Sukan

Irwan Kongsi Rasa Hampir Lemas Ketika Pakai Topeng Gas – MASKULIN Who’s Your Bro

Share

Episod keenam MASKULIN Who’s Your Bro (WYB) telah menghidangkan sebuah cabaran yang cukup mendebarkan – Fire Fighter Challenge terutamanya buat salah seorang peserta, Irwan!

Dalam misi ini, Irwan dan rakan-rakan WYB tidak hanya perlu melakukan tugas menyelamat seperti memanjat, mendaki, memadamkan kebakaran, dan membawa mangsa (dummy) ke kawasan selamat, tetapi mereka juga perlu melakukannya dalam keadaan serba mencabar.

Bayangkan, setiap peserta perlu mengenakan pakaian keselamatan penuh (PPE), lengkap dengan topeng gas dan tangki oksigen yang berat.

Itu belum lagi ditambah dengan tekanan fizikal dan mental apabila mereka menghadapi lima checkpoint yang menguji kekuatan serta daya tahan badan.

Cabaran ini tidak hanya memerlukan tenaga tetapi juga strategi komunikasi yang luar biasa kerana topeng gas yang dipakai menyebabkan pendengaran mereka menjadi terhad. Segala arahan hanya boleh disampaikan melalui gerakan tubuh dan sentuhan.

“Beban Melebihi Berat Badan Sendiri”

Salah seorang peserta yang paling terkesan dengan cabaran ini ialah Irwan. Dengan badan kecil dan berat badan yang ringan, dia terpaksa membawa beban yang jauh lebih berat daripadanya sendiri.

Beban tersebut termasuklah tangki oksigen, hos bomba yang besar, dan dummy mangsa yang perlu diselamatkan.

“Disebabkan limited oksigen, saya nak bergerak jadi susah. Dengan hosnya yang sangat berat tu. Tapi dengan sokongan Asyraf, saya gagahkan diri untuk habiskan semua misi,” kata Irwan sambil mengimbas semula pengalaman getir itu.

Kekurangan oksigen menyebabkan wajahnya bertukar merah, manakala bibirnya hampir kebiruan. Asyraf yang menjadi pasangannya turut meluahkan kebimbangan.

“Bila habis je, bomba datang dengan segera dan buka mask dengan cepat. Sebab muka saya dah merah gila – kekurangan oksigen,” tambah Irwan dengan nada lega.

Tabik Hormat kepada Barisan Bomba Negara

Walaupun terpaksa berentap dengan pelbagai cabaran ekstrem, Irwan dan Asyraf berjaya menghabiskan misi ini tanpa sebarang kecederaan serius.

“Objektif kita untuk membuktikan kami mampu menghabiskan cabaran ni. Yang penting kami berdua selamat dan tidak berdepan kecederaan. Saya tabik ahli bomba negara kerana ini bukanlah satu perkara yang senang dilakukan!” ujar Asyraf dengan penuh penghargaan.

Namun, masa yang dicatatkan oleh Irwan dan Asyraf adalah paling perlahan, sekaligus menempatkan mereka dalam pusingan penyingkiran bersama pasukan Nad dan Syafiq pada episod seterusnya.

Debaran semakin memuncak! Mampukah Irwan dan Asyraf menyelamatkan diri mereka daripada tersingkir?

BACA: MASKULIN Who’s Your Bro Ep.6 – Peluh, Api dan Semangat Membara di KKB Fire Academy!

Atau adakah Nad dan Syafiq akan merampas peluang untuk kekal di pertandingan? Jangan lupa untuk menyaksikan MASKULIN Who’s Your Bro episod ketujuh pada 17 Januari 2024, jam 9 malam di Astro Ria.

Semakin sengit! Siapa bro, siapa lawan?

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim