Irwan mengakui bahawa cabaran utama yang perlu dia hadapi untuk episod “Capture The Boat” adalah bagaimana untuk menewaskan Nad dan Syafiq, yang mempunyai kelebihan fizikal berbanding dirinya.
“Saya tahu Nad lebih besar berbanding saya dan Asyraf, jadi itu adalah kelebihan yang mereka ada,” katanya.
Dengan hanya berbadan kecil, Irwan fokus mengalahkan Syafiq, manakala Asyraf pula diberi tugas untuk mengalahkan Nad.
Namun, meskipun mereka telah merancang dengan teliti, nasib tidak menyebelahi mereka. “Malang tidak berbau, mereka berjaya menewaskan saya dan juga Asyraf,” tambah Irwan.
Kerjasama dalam Kumpulan
Namun, pengalaman tersebut memberikan Irwan satu pengajaran berharga, terutama tentang kerjasama dalam kumpulan.
Dalam pertandingan ini, pemain tidak hanya perlu bergantung kepada usaha sendiri, tetapi perlu memikirkan strategi berpasukan.
“Selalunya dalam pertandingan, kita hanya fokus pada diri sendiri, tetapi dalam program ini, kita perlu bekerjasama dengan partner untuk menang,” jelasnya.
Ads
Menurut Irwan, cabaran dalam berkumpulan ini lebih menarik dan berbeza, kerana setiap keputusan bukan sahaja mempengaruhi diri sendiri, tetapi juga rakan sepasukan.
Keyakinan dan Realiti dalam Pusingan Penyingkiran
Irwan turut menceritakan tentang perasaannya ketika berada dalam pusingan penyingkiran menentang team Nad dan Syafiq.
Walaupun dia tidak terlalu yakin akan kemenangan, kepercayaan untuk menewaskan team Nad dan Syafiq tetap ada.
“Confident tu memang kabur, tapi kepercayaan untuk menewaskan team Nad dengan Syafiq tu ada,” katanya.
Ads
Namun, perasaan mereka lebih banyak dipenuhi dengan realiti bahawa kemenangan bukan sesuatu yang pasti.
“Mungkin kalau menang tu, ada sedikit unsur keberuntungan, tetapi semua rezeki di tangan Tuhan,” tambahnya.
Episod ini dimulakan dengan cabaran penyingkiran yang cukup sengit, dikenali sebagai BEACH BRAWL.
Cabaran penyingkiran ini menuntut setiap pasukan untuk mengeluarkan lawan dari kawasan bulatan agar dapat terus mara ke cabaran utama.
Walaupun Nad dan Syafiq menunjukkan kerjasama yang sangat baik dengan memenangi dua pusingan pertama, Asyraf dan Irwan tetap menunjukkan semangat yang luar biasa.
Meskipun mereka tewas, semangat juang mereka tidak pernah pudar.
Setiap detik dalam pertandingan itu menyaksikan mereka berusaha keras dan memberikan saingan yang sengit, membuktikan bahawa kekalahan bukan penghalang untuk terus berjuang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmyWalaupun tersingkir di episod 7, Irwan dan Asyraf kekal positif dan mengambil kesempatan berada di program Who’s Your Bro untuk menimba ilmu dalam skop kecergasan daripada Bro-Bro yang lain. Goodluck bros for your future! #maskulin #maskulinwhosyourbro #ideaktiv #SiapaBroSiapaLawan #astro #astroria♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Melalui program ‘Who’s Your Bro’, Hakimi mendapat peluang eksklusif untuk berinteraksi secara langsung dengan abang-abang bomba di lokasi penggambaran.
“Belajar daripada A hingga Z, termasuk cara memakai pakaian khas bomba dan teknik memadamkan api, merupakan pengalaman yang sangat bermakna. Ilmu yang diperoleh ini tidak boleh dibeli di mana-mana kerana ia disampaikan secara tulus oleh mereka sendiri,” katanya.
Hakimi menyedari bahawa setiap cabaran yang dihadapi oleh abang bomba memberikan pelajaran baru yang membuka mata tentang kepentingan tugas mereka dalam memastikan keselamatan masyarakat.
Perspektif Hakimi Tentang Kerjaya Anggota Bomba
Menurut Hakimi, pengalamannya dalam program ini tidak mengubah perspektifnya tentang kerjaya sebagai anggota bomba, tetapi sebaliknya menambah kefahaman yang lebih mendalam.
“Sebenarnya sama sahaja dengan apa yang saya fikirkan sebelum ini. Saya tahu dari awal bahawa menjadi anggota bomba bukanlah tugas yang mudah. Mereka perlu menyelamatkan nyawa, berhadapan dengan api, dan lain-lain. Cuma kali ini, saya dapat melihat secara lebih dekat dan mendalam bagaimana realitinya untuk menjadi seorang abang bomba,” jelas Hakimi.
Pengalaman ini memberikan gambaran lebih jelas tentang tanggungjawab berat yang dipikul oleh anggota bomba serta dedikasi mereka dalam memastikan keselamatan awam.
Tugasan Paling Mencabar
Dalam episod ini, setiap aktiviti yang dijalankan memberikan cabaran tersendiri kepada Hakimi.
Namun, salah satu tugasan yang paling mencabar baginya adalah apabila perlu memakai set lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) dan topeng khas bomba.
“Cabaran bermula apabila memakai full set PPE dan mask bomba. Dari situ, saya perlu belajar bagaimana mengendalikan situasi dengan tenang dan membuat keputusan yang tepat,” ujar Hakimi.
Beliau menekankan bahawa cabaran utama bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental.
“Bagi saya, aspek mental adalah paling penting. Kita perlu menenangkan diri dan relaks dalam situasi mencemaskan. Fizikal mungkin ramai yang mampu, tetapi bagaimana kita mengawal mental untuk membuat keputusan yang tepat adalah kunci utama,” tambahnya.
Melalui cabaran episod keenam ini, Hakimi bukan sahaja memahami cabaran fizikal menjadi anggota bomba, tetapi juga menyedari pentingnya ketahanan mental dan kemampuan membuat keputusan dalam situasi mencabar.
Ilmu yang diperoleh sepanjang penggambaran ini menjadi satu pengalaman hidup yang akan sentiasa diingati olehnya.
Hakimi kini lebih menghargai dedikasi dan keberanian abang-abang bomba dalam melaksanakan tugas mereka.
Program ‘Who’s Your Bro’ berjaya membuka mata bukan sahaja kepada Hakimi tetapi juga penonton tentang realiti di sebalik tugas mencabar seorang abang bomba.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Walaupun memenangi Fire Fighter Challenge di episod 6 Maskulin Who’s Your Bro, Theebaan dan Hakimi “salute” kerjaya anggota bomba kerana tidak semua orang mampu lakukannya. Terima kasih Abang Bomba 🫡 #Maskulin #WhosYourBro#SiapaBroSiapaLawan♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda bersedia untuk malam penuh aksi dan debaran? ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB) kini kembali dengan episod ketiga yang pastinya lebih mencabar, lebih mendebarkan, dan sudah tentu lebih mendominasi!
Selepas dua episod yang menguji had mental dan fizikal, para peserta kini bakal berentap di medan baru — hutan belantara dan sungai!
Kalau anda masih ingat, episod lalu menyaksikan cabaran unik Metal Mania di junkyard, di mana strategi menjadi kunci utama. Namun, ada kejutan besar!
Pasukan pilihan Saddam dan Asyraf terpaksa berundur apabila gagal menyempurnakan cabaran mereka. Sungguh tak dijangka, bukan? Kini, tinggal tiga pasukan utama yang bakal diumumkan malam ini untuk merebut gelaran Top 3 WYB.
Adakah Ikmal dan Hakimi mampu membuktikan mereka pasangan serasi? Atau Dr. Syazif dan Syafiq dengan kombinasi kecerdasan dan kehebatan fizikal? Atau mungkin Theeban dan Nad yang akan muncul sebagai kuasa luar biasa?
Cabaran Log Jam Challenge
Malam ini, para peserta akan dibawa ke tengah-tengah hutan belantara untuk menghadapi cabaran Log Jam Challenge — satu ujian ultimate endurance dan strength yang bukan hanya memerlukan kekuatan fizikal tetapi juga strategi, stamina, dan chemistry yang sempurna.
Seperti episod lalu, mereka dibahagikan secara berpasangan di dalam enam pasukan dan akan bertarung untuk membuktikan siapa paling layak bergelar Bro terunggul di WYB.
Cabaran ini bukan untuk mereka yang lemah semangat! Dengan rintangan yang direka untuk menguji kekuatan teras badan, peserta perlu menggunakan setiap inci tenaga mereka untuk menakluk setiap halangan. Namun, kekuatan sahaja tidak cukup — kerjasama adalah kunci kejayaan!
Semua persoalan akan terjawab malam ini, jam 9 malam di Astro Ria. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi epik dan strategi bijak dalam episod ketiga ini. Siapakah yang akan menjadi bro sejati, dan siapa pula yang akan menjadi lawan terkuat?
Log Jam Challenge menjanjikan bukan sahaja peluh, tenaga, dan kekuatan, tetapi juga drama dan kejutan! Jadi, bersiap sedia di hadapan skrin anda kerana ini adalah malam yang tidak akan anda lupakan.
Siapa bro, siapa lawan? Semuanya akan terbongkar malam ini! 🎥
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pejam celik, pejam celik, kita sudah berada di pertengahan perjalanan program realiti kecergasan nombor satu di Malaysia, MASKULIN Who’s Your Bro (WYB)!
Kali ini, episod ke-6 bakal membawa para penonton ke satu dimensi baru dengan cabaran yang bukan sahaja mencabar fizikal tetapi juga mental.
Siapa sangka perjalanan Bros selama ini akan dipenuhi dengan pelbagai ujian kekuatan, ketahanan, kepantasan, dan ketepatan? Namun, hanya 10 Bros yang masih bertahan, membuktikan mereka benar-benar layak untuk terus melangkah.
Episod ke-6 ini menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar dan mendebarkan. Bros dibawa ke Pusat Latihan Bomba & Penyelamat KKB Fire Academy di Kuala Kubu Baru, di mana mereka akan merasai sendiri pengalaman berada dalam situasi kecemasan.
Dengan bantuan pasukan Bomba, cabaran kali ini bukan sekadar permainan tetapi peluang untuk mereka memahami realiti kerja seorang anggota bomba dan penyelamat.
UJIAN KETAHANAN
Bayangkan, para Bros perlu memakai pakaian seragam lengkap anggota bomba, termasuk topeng keselamatan asap, sambil membawa diri dalam situasi cemas sebenar.
Adakah anda mampu bayangkan tekanan yang mereka lalui? Cabaran ini memerlukan kekuatan fizikal luar biasa dan mental yang kental. Dari tugas menyelamat hingga melawan api, segalanya akan menguji daya tahan mereka.
Namun, apa sebenarnya cabaran yang menanti? Adakah mereka akan melakukan simulasi misi menyelamat di dalam bangunan yang dipenuhi asap tebal?
Atau mungkin mereka perlu bertindak pantas menghadapi situasi kebakaran yang tidak dijangka? Persoalan-persoalan ini membuatkan episod ke-6 terasa seperti satu episod yang wajib ditonton!
Lebih menarik, elemen kompetitif tetap menjadi nadi program ini. Siapa yang akan muncul sebagai bro sejati? Siapa pula yang akan menjadi lawan di saat genting?
ADA PENYINGKIRAN?
Dengan hanya 10 Bros yang tinggal, tekanan untuk terus bertahan semakin memuncak. Setiap langkah dan keputusan mereka bakal menentukan nasib dalam persaingan yang sengit ini.
Lebih penting, adakah menerusi episod kali ini kita boleh saksikan ada lagi penyingkiran atau sebaliknya?
Bagi peminat tegar WYB, inilah masanya untuk menyaksikan satu lagi episod yang menjanjikan aksi mendebarkan. Jangan lupa temu janji anda pada 10 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria!
Rasai debaran dan aksi luar biasa para Bros yang berjuang dalam situasi mencabar ini.
Siapakah yang mampu menghadapi cabaran seperti seorang wira? Dan siapakah yang bakal tersungkur dalam perjuangan ini? Jawapannya hanya di ‘MASKULIN Who’s Your Bro’!
Kerana di sini, hanya yang terbaik akan terus bertahan.
Siapa Bro? Siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.