Gaya Hidup

IQOS ILUMA : Kurangkan Bahaya Berkaitan Tembakau Dengan Peranti Bebas Asap

Share

Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 5 billion daripada keseluruhan penduduk mengamalkan tabiat yang kurang sihat iaitu penggunaan produk berasaskan tembakau iaitu rokok.

Walaupun terdapat banyak kempen dan langkah anti-rokok yang telah dilaksanakan sejak beberapa dekad yang lalu, kelaziman pengamalan tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas, kekal tinggi.

Perokok terus merokok untuk dapatkan kepuasan daripada nikotin yang merupakan salah satu bahan dalam tembakau dan ia boleh menyebabkan ketagihan.

Namun begitu, nikotin bukanlah punca utama kemudaratan yang dikaitkan dengan rokok. Menurut fakta, sebatang rokok yang dibakar mengeluarkan lebih daripada 6,000 bahan kimia

dalam asapnya yang mana 100 daripada bahan kimia ini diklasifikasikan sebagai karsinogen atau boleh menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit lain.

Gunakan produk alternatif sebagai pengganti?

Mengikut pelbagai pakar, nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan dengan merokok, tetapi ianya adalah disebabkan asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang dihasilkan melalui proses pembakaran.

Alternatif bebas asap rokok yang terbukti secara saintifik untuk orang dewasa yang tidak boleh berhenti dengan tabiat merokok memainkan peranan penting dalam pengurangan bahaya, dan Sistem Pemanasan Tembakau (THS) ialah alternatif bebas asap rokok yang digunakan di negara-negara seperti Jepun, England dan banyak lagi.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Pangkalan Data Ulasan Sistematik Cochrane di United Kingdom pula, para penyelidik mendapati bahawa mereka yang beralih kepada alternatif bebas asap rokok kurang terdedah kepada beberapa bahan berbahaya yang dikaitkan dengan kanser, penyakit jantung dan masalah pernafasan.

Oleh itu, pelancaran peranti terbaharu yang lebih inovatif daripada Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (PMM) yang dikenali sebagai IQOS ILUMA merupakan satu daripada usaha berterusan syarikat tersebut membawakan era bebas asap rokok ke negara ini.

Pengarah Urusan PMM, Naeem Shahab Khan dalam satu kenyataan semasa majlis pelancaran peranti terbaharu itu berkata, peranti tersebut telah dibangunkan dengan teknologi terbaharu.

Tambahnya lagi, ia merupakan hasil daripada maklum balas pengguna terhadap produk IQOS terdahulu bagi memberikan kepuasan sebenar.

Kelainan dari segi inovasi dalam peranti terbaharu IQOS ILUMA ini adalah ianya hadir dengan tanpa bilah dan juga menawarkan cara yang lebih bersih untuk memanaskan tembakau dari dalam berbanding dengan peranti sebelum ini.

Teknologi pemanasan induksi ini akan memberikan pengalaman yang lebih konsisten, tiada sisa tembakau, tidak perlu membersihkan peranti, tidak menghasilkan pembakaran dan tiada asap.

Kajian menunjukkan peranti bebas asap rokok seperti IQOS ILUMA mengurangkan sehingga 95 peratus

bahan kimia berbahaya berbanding rokok tradisional kerana tiada pembakaran tembakau berlaku.

Pun begitu, ini tidak bermaksud ia mengurangkan risiko kesihatan sebanyak 95% dan IQOS ILUMA tidak bebas risiko. Dianggarkan, terdapat 27.4 juta pengguna IQOS di seluruh dunia ketika ini dan daripada jumlah itu, kira-kira 19.7 juta sudah meninggalkan rokok tradisional sepenuhnya!

Apa yang pasti, jalan terbaik adalah untuk berhenti merokok. Tetapi sekiranya tidak mahu berhenti dan mahukan sesuatu yang kurang berbahaya berbanding rokok tradisional dari segi bahan kimia yang dihasilkan oleh pembakaran tembakau, carilah alternatif seperti IQOS ILUMA dan sebagainya.

Published by
Team Maskulin