKIN GANAS DAN BUAS

Ada pendapat yang mengatakan ramai isteri kini bersikap garang dengan suami disebabkan isteri berasa tertekan apabila memikul tanggungjawab suami, sama ada seluruhnya mahu pun sebahagiannya. Khabar fitrah wanita yang biasanya bersikap lembut dan baik wajar berubah dengan sendirinya kerana tekanan dan bebanan memikul serta mengambil alih peranan si suami.

Lantaran si isteri yang tertekan, terbeban tadi wajar bertindak keras dan bersikap garang dengan suami. Saya akui ada benarnya dakwaan ini cuma bukan itu yang dibenarkan oleh syariat malah moral masyarakat. Secara mudah, ada tiga  sebab berlakunya fenomena ini dan sebab ini berkaitan:

 

GAGAL LAKSANA PERANAN DIRI YANG SEBENAR

Suami dan isteri mempunyai peranan yang tersendiri dalam perkahwinan. Peranan dan tanggungjawab ini perlu dilaksanakan bagi menunaikan hak pasangan. Tanggungjawab suami menjadi hak isteri. Tanggungjawab isteri menjadi hak suami.

Apabila ada kepincangan dalam pelaksanaan setiap tanggungjawab ini bererti ada pihak yang tidak menerima haknya. Maka kesannya berlakulah masalah yang kerap mewujudkan kegagalan berkomunikasi secara positif.

GAGAL HORMATI DIRI SENDIRI DAN PASANGAN

Kegagalan komunikasi secara positif menjadikan individu gagal hormati diri sendiri, membiarkan hak diri dianiayai dan konon atas nama kasih sayang, membiarkan diri dibuli pasangan termasuk kes suami membiarkan isteri menempelak, menempik, berkasar, mencaci maki dan lain-lain. Sikap melampau ini bila dibiarkan mampu membawa kesan yang buruk hingga berlaku kes memukul.

MENGABAIKAN TUNTUTAN SYARIAT/PEGANGAN DIRI

Alasan tekanan yang dialami hingga bertindak di luar kawalan bukan jawapan penyelesaian pada apa juga masalah yang dihadapi. Ini termasuklah hal perkahwinan dan hubungan suami isteri. Mengikut emosi atau perasaan menjadikan anda terlibat dalam tekanan melampau.

Menurut syariat, mengikut emosi bererti anda mengikut nafsu diri yang diriwayatkan nafsu diri sebenarnya lebih jahat dan berkuasa daripada syaitan jika tak dikawal dengan iman dan ilmu. Ramai isteri yang mengalami dugaan hebat dalam rumah tangga tapi masih boleh kekal waras kerana mengutamakan Allah, menjadikan iman dan ilmu sebagai dasar pertimbangan, bukan emosi.

Solusi terbaik yang perlu dilakukan bersama

 

1- Koreksi diri sendiri

Pasti ada sebab isteri bertindak luar biasa dari sikap yang anda kenali sebelumnya. Mungkin anda tersilap layanan, terlebih memanjakannya hingga isteri tidak rasa anda perlu dihormati, selain hanya tahu setiap kehendak dan keinginannya dipenuhi. Mungkin ada kesilapan anda dalam melaksanakan tanggungjawab juga.

Bila dapat jawapannya, nyatakan kekesalan anda dan usahakan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Jika tersilap melayan isteri, perlu bertindak lebih tegas kerana anda suami – lelaki yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua keluarga, bukan lebih garang tetapi lebih tegas sahaja.

2- Dapatkan bantuan pakar

Apabila isteri berani bertindak kasar dan garang bererti tiada lagi hormatnya kepada suami maka ketika ini, segala kata-kata anda sukar masuk ke mindanya lagi. Perbincangan biasanya sukar menemui jalan penyelesaian. Jalan terbaik adalah dapatkan bantuan kaunselor agar anda dan isteri dinasihati, diberi teguran serta bimbingan untuk menjalani kehidupan bersuami isteri dengan lebih baik.

3- Kembali kepada Allah

Dalam banyak kes, ujian diberi kerana kita jauh daripada-Nya dan Dia mahukan kita kembali kepada-Nya. Muhasabah diri, mungkin anda makin lupakan Dia. Usahalah untuk dekat kepada-Nya berserta doa mohon dipermudahkan segala yang terbaik untuk anda, isteri, anak-anak juga dalam apa juga keadaan. Semuanya kekal dalam redha Allah.

Kekal bersabar dengan usaha untuk mengubah isteri mengikut cara yang diajar oleh syariat. Jika telah usahakan ketiganya – teguran (termasuk dapatkan bantuan pakar), asingkan tempat tidur dan pukul untuk mendidik (berhati-hati) dan masih tiada perubahan, berpisah mungkin lebih baik daripada berdosa kerana gagal menjalani kehidupan berumah tangga seperti tuntutan agama.

4.KALAU SEMUA TAK JALAN, CUBA BAWA ISTERI ANDA DATANG KARNIVAL KARANGKRAF PADA 1-3 JUN 2018

 

Published by
Kim Rahim